30-31 Disember. Hari2 terakhir 2009. Kenangan yang tercipta merangkap penutupan tirai tahun ini. Tahun baru disambut dengan calar di tangan, bekas pacat satu badan, lenguh sendi senda, mata lebam dan tidak lupa juga, perut kebulur yang dipenuhi nasi mentah dan beras semata.
Ape yang korang dapat? Ape yang aku dapat? Ape yang ikip dapat?
Improve pointer? Aku tak nampak ape2 yang dapat menyumbang ke arah itu.
Mungkin aku yang pesimistik terhadap semua program sebegini, siapa peduli.
Yang aku dapat; letih. Tak lebih.
Pengalaman? Aku dah banyak lalui benda sebegini. Sama je.
Aku juga dapat tahu hampir semua fasi kami, atau mentor, gatal belaka.
Pakcik di ambang 40-an mintak no telefon pompuan dan ajak diorang kuar karaoke?
Lupus respek aku yang 0.1 % kat korang. Contoh yang tak baik kalau nak kami berubah tinggalkan semua hidup sosial kami. Biar aku pulak buat kem kat korang nak ?
Tapi - aku suka mentor kumpulan aku. Beliau tak banyak cakap. hanya cakap bila perlu. Dan apa yang beliau cakap, semua ada maksud. Masa sesi luahan masalah dan kenangan silam malam tu, aku nak je luahkan semua kalau hanya 1 by 1 dengan dia. Tapi kalau dah buat bulatan dan semua boleh dengar, sory la. Boleh kena buang aku dari kolej. Ha-ha.
Sesi terakhir bermain lumpur. Hilang kasut, bergelumang dengan ular, apa yang best?
Konon ada sesi menangis sebab insaf bila ucapan diiringi lagu di tengah2 lumpur.
Otak aku cuma fikir mengantuk dan semua ayat yang dia cakap, semua tak kena kat batang hidung aku. Nak sedih apa. Kaki aku sakit, penuh lumpur dalam kasut serta hidupan lain yang aku tak tahu berapa spesis ada dalam tu.
Aku nampak kawan-kawan aku menangis. Syabas sebab menangis. Aku pun nak menangis, tapi tak sedih. Mungkin aku tak insaf? Tapi takde benda utk aku insaf.
Ah pendek cerita, aku tak kisah pasal makan, lumpur, penat itu semua.
Aku kisah bila fasi bajet bagus dan keje nak tumbuk orang je.
Aku kisah bila fasi kuat menggatal dan sembang hal lucah bila diorang kutuk hidup sosial kami.
Aku nak anjurkan kem Kembali ke Cermin untuk korang, semua berguling atas cermin.
Mesti best.
No comments:
Post a Comment