Showing posts with label sarcastic. Show all posts
Showing posts with label sarcastic. Show all posts

Jun 12, 2011

Mei dan Oktober

Yang kat fb bersepah dok tag tu aku malas baca. Macam tak best.
Yang ni aku saja rasa nak copy dan biar orang tertentu baca.
Sebab macam agak terkena dan betul dan isinya banyak.

MEI  
* Keras hati & degil.
* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
* Pemikiran yang tajam.
* Mudah marah apabila tidak dikawal.
* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
* Perasaan yang amat mendalam.
* Cantik dari segi mental & fizikal.
* Tidak perlu dimotivasikan.
* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
* Mudah dipujuk.
* Bersikap sistematik (otak kiri).
* Suka berangan.
* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
* Daya khayalan yang tinggi.
* Pandai berdebat.
* Fizikal yang baik.
* Kelemahan sistem pernafasan.
* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
* Tidak berapa suka duduk di rumah.
* Tidak boleh duduk diam.
* Tidak punya ramai anak.
* Rajin dan bersemangat tinggi.
* Agak boros


OKTOBER  
* Suka berbual.
* Suka orang yang sayang padanya.
* Suka ambil jln tengah.
* Sangat menawan & sopan santun.
* Kecantikan luar & dalam.
* Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
* Sentiasa berkawan.
* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
* Cepat marah.
* Macam pentingkan diri sendiri.
* Tidak menolong orang kecuali diminta.
* Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
* Tidak suka terima pandangan orang lain.
* Emosi yang mudah terusik.
* Suka berangan & pandai bercakap.
* Emosi yang kelam kabut.
* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
* Suka melancong, bidang sastera & seni.
* Pengasih, penyayang & lemah lembut.
* Romantik dalam percintaan.
* Mudah terusik hati & cemburu.
* Ambil berat tentang orang lain.
* Suka kegiatan luar.
* orang yang adil.
* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
* Mudah patah semangat 

May 11, 2011

Anti Virus?

Aku tak faham kenapa orang bayar untuk program macam ni. Yang aku lagi tak faham, orang yang tak pernah masuk internet sanggup berhabis RM200-300 untuk ni. Pada pendapat aku-

1. Kenapa nak protection yang begitu utuh sedangkan belum habis selongkar internet? Kalau pandai selongkar, mesti akan jumpe AV yang sepatutnya berbayar, tapi boleh download percuma dengan crack yang bersepah. Google kan ada.

2. Kalau online hanya nak bukak fb, tak payahlah nak anti virus sangat. Melainkan anda jenis pantang tengok ads "xray gadis itu di fon anda!" terus nak click, ataupun page bodoh di fb yang beribu orang like semata-mata nak tengok gambar, suruh download application itu ini anda pun download. Oh dan lepas tu bersepah hantar invitation kat inbox friends. Grow up lah. Paham selok belok internet sikit.

3. Yang tak ada internet pun gelabah nak beli AV. Perlu juga sebenarnya, mungkin anda nak cucuk pendrive kawan nak copy movie, sedar2 ada virus yang tak bagi anda show hidden files. Kan dah cuak sekejap tak jumpa 'movie' yang korang hide tadi. Contoh lah.

Yang ini aku download dan crack. Tak pasti pulak yang ni memang free atau premium. Tak payah risau expired pun. Masih ada berapa tahun lagi. Kalau rajin, aku cari AV yang baru. 2012 edition ke. 2020 ke. Up to date kononnya.


Duit anti virus tu, baik simpan je buat beli gundam, isi mintak moto ke, pegi anjung ke.

Dec 20, 2010

Sebaldi ilmu yang ditimba sampai ke mati.

Hari ini, saya selaku MB daerah Jengka mukim Jerantut telah turun padang untuk merewang permasalahan sekolah sekitar perkampungan orang asli. Sekolah yang menjadi mangsa adalah seperti di bawah. Jom terjah -

Pepatah hari ini; "Tuntutlah ilmu biar pun di celah2 hutan dan gunung yang tinggi lagi berkabus, diselangi sumpitan penduduk dan kejadian tanah runtuh, nescaya kamu akan tergolong di kalangan mayat yang berjihad."

Saya tak sempat nak snap gambar kesan tanah runtuh kerna sedang sibuk mengawal kereta melepasi jalan sempit berselut dikelilingi gaung kiri dan kanan. Tak syok lah gambar terakhir saya ambil tatkala kereta on air berpusing-pusing menerjuni gaung sampai ke sungai. Jadi, saya perlu fokus memandu.

Sampai sekolah itu, saya cari kertas periksa budak darjah 1. Sebab mereka paling kreatif. Dan sebab melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jadi saya nak basuh yang kecik2 dulu.


Bila saya lihat mereka tak kenal pon pekejadahnya bentuk bintang, saya give up.
Salah cikgu, sebab tak bagi bintang bila murid hantar kerja sekolah. Jadi mereka tak kenal.
Tetapi saya tetap memuji niat cikgu yang ingin menjaga hati murid dengan menanda 'BETUL' bagi jawapan bullshit di atas.

- Dengan hanya satu perkataan, boleh buat seorang loli tak bergigi tersenyum secara slow motion.
YES. YES. YES.

Dec 17, 2010

Bleach? Oh pleaaaase.





That's why I fucking hate it. He can fill every damn panel with black ink, not that I care anymore

Jul 13, 2010

Wah. Hiatus pulak.

1. Tiada perasaan mahu berblog buat sementara waktu. Real life tidak mahu melepaskan barang seketika.

2. Nampak aku diam tak bermakna aku tak tahu. Dan aku tak mampu buat onar. Sengaja malas melayan rengekan bodoh dari sekeliling. Tak mahu berjangkit dengan masalah mental anda. Sekian.

Jun 24, 2010

Group FB lagi.

http://www.facebook.com/#!/pages/KAMI-BENCI-MOHD-SAIFUL-IZAN-KUTUK-UITM/131828843505548


Mungkin group tersebut sudah tidak ada lagi di saat anda membaca post ini.
Saya rasa agak kagum dengan semangat student yang mengutuk balik. Tahap sumpah seranah anda semua melebihi 9000. Kalau anda tak sempat baca, ini salah satu gambar yang berkenaan.



Masih musim bola



Dan saya hairan kenapa saya tidak minat bola. Mungkin saya tak suka akan sesuatu yang 'semua orang suka' lantas membuatkan saya tak suka permainan yang perlu berebut rebut. Nanti bola itu rasa dirinya hebat kerana 22 orang gelabah berkejaran kerana beliau.


Dan kerana semua orang suka, tak semestinya saya tiada pilihan untuk kata 'tidak.' Walaupun pelukis itu sangat terkenal dan artwork beliau dijual dengan harga RM2 juta pun, saya boleh cakap saya tidak suka. Dan walaupun 10 ribu kenalan saya semuanya meminati Justin Bibir, tidak bermakna saya harus sukakan homosex shota itu.


Taste masing masing lah.

Clown.

Dari dulu saya tidak faham mengapa badut dihias sedemikian rupa. Memang diakui ia agak menakutkan, dan ternyata pandangan ini diterima seluruh dunia kerana ada cerita yang mengisahkan badut sebagai villain, dan kisah fobia terhadapnya.




Adakah motif utama make up itu untuk membuat penonton ketawa atas dasar kebodohan? Sejak dari kecil diajar untuk mengetawakan wajah orang yang hodoh, tak hairanlah kalau dah besar, perasan bagus dan kutuk orang di sekeliling. =/

Jun 12, 2010

Wonderful Birthplace.


Being born at this age on Malaysia, we are more than lucky in life. Put aside the third world country pessimistic thought, by whining about how poor you are, being bullied in class, conflict with friends and ranting about examination result. Or cursing Zionist over internet. Those, in fact are really grateful things to be heard.

Imagine that you were born somewhere else. Somewhere worse. Put yourself in their shoes. Do you think you can enjoy even going to school? Even have the time to whine how hungry you are? And do you think you can even had a decent conversation with your buddies over ym/fb?

Be grateful you're not a kid from Palestine. Or some random hostage waiting for death at this particular moment. You're sitting comfortably in front of laptop alt+tab with porn.
And be grateful you're not a minority in Germany born on 1940, who had a childhood memories inside concentration camp.

- Just rambling about life after reading Holocaust and KKK on Wiki. Don't mind me much lol.
Oh, I read every word on that page. Never been that interested with history before.

Jun 10, 2010

Saya dapat adik baru~

... Dan abang serta kakak seramai 7 orang dari ibu susuan yang lagi satu.
Dengan ini, saya ada 8 orang adik beradik. :)

Oh ya, proses saya ditinggal oleh ibu bapa telah bermula sejak saya berumur beberapa bulan lagi, semasa ibu saya sambung belajar, hinggalah sekarang.

Saya tak kesah, hidup seorang di rumah lagi heaven sebenarnya.

Jun 5, 2010

Takdir.

Bila buat salah yang teramat besar dan tak tahu apa nak jawab kepada masyarakat, cakap saja itu sudah takdir. Buku kehidupan anda dah tulis akan jadi seperti itu, jadi kalau anda elakkan pun tetap akan jadi juga. Apa ada hal buat salah, tuhan maha pengampun kan. Kesalahan yang anda buat, 1% pun bukan sebab anda. Anda sangat suci, itu semua kerja Qada' dan Qadar. Sikit pun bukan sebab nafsu atau perangai anda.

Bila berpisah, masyarakat mahukan jawapan. Jawab saja tiada jodoh. Memang bukan salah anda langsung walaupun setiap hari anda bergaduh sebab perkara bodoh, buat perangai buruk, curang sana sini, dan selalu sakitkan hati dia. Itu semua salah tiada jodoh, sebab tuhan dah cakap jodoh anda bukan dengan dia. Jadi jangan sedih.

Bila berjaya, contohnya konon konon dapat dekan lah sem lepas, itu semua hasil titik peluh anda. Sebab anda rajin buat assignment. Buat research. Pergi sana sini cari rujukan. Berhabis wang ringgit untuk hantar yang terbaik. Anda dapat apa yang anda ada hari ini, 100% sebab anda. Qada' dan Qadar tadi entah hilang ke mana.

Bila accident, sememangnya itu takdir. Bukan sebab anda bawa motor laju, sebab rantai kendur, sebab tiada lesen, atau sebab jalan licin lepas hujan tapi anda selamba kona baring. Bila kaki anda dipasang astro, salahkan saja takdir.

Dan kes tawanan bantuan kemanusiaan itu, semuanya kerja takdir.

Jun 2, 2010

Religion Talk.


Pernah ada isu tentang logo Coca Cola masa saya sekolah rendah dulu. Mereka cakap logo itu mengutuk Allah dan Muhammad. Masa itu saya sangat bencikan Coca Cola. Sekarang, saya rasa kagum dengan orang yang dapat trace ayat jawi itu. Sampai logo itu dipusing pusing dan disengetkan. Baru baru ini, ada pula isu tentang kasut Croc. Mereka cakap logo buaya itu ada tertera kalimah Allah. Lantas ada bantahan dibuat, berkaitan logo asli Croc. Selepas saya usha usha, memang tak nampak pun kalimah itu.

Kepada ektrimis agama, hentikan tabiat pessimistic ini. Nak serang semua benda. Seronok cari salah sekeliling. Kononnya nak tegakkan agama? Tak sedar kah agama anda lagi melencong? Kalau nak diikutkan, bermacam benda yang kita guna seharian boleh dikatakan menghina agama. Logo itu. logo ini. Gelabah nak delete lambang zionis dalam MS Word konon. Bak kata seorang ustaz, kenapa tak haramkan penggunaan huruf 't' dalam penulisan, kerana ia berbentuk salib?

Nak kempen barang Yahudi kan. Kerajaan pun tak huru hara nak haramkan, anda pulak yang semangat. Anda tahu tak berapa banyak barang mereka ada dalam negara kita? Shell pun perusahaan yahudi. Tapi kalau minyak mereka lebih bagus dari Petron@s, dan sebagai pengguna yang bijak, untuk apa saya beli di Perton@s? Malaysia ada agama rasmi, iaitu Islam. Lebih ramai golongan intelek yang lebih geliga dari anta berada di Parlimen. Tidak disangkal, ada juga yang tak berapa bijak, tapi semestinya mereka lebih tahu apa yang terbaik untuk negara. Business is business, as long as it's fair and halal, then religion matter is unnecessary.

Please, jangan burukkan lagi imej Islam. Anda protes secara membabi buta, belajar dulu dakwah cara bijak sebelum nak berdebat soal agama. Jangan rasa anda orang Islam, anda suci bersih tiada dosa. Mereka pun ada buat perkara yang tak sepatutnya. Ada yang salah guna ungkapan Jihad. Betulkan dulu diri sendiri sebelum pergi ke bidang yang lebih besar, sebelum berangan nak menegur salah dunia.

Jun 1, 2010

Picture Tagging on Facebook.


Bangun tidur, bukak fb. Ada 100 notification. Wah rasa diri anda hot gile lah masa tu. Sekali bila bukak, ada orang tag nama anda dalam gambar. Dan 99 notification tadi, komen untuk gambar itu. Gambar yang tiada kena mengena langsung. Anda menyirap?

Gambar kelakar bertujuan untuk anda ketawa? Anda dah ada 10gb gambar dari 4chan. Berpuluh ribu gambar dalam koleksi. Anda tak lapar pun gambar2 lain.

Anda mungkin berpendapat, kalau anda mahu buat kerja semacam itu, sehari mungkin anda akan tag nama orang di 100 gambar. Namun anda sedar itu semua sia-sia. Anda tak mahu publisiti murahan.

Saya faham perasaan anda.




Wise move, Never feed the troll.

May 29, 2010

Sun Tan.



Disebabkan cuaca panas dan Razak selalu keluar tengah hari rembang, beliau telah menjadi agak hitam. Namun itu memang impiannya dari kecil lagi; untuk mendapatkan jumlah tan yang secukup rasa. Hitam si tampuk manggis, bak kata orang kampungnya.


Hasil duit Mara bulan ini, tidak termasuk bil broadband dan beberapa bungkus megi.

Oh ya, harap maaf buat peminjam tegar - sem 5 saya cukup tidak berminat untuk meminjamkan moto lagi - cukuplah saya perlu tukar cover set dan perkakasan lain akibat 2 kali accident. Kalau anda pinjam lalu eksiden, kalau tukar cover set ori, tukar brek yang bengkok dan terhakis, ganti mangga yang hilang bertaburan, dan tukar apa2 berkaitan yang bercalar takpe jugak. Bila aku ada masalah, ramai kawan yang aku tak kenal yang menolong. Mana anda ?

Sekian, terima kasih.

May 25, 2010

Dinner.



Ironic, when cat food actually worth more than mine.
Can't blame anyone though, since I'm old enough to pay for my own meal, and eating what I can afford at the moment.

Hang in there, myself. Mara is just around the corner. <3

May 11, 2010

BFF.



Best Friends Forever. Buuut as you know, nothing last forever.

Siapa kawan paling baik anda? Yang anda pergi makan sekali, menangis sekali, cerita kisah hidup, berkongsi hampir apa saja? Berapa lama agaknya mahu begitu? Bagi perempuan, mungkin tabii mereka yang kepoh atau kuat bersembang (majoriti ye) menyebabkan mereka lebih cenderung meluangkan masa bersama mengumpat itu ini.

Tapi bagi lelaki pula, kawan datang dan pergi. Mereka lebih berpijak di bumi yang nyata. Tahu yang satu hari nanti akan tiba waktu perpisahan atas faktor jarak, keadaan dan peredaran dunia. Kami tak rajin nak utus2 surat. Kami juga jarang save birthday kawan dalam phone. Dan kalau nak wish pun, tunggu je lah notice dekat fb. Kalau tak keluar, siapa pun tak tahu.

Masa aku sem 1 dulu, kami agak akrab. Memang SEMUAnya kami lakukan bersama. Mungkin sebab kami datang sebatang kara, dan kawan dalam bilik itulah teman kami merayau2 melihat dunia luar. Tentang tarikh lahir, kami buat reminder besar2 dalam bilik. Bukan apa, senang nak pergi kedai runcit awal2 beli tepung. Tapi setakat itu je lah. Dah jauh, makin jarang contact. Lepas 2 3 tahun dengar khabar balik, baru nak sebok tanya macam2. Kalau tak dengar, memang takkan mencari dan mungkin juga akan dilupai.

Facebook. Ada application BFF aku rasa. Kalau bff korang takde fb, automatik beliau takde dalam senarai. Jadi setakat itu saja ikatan anda? Sebab itu bagi aku, app itu sangat mengarut. Aku tak allow apps sebegitu maka aku pun takkan ada dalam senarai. Menyemak je.

Lelaki. Yang betul2 lelaki. Ada hormon yang mencukupi. Apa BFF? Boy's Finger Fuck? Jujur aku nyatakan, agak geli bila lelaki terhegeh2 nak sembang tentang BFF. Daripada korang sibuk nak add semua tu, baik korang pergi lepak dengan mereka. Nak rasa hebat bff ramai tapi pernah cakap sepatah dua je, tak perlulah.

BFF - hanya setakat 'itu' sahaja. Bila masing2 dah kahwin, beranak pinak, habis sudah. Atau masih ada, tapi sangat minima.

Hari Hari Ini.


Ya, ini hari hari. Nampaknya cuti sem kali ni pun takde can lah saya nak berisi sikit. Hari2 nasi bungkus. Kalau saya boleh gemuk dengan nasi bungkus, dah lama saya gemuk dari dulu. Nasi bungkus is not really my thang, tapi considering risiko mati kelaparan dan tiada comrade mahu meneman, terpaksa tapaukan jua. Makan sorang2 dalam rumah yang masih pekat bau cat, kotak bersepahan, serpih simen bertaburan, dan juga kucing yang sama tahap laparnya menggesel2 lutut pinta disuap.

Cuti yang tak berapa berbeza dari yang dulu. Terima kasih semua.

Oh ya, budget saya untuk rokok lebih banyak dari yang lain. Sedang salahkan kerajaan yang tamak cukai sejak dari dulu.

Apr 19, 2010

Terima Kasih

...kepada tiada siapa pun atas penjelasan tentang broadband. :)
Ataupun ada, tapi aku tak ingat siapa. Jadi terima kasih tanpa unsur sarcastic untuk anda.

Kesimpulan - aku dah ada broadband, untuk bekalan masa cuti nanti.
Sekian.

Mar 22, 2010

Internet CM makin lama makin cilake.

Ataupun aku yang salah setting?
Tapi aku dengar memang banyak jeritan random dari sekeliling.

"TENET CELAKA !"

Jadi aku lega, sebab bukan aku seorang.

Nantilah, broadband dicari.
Bukanlah. Sekarang.

Mar 17, 2010

Dear pengunjung;

Internet di Casa Mahkota sekali lagi menggagalkan aktiviti kami.
Tapi jangan risau, semuanya telah kembali normal.

Kami sudah boleh melayari sankakucomplex dengan tenang sekarang.