Sep 9, 2010

Otokospirit : Raya

Sudah hampir 2 bulan saya tak update. Dah rasa kehidupan blog bukan lagi untuk saya.
Dah bukan selalu klik 'New Post' sekarang. Dah rasa janggal.
Oleh itu, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya.
Ucapan yang mungkin dah 150 juta kali didengar sepanjang bulan Ramadhan ini.

Tahun ini, sekali lagi pada malam raya saya bertolak balik. Destinasi, Pulau Pinang.
Tak lah berapa jauh, sekitar 8-9 jam. Tak sejauh New York atau Texas.

Sudah 5 tahun saya rasa tak seronok beraya. Entah siapa yang boleh buat saya seyum dan gelak-gelak pada raya akan datang. Mungkin anak-anak saya. Yang merengek-rengek mahu itu ini waktu raya menjelang.

Oh yayang, saya tak sedih, tapi juga tak seronok. Tengah-tengah gitu.
Kirim salam kat family semua. :)

Jul 28, 2010

ONE PIECE MOVIE 10 : STRONG WORLD

Bulan ini saya agak buat rekod. Sebulan tanpa ada banyak post. Bukan sangat sibuk, tapi mungkin tiada mood.


Lalu saya pecahkan kesenyapan itu dengan movie OP yang terbaru.
Kualiti, puas hati. Walaupun ada tulisan dengan caps lock 'SAMPLE' di kiri atas.

Jul 13, 2010

Wah. Hiatus pulak.

1. Tiada perasaan mahu berblog buat sementara waktu. Real life tidak mahu melepaskan barang seketika.

2. Nampak aku diam tak bermakna aku tak tahu. Dan aku tak mampu buat onar. Sengaja malas melayan rengekan bodoh dari sekeliling. Tak mahu berjangkit dengan masalah mental anda. Sekian.

Jul 5, 2010

Entry baru

..terpaksa ditunda kerana penulis sibuk qada' balik aktiviti tergendala selama cuti 2 bulan lepas :)

Jun 29, 2010

Flying ~


Feeling a bit high. No, I'm clean. Really.

Cuti semakin tipis. Entry terdesak untuk cukupkan quota. Sudah 200+ untuk tahun ini.

Dan betul, malam ini akan bervideo call sampai pagi lagi. Macam selalu :)