Showing posts with label activities. Show all posts
Showing posts with label activities. Show all posts

May 11, 2011

Sepanjang Dip Show 2011.

Event selama 3 hari yang betul-betul sangat-sangat memenatkan. Event ini juga yang membuat folder gambar sem 6 saya mencecah 10gb. :)

Terjah jom!

 Suasana di dalam dewan semasa assessment.

 Dengan painting saya.

 Kelihatan Kucai sedang menggeletek arca ini agar ia terasa geli dan hidup.

Adik ni menari paling syok lah.
Dinner. Scarface pun scarface lah janji kenyang.

Sibuk pun gambar bersama keluarga mesti ada :)

Terima kasih kepada yang sudi datang (agak ramai sebenarnya).
All the best untuk adik-adik sekolah yang dipaksa datang memeriahkan event ini.

Secara unofficial aku dah grad lah :) Tapi atas kebodohan teknikal, masih ada lagi setahun. ceh.

Dec 18, 2010

Hari akhir final: ETR

Subjek yang sebenarnya bukan memerlukan otak cekap mengira, tetapi kehebatan membawa masuk toyol untuk semua bab ke dalam dewan tanpa dikesan. Dan tanpa diduga, tiada langsung soalan matematik padahal saya sudah bawa nota jalan kira sepanjang satu muka penuh untuk dikaji. Yang keluar, penjelasan mudah yang hanya perlu dihafal, dan saya skip nota itu dalam toyol saya kerana ia begitu mudah dan saya kira tidak akan masuk di dalam final.
Etr memang benar2 menguji kesabaran semua.
Nama kumpulan setelah difilter dari 'Ketum group', 'Fingering Craft', 'Star Craft' etc, kami pilih Jari Craft.

Design yang paling mudah setakat ini. Satu brush photoshop untuk logo, dan satu lagi untuk motto di bawah tu. Saya hanya buat yang ini dan beberapa taipan serta satu dua kiraan mudah untuk assignment.

Hari paper ETR, merangkap hari akhir final, dan merangkap satu-satunya paper final segelintir dari kami

Saya pakai tie lah untuk hari itu. Ada sebab ok. Dan hanya hari itu boleh kami melaram di dalam dewan dengan ber-overdressing.

B- untuk ETR.

Kameron.

Pertama kali saya pergi dengan family, semasa balik raya dari Penang tempoh hari.
Hujan sangat lebat sepanjang perjalanan, tapi masih tak terlawan dengan waktu saya kena mandi pukul 5 pagi semasa lawatan sekolah ke Cameron dulu. Sampai petang masih menggigil sejuk.

Beberapa hari selepas ini, saya potong rambut atas desakan keluarga sana dan sini

Orang tua saya.

"Baby baby, yayang kat cameron ni <3"

Seronok, sebab perjalanan saya disupport sepenuhnya.

Dec 11, 2010

Kerja Cuti Sekolah.

Sejak dari minggu2 final sebenarnya. Payah bila ajak rodong untuk LAN itu ini semua taknak, rupanya dah tersangkut dengan WoW. Jadi untuk go with the flow atau masuk kandang kambing mengembek, saya pun terpaksa turutkan saja.


Ini yang selalu buat saya AFK di FB, jarang keluar mengeteh, bilik panas dengan haba laptop dan pembaziran elektrik yang kritikal.
Maaf nama character kurang sopan, saya tak minat nama yang rumit2. Nanti susah orang nak whisper atau send gold dengan mail box. : )

Jun 19, 2010

UiTM Lendu, Alor Gajah, Melaka.


Antara kenangan manis saya dalam menjalani hidup. Tak rasa terkilan pun dicampak dalam hutan, sebab UiTM depan rumah saya pun lebih kurang saja. Kadar hutan secara purata mencecah > 9000 daun setiap meter persegi.

Saya mendaftar tahun 2004 kalau tak silap. Sempat 1 sem saja disana, sebab saya memang tak minat course Insurans dan mengambil keputusan untuk memboikot final. Selalu saya habiskan masa melepak dengan budak AD sambil beliau siapkan work. Saya, duduk mengelamun.

Silaturrahim di sana sangatlah terbaik. Anda boleh kenal semua orang dalam blog itu dengan sangat intim. Semuanya baik hati. Antara kenalan saya;


Sebagai tradisi, kami berkumpul selepas habis minggu MMS sebelum disiram air cucian stokin/ air tembakau/ air *($&(@ yang lain.

Kuti (Kuat parti - artis kot sekarang)
Macho (Main pelacur)
Tulik (Tukang tilik)
Cocos
Bruno
Perbos (Perasan bagus, dah jadi artis pun sekarang hero cerita joget joget TV3)
Baran (Bangga dapat surat tawaran)
Jumud (Jubo berlumut)
Tedup (Tengkorak hidup)
Tajis & Sajis (Tangki & Saluran najis)
Mahoon (Mak kau punya horn)
Daki
Kojang (K*te panjang)
Bakau & Lakau (Babi & Lahanat kau)
Purdah (Pukimak haram jadah)
Porno
Awe (Blok G)
Rogerm
Bukit
Yamnad (Nasi ayam Nadia - ini boss kongsi gelap kami)
Tapol (Tali perut bersimpul)
Semut
Momok

Dan member member lain. Sory lah kalau termiss nama anda.





Masa itu, blok kami ialah blok terbaik di dunia. Blok N untuk Nadim. Sukan, semua acara kami conquer. Semua masalah akademik, blok kami menang. Kami ada trademark sendiri. Semua warga blog kena menghafal step Hakka (New Zealand punya tarian semangat sebelum game ragbi) dan perform di majlis/ acara UiTM. Memang havoc lah. Sayangnya masa itu saya belum bergiat menjadi cam whore lagi, so gambar tak ramai sangat.


Jun 8, 2010

Jengka Dua Puluh Empat.

Tengah hari Isnin 7 Jun, sepupu yang saya panggil along sejak saya kecil tiba tiba call. 27 tahun, masih bujang. Beliau cakap ada di terminal baru sampai dari KL. Saya cargas mandi untuk pick up beliau dan kami beli nasi kosong sebab dia bawa rendang. Beliau kerja culinary dan pagi tadi katanya, ada buat lemang untuk sajian para pegawai. Aneh sungguh citarasa pegawai, mahu sarapan lemang pada hari Isnin kan. Buang tebiat agaknya.

Sesudah lebam berborak, saya hantar dia pulang. Jengka 24. Agak jauh sebenarnya. Ada masalah di tengah perjalanan, tapi saya malas mahu cerita masalah apa. :)

Dah lama saya tak sampai kesana. Suasana kampung masih jelas terasa berbanding kampung saya. Kalau dah rumah batu, hilang lah rasa kampung kan?



Pokok kelapa 22 tahun lepas masih tegak berdiri. Berapa lama pokok kelapa boleh hidup?


Ini paling seronok. Dulu dulu saya ada hobi berkejaran dengan ibu ayam lepas saya usik anak beliau. Dah lama saya tak saksikan ibu ayam mengeram.


Saya juga terjumpa khazanah. Seekor kucing putih yang uber penyegan dan pemalu. Mata kanan beliau ada 2 warna, hijau dan biru. Tumor agaknya. Keliling kereta saya pusing untuk seret beliau keluar.


Namun sikap sombong beliau bukanlah saingan pengalaman saya. :)


Jun 3, 2010

Ironic.


Apabila silaturrahim terikat di meja poker.
Dengan insan lain yang sama nama. Dengan penduduk Arab yang tak gelabah mahu tukar profile pic kutuk Israel. Yang seronok bermain judi virtual.

May 30, 2010

Movie yang Epic.


Sebelum cuti saya dah ambil banyak stok movie. Bermacam genre. Movie anime pun ada. Untuk ditonton kala bosan. Yang tak best, tengok sekerat trus delete. Baru 2 minggu cuti, dah habis dah tengok semua. Nampak sangat memang cuti ni bosan kan?

Antara movie yang saya suke, ialah antara movie box office. Dah lama keluar, baru ada peluang nak tengok. 2012. Saya seronok menonton kerana tayangan dalam HD dan dalam suasana subuh. Mungkin itu menambah feel dalam menghayati saat kemusnahan dunia. Lagi satu movie, League of Extraordinary Gentleman. Kedua2 movie banyak menggunakan CG/ kesan khas, hingga boleh menambah ketidak logikan cerita yang memang tak logik itu. Tengok 4 5 kali, mungkin anda akan berpendapat "Saya pun boleh buat movie macam tu lah." Kalau cakap, semua orang boleh kan. Soal cakap, semua orang menang. Semua boleh jadi lawyer.

Movie anime yang sempat saya cilok, Summer Wars. Ini pun banyak kesan khas. Dan banyak kreativiti diserapkan. Juga banyak tenaga kerja untuk menjana idea. 400 milion avatar yang berlainan, dan mungkin kita hanya disajikan dengan 100+, tapi ia sudah cukup untuk menarik movie ini keluar dari kelompok anime bajet murah.

Cuti ini, game dan movie sahaja. Keluar mengeteh, kadang2.
Kawan lama dah banyak kali call, tapi saya tak rasa nak jawab. Sebab kalau dengan beliau, kami tidak akan balik rumah selagi belum pukul 4 pagi.

May 28, 2010

Life is a game.


And it's nothing wrong being a gamer in your life, right? :)

Kegilaan sekarang, DoTA dengan kawan yang beratus batu jauhnya, dengan kekerapan disconnect sebanyak 86% secara purata, dan kadar lag yang melampau. Tapi kami seronok. Sebab kami bermain dengan kawan. Tidak bermain dengan orang rawak, yang asyik memaki kami bila mati demi menutup kesalahan sendiri.

Kami sudah berkenalan lebih 5 tahun, dan ini game kedua kami dapat berkongsi keseronokan bersama selepas RO.

Yang lain, semua aktiviti sosial yang diadakan agak jauh. Dan saya sudah beberapa tahun tidak turun ke KL untuk bergurau senda seperti dulu. Turun tahun lepas, sebab ada hal. Naik moto je.

Step : Internet > MiRC > Garena.


May 26, 2010

Ice Blended Burger.


Kenapa celik mata saja, saya dah cari ice blended? Kenapa saya gemar bersarapan/ lunch/ dinner/ supper dengan burger? Bukanlah bermakna saya kanak2 manja dengan berat badan melebihi 100kg, ataupun seorang sosial reject yang hanya bermain dota dari pagi sampai ke pagi esoknya.

Yang sebenar-benarnya, lokasi kedai2 tersebut hanya 3 meter dari pintu rumah saya. Mak saya ajar, kalau nak makan, capai makanan yang dekat dulu. Barulah beradab. Biarpun makanan paling dekat itu dah bersemut, Tak kisah. Janji ada adab.

Dah nama pun sebelah rumah, mestilah jiran. Dan kalau jiran seusia lebih kurang aku, mestilah kawan. Dan kalau kawan, mestilah support mereka. Dapat juga support perut sendiri.


Peniaga muda yang tidak kenal erti penat ~


Dan pabila malam, keadaan menjadi semakin meriah.

May 14, 2010

Menu Hari Ini.



Ialah Nasi Air. Agak sedap, mungkin sebab saya makan dengan kawan. Kalau makan sorang, mungkin tidak sesedap itu.

Lokasi : Dalam pagar, Phuket Tom Yam.

Menu biasa = ayam, ikan bilis, sambal belacan.
Menu tak biasa = + paru-paru. Eww.

May 9, 2010

H.M.Day.


Sempena Hari Ibu ini, mekera telah membuat kejutan belanja saya makan sedap2 (?) sebab rumah kami tiada dapur lagi. Biasalah, orang susah. Dapur pun takde. Jadi untuk mengelakkan saya mati kebuluran di rumah, mereka telah membuat keputusan untuk makan di luar untuk hari ini.

Jadi saya buat macam saya yang belanja dan mengucapkan Selamat Hari Ibu untuk mak. Saya rasa hebat malam tadi. :)

Oh, mereka pick up saya depan taman masa saya tengah berjudi pukul 1 pagi semalam.
Memang sporting habis lah!

May 5, 2010

Tag By FJ.

Bagi menjawab tag Encik FJ , entry kali ini berkisah tentang gambar rawak ke lapan dari folder kelapan. Seperti sedia maklum, saya tidak berapa menyusun folder saya secantiknya, seperti mengasingkan loli mengikut umur, tarikh lahir ataupun horoskop mereka. Saya amat yakin anda tidak mahu tahu gambar apa dalam folder itu, jadi saya pilih gambar ke 88 dari folder 'Unsorted' saya.


Sedikit cerita tentang gambar - diambil hujung bulan 4 semasa proses BBQ diadakan di depan studio. Hanya bayar RM5 dan anda bebas makan apa saja. Saya makan 3 kali ganda dari manusia lain kerana mereka semua sudah terlalu kenyang ataupun berimpian untuk menjaga badan. Nampaknya hanya ini saja aktiviti hujung sem kami, berbanding dengan sem2 lepas yang lebih mencabar.

Apr 29, 2010

Diploma Show 2010 : En Masse


27 & 28 April 2010, Megamall Kuantan.

Penat, tapi seronok. Penatnya macam korang balik kerja dari pasar borong pukul 9. Macam kerja pasaraya angkat berkaton2 tin susu. Macam baru balik cop sawit. Tapi takpe, overall enjoy. :)

Oh, gambar dari kamera saya yang 20 MP itu sahaja. Gambar lain, saya belum curi lagi.
Gambar orang lain ambil, saya tak letak cop nama saya ye.

Saya datang agak tengah hari, sebab pagi itu hujan. Moto saya belum pasang bumbung lagi. Kepada Cik Ujang, saya dah bangun dah pagi tu. Dan saya bertafakur sampai hujan berhenti, tak tido balik pun. Sikit pun tidak.


Hari itu saya rasa Megamall macam rumah saya.
Berlari sana sini berkaki ayam, memang seronok.



Masa saya sampai, saya lihat mereka sedang memadu kasih.
Biarlah, bagi can. Asyik2 saya je, muntah jugak diorang tengok.



Berjakun-jakun dahulu, berpeluh-peluh kemudian.


Saya bangga kerana dapat berhenshin bersama artis pujaan.
NOTE : Aku tak record pojie nyanyi, phone takde bateri. :)


Haaa ni bukti kami menolong. GIGA DRILL BREAKAAA.


Penat kerja, makan time. Penghargaan kepada Cik Ujang kerana terbelanja kami makan sampai ke malam. Hilang penat sekejap dapat mencanai free.

Gambar lain, stok fesbuk kot.

Ouhh takkan adanya ayat-ayat gedik dari saya macam "Kami dapat pengalaman dari semua ni, nervous lah bila tunggu turn kami pulak !"

Sebab. Nak taknak memang akan jadi jugak. Jadi tunjukkan attitude 'Been there done that' agar tidak terlalu kelihatan ulu sangat.

Dan sebab. Saya tidak terlalu devote terhadap pelajaran.

Apr 27, 2010

Lek lu, shisha lu !



Malam kami penat membuat kerja amal lepas, rasa nak lepas segala kekusutan layan shisha kejap. Dah lama lah tak kena banda alah tu. Betol.
Kalau dulu, setiap sabtu saya akan pekena shisha di deretan kedai makan Thai dalam pagar dekat rumah saya.
Sem ini, saya langsung tak bau shisha. Duit dalam poket ade RM20 sampai minggu depan. Apa lagi, shisha jom?
Pojie, gambar anda tidak disiarkan kerana anda tak join kami. Tak sporting lah.

Apr 20, 2010

Assessment Sculpture Hari Itu.

Macam biasa, kami bergambar. Untuk diteladani generasi akan datang, dan untuk kenang-kenangan.

Gambar diambil dan diedit oleh Cik Ujang. Kredit sepenuhnya.

:>

Drawing yang penuh ala kadar tanpa riak.


Oh, kami tak dapat duduk sebab kerusi penuh. Sesungguhnya tiada niat lain.
Harap maklum.

Apr 17, 2010

Huh, dasar artis !


Petang tadi. Ada function dekat Shell.
Petang esok. Ada pertandingan. Jemput la datang ke Shell.
Alah, dekat2 kedai nasi kukus tu.

Trailer.

Apr 14, 2010

CM terbakar oi.




11 April. Kami tengah lepak-lepak kat depan asrama tempat parking moto.
Tiba-tiba kami ternampak api. Tak tiba-tiba pun sebenarnya, dah lama kami perhatikan.
Kawasan hutan sebelah loji Petronas, depan CM, belakang Shahputra, jalan IM 3/12 terjadinya kebakaran kecil. Bermulanya dari tempat bakar sampah tidak jauh dari tempat itu.


Tindakan pantas dari seorang artis prihatin yang menghubungi Bomba berdekatan


Menggu ketibaan pihak yang berkenaan.


Bomba yang berjarak 2km dari tempat kejadian tiba dalam masa 20 minit.


Kami jakun dalam prihatin.



Berbagai gaya cara penyemburan.
Siap boleh bergayut call bini tanya malam ni masak ape.


Tempoh kebakaran : 5+ sampai 7+ pm.


Kami berasa bangga hari itu, walaupun tak dapat apa-apa sijil.