Jun 8, 2010

Jengka Dua Puluh Empat.

Tengah hari Isnin 7 Jun, sepupu yang saya panggil along sejak saya kecil tiba tiba call. 27 tahun, masih bujang. Beliau cakap ada di terminal baru sampai dari KL. Saya cargas mandi untuk pick up beliau dan kami beli nasi kosong sebab dia bawa rendang. Beliau kerja culinary dan pagi tadi katanya, ada buat lemang untuk sajian para pegawai. Aneh sungguh citarasa pegawai, mahu sarapan lemang pada hari Isnin kan. Buang tebiat agaknya.

Sesudah lebam berborak, saya hantar dia pulang. Jengka 24. Agak jauh sebenarnya. Ada masalah di tengah perjalanan, tapi saya malas mahu cerita masalah apa. :)

Dah lama saya tak sampai kesana. Suasana kampung masih jelas terasa berbanding kampung saya. Kalau dah rumah batu, hilang lah rasa kampung kan?



Pokok kelapa 22 tahun lepas masih tegak berdiri. Berapa lama pokok kelapa boleh hidup?


Ini paling seronok. Dulu dulu saya ada hobi berkejaran dengan ibu ayam lepas saya usik anak beliau. Dah lama saya tak saksikan ibu ayam mengeram.


Saya juga terjumpa khazanah. Seekor kucing putih yang uber penyegan dan pemalu. Mata kanan beliau ada 2 warna, hijau dan biru. Tumor agaknya. Keliling kereta saya pusing untuk seret beliau keluar.


Namun sikap sombong beliau bukanlah saingan pengalaman saya. :)


No comments: