Dan telah jemu. Tapi sebenarnya itu semua benar.
Iya, memang kami ke johor.
Sahaja aku biarkan mereka upload dulu puas2.
Hanya aku tengokkan dari balik dell inspiron GeForce 9300M ini.
Sebab kalau aku turut serta, pasti banyak terupload gambar yang sama.
Kesimpulan cerita di atas, pengembaraan kami ke sana memang seronok.
Sebab kami banyak stok gambar baru untuk dipamer di laman sosial masing2.
Sambil membangga diri. Kami suka. Siapa yang tak suka, dia tipu.
Aku tambah seronok sebab, bas yang ditunggang aku itu melalui sekolah lama aku.
SK Ulu Tiram. Enam tahun aku di situ, dan telah hampir 10 tahun aku tak kembali ke sana.
Bandar tempat aku ponteng sekolah masa kecil2 dulu, dah jadi metropolitan versi sempit dan sesak.
Sebab aku tahu bandar itu kecil.
Ditengokkan dari jauh, macam dah tiada tempat untuk berjalan.
Semua terpaksa merangkak.
Eh, seronok jugak. Kalau aku jadi menteri nanti, aku nak bukak satu bandar.
Syarat bandar itu; semua orang kena merangkak.
Siapa bangun, hukuman pancung.
Taman Desa Cemerlang, Johor Jaya, Ulu Tebrau.
Peh, semua nostalgic beb. Memang tersentuh gile lah hari tu.
Tapi ni lagi banyak. Setiap 1km ade.
Saya bangga kerana dapat bergambar dengan artis.
Semua gambar perjalanan kan?
Jadi aku rasa aku tidak istimewa lagi kalau sama.
Mungkin aku sambung di part 2 nanti, kalau rajin.
4 comments:
neh sangat kurang asam
p la balas dendam..tak takot pon..pi letak gmba sy tido pi piii~
cehh..poyo jek pacik renz neh
ahahaha....aku pon ade sekali...
artsi punya title diam sudeh
Post a Comment