Dec 16, 2010

Sculpture Sem 5.

Sem lepas mungkin ada sedikit kelainan, memandangkan kami diberi kerja berkumpulan. Kalau kerja dalam kumpulan 5 orang, mungkin saya tolong sapu varnish saja. Oleh sebab 2 orang, saya tak boleh mengelat sangat :)

Pertama kali belajar welding. Betul lah cakap orang, perempuan lagi handal dalam lekat melekat. Bila saya cuba kadang2 je jadi, dan kadang2 meletup. Ya, meletup ok. Licin sekejap bulu roma saya. Mujur tak menyambar badan. Bila saya buat, yang tak meletup pon boleh meletup. Kagum tak?

Subjek yang kami (saya) pilih - Predator. Sebab saya tak jumpe contoh bugs bunny ye yayang.
Banyak juga konflik rumah tangga sepanjang proses ini, tapi syukur sempat juga siap walaupun masih ada yang mahu ditambah. Kalau sempat. Kalau. Kalau. Kalau.

Perjuangan mencari besi.

Besi dijumpai.




Proses penghasilan Encik Predator

Hasil yang termampu dengan besi yang terhad.

Banyak lagi lah gambar sebenarnya. Entah kemana hilang. Naik cuti nanti yayang sila bagi semua gambar dalam koleksi ok? Terima kasih.

B- untuk ini.



Dec 12, 2010

Sem Lima, Drawing 3

Ini subjek yang saya ter-repeat. Sebab buat perangai tak hantar final dulu2 ye. DULU-DULU.
Sejak itu sumpah dah tak berani tak hantar final. Tapi mungkin ada hikmah, saya tak perlukan plywood untuk sem 6 lagi. Hanya bekerja atas kertas lagi. So taklah terkejar mejar macam yang lain.

Semuanya ada 3 task - Setting hitam putih, warna dan reptilia, subjek bebas.

Ini setting itu.




Bermula dengan penuh semangat 

 






















Dan BAD END macam selalu.





Pertama kali mewarna guna kopi. Sebab saya tak suka campur aduk minuman dengan lukisan. Tapi dah diminta untuk mix, terpaksalah saya melanggar prinsip. Bersemutlah ular tu nanti.

B+ untuk subjek ini.

Result Sem 5.

Tak rasa terkemam atau terkujal sebab memang saya dah agak akan turun punye.
Masa kerja gaduh sana sini, konflik laki bini, anak merengek nak menan, etc.
Tapi tetap syukur syukur syukur sebab tak repeat ETR. Saya memang tak ngamlah dengan nombor. Nak mengira ayam2 bole saje, tapi ada main buat jadual la pulak. Lawaklah nak suruh saya belajar akaun kat sini, saya lari dari MELAKA sebab benda tu lah okey. ~

Result sangat biasa. Semua B. Ada yang tolak ada yang tambah. Lebih kurang lah tu maksudnya.
Keyword, B untuk Beeeeeeyasa.

Dec 11, 2010

Kerja Cuti Sekolah.

Sejak dari minggu2 final sebenarnya. Payah bila ajak rodong untuk LAN itu ini semua taknak, rupanya dah tersangkut dengan WoW. Jadi untuk go with the flow atau masuk kandang kambing mengembek, saya pun terpaksa turutkan saja.


Ini yang selalu buat saya AFK di FB, jarang keluar mengeteh, bilik panas dengan haba laptop dan pembaziran elektrik yang kritikal.
Maaf nama character kurang sopan, saya tak minat nama yang rumit2. Nanti susah orang nak whisper atau send gold dengan mail box. : )

Oct 23, 2010

October !

Kerja punya kerja, sibuk tak sibuk, kesana sini rupanya dah bulan 10. 10 haribulan 10.
Bulan lepas satu post. Nak tunjuk kononnya busy tersangat. Paling busy lah.
Melukis, melekat besi, menjalan-jalan. Menmacam lagi.

Minggu neraka dah habis - minggu assessment berakhir semalam. Dan telah diduga hari ini akan tumbuhnya post-post baru dari segenap blog dan bercerita. Tentang kerja. Tentang 'cinta' pun ada. Wah.

16hb lepas birthday saya. Hari yang paling jarang disambut sebenarnya. Tapi tahun ni agak lain lah.
Bahaya nak dicerita kemana saya hari itu. Akan timbulnya kontroversi kiranya dihebah.
Tapi mungkin saya boleh berkongsi sekeping gambar untuk difikiri-



Saya agak rajin melawat blog rakan, jika mereka ada post baru. Bila keluar notification, saya akan klik.
Juga bergantung kepada tajuk entry. Disebabkan ada entry dari rakan yang sudah lama menyepi, saya pon ada rasa untuk kembali ke sini. Mungkin cuti sem, saya akan lebih aktif dari yang biasa.

Hei. Dah kekok lah nak menaip. Selalu tekan ASDW je sekarang ni. Kadang-kadang keypad 1,2 dan 3 untuk menukar weapon. Tak lebih. Apa salahnya menghabiskan detik berhibur selepas dihentam dengan kerja yang menggunung setingginya, kan?

Kerja dah siap, satu paper final untuk dijawab.
Selamat datang sem 6 ! Mari menangis untuk diploma show nanti.