Apr 3, 2009

Malas.

Setelah kugubah cerita si Sudin dan binatang yang aku pun sebenarnya kurang mengerti pokok pangkal susunannya, marilah kita kembali ke jalan yang lebih sesuai dengan peredaran masa. Hidup dah moden. Literasi makin pupus. Tak perlu menjadi hero bahasa di kalangan perosak. Bukan dipuji malah dijeling. Jelingan bertitis sinis.

Tema hari ini - MALAS.

Jadual seharian hanya ada game. Game dan game. Internet nombor dua. Nombor satu ialah sambungan LAN yang kemas. Tiada lag diharapkan.

Kegilaan semasa ialah dota. Berjuang bersama rakan di bawah teratak asrama kami yang mejanya penuh contengan. Penuh titisan poster color. Coretan oil pastel. Lukisan marker kekal. Tidak kurang tumpahan pelaka dan imation. Selerak. Macam loji. Tapi kami suka. Ianya rumah kami.

Seraya itu segala curahan untuk suapan blog terpaksa ditunda. Sampai satu masa yang sesuai, sampai ada idea yang dirasakan memang perlu untuk disaji. Sampai kapan itulah, kami akan mengdotakan diri.

Dan tanpa dapat disangkal lagi, semangat yang dulunya seperti mampu menyiapkan 30 lukisan dalam satu malam, telah berdevolusi hingga tak mampu lagi memegang batang pena. Yang ada hanya genggaman tetikus, kemas di bawah tapak tangan masing-masing.

Hahihuhu. Pfft.

No comments: