Dec 23, 2010

Proposal for Dip Show 2011

Kepada rakan2 yang selalu ajak mengeteh dan berpokeran, maaf, saya memang betul2 ada kerja cuti ini. Cuti sem memang bukan cuti sebenarnya. Semakin panjang cuti, semakin banyak kerja yang saya dapat.

Saya memilih bio-mechanical untuk subject matter final project ini. Secara kasarnya, ia adalah gabungan antara manusia atau haiwan dengan mesin. Ia boleh juga dipanggil android atau cyborg. Ya, seperti Franky.

Saya ada 3 tugasan- painting, sculpture dan printmaking. 
Saiz proposal painting yang perlu disiapkan dalam cuti ini mungkin berskala 1:8 dari saiz asal.

Saya rasa ini perlu dirombak balik untuk mendapatkan feel warna painting dengan menggunakan warna lebih yakin mengikut satah, dengan kuantiti yang banyak agar warna akan stack up dan timbul.

Ini loli untuk sculpture. Adult half body beserta kepala sangat rare untuk dicari.
Untuk senang, saya bercadang untuk buat seperti ini. Tapi tak ada rasa 'DON' pulak. 


Sketch sculpture lain terpaksa diabaikan kerana bahan tak sesuai.

Painting perlu buat 2 sebenarnya. Satu lagi, tiada rujukan dan idea yang mantap. Dan tiada kanvas untuk mewarna.
Printmaking, hanya perlukan satu sketch mudah bersaiz A4. Yang seksa, semasa menggosok nanti.

No comments: