Feb 24, 2010

Anda rasa anda gedik?

Definisi Kamus Dewan.

GEDIK.

tergedik-gedik: lincah (bkn gadis);
bergedik-gedik: bergerak-gerak, terketar-ketar;
menggedik-gedikkan: menggerak-gerakkan (bahagian badan spt kaki dll sewaktu mengelamun);
kegedikan keadaan (sifat) gedik: ~
tubuh badannya yg montok.



Dan anda akan dilabel gedik bila ada sifat2 berikut.

1. Anda teramat mudah perasan. Bila ada lelaki terpandang ke arah anda, automatik anda fikir dia sedang pandang anda dan tertarik pada anda. Perasan adalah antara simptom-simptom awal penyakit gedik.

2. Anda rasa anda cun gila. Sebenarnya menurut pemerhatian aku, biasanya memang orang yang gedik ni agak cun juga (walaupun yang tak cun pun ramai). Tapi perlu diingat, cun gila dan cun juga mempunyai makna yang jauh berbeza. Dan definisi cun mencakupi budi-bahasa dan perangai. Takde maknanya kalau cun tapi perangai entah apa-apa.

3. Anda secara automatik berasa teruja dan over-excited apabila berada berhampiran kumpulan lelaki. Anda juga secara spontan merasa mereka semua sedang memerhatikan segala gerak-geri anda. Padahal mereka sebenarnya perati anda bukan sebab minat tapi sebab meluat.

4. Mengada-ngada. Ini memang trademark orang gedik. Biasanya untuk menarik perhatian kaum lelaki. Suara akan tiba-tiba jadi merengek-rengek bila dengan lelaki. Suka mintak itu mintak ini. Kadangkala tanpa sedar memalukan diri sendiri apabila nk demand perhatian. (Kalau bini merengek dengan suami tidaklah dikategorikan gedik, harap maklum ;-D)

5. Anda rasa semua lelaki minat kat anda. Dan anda suka ‘memancing’ lelaki menggunakan pelbagai cara untuk membuktikannya. Anda buat-buat manjalah, hantar sms jiwang-jiwang lah, anda ajak keluar makanlah, keluar jalan-jalanlah. Bila ada respon, anda pun akan kata “Sah, dia memang minat kat aku”. Tapi, kalau lelaki tu buat derk aje, anda akan kata pula “Alah, dia cover tu. Aku tau sebenarnya dia minat kat aku.”

6. Anda juga seorang yang amat sukakan lensa kamera atau vcam. Bila ia tertumpu kepada anda, mulalah anda terdorong untuk buat aksi dan berposing yang over seperti buat side posing, menonggekkan bontot, gigit-gigit jari, dan sebagainya.





-Sory tuan punya ayat, saya hilang link website anda.

Ya betul, anda gedik nombor 4 dalam Kamus Dewan. :)

No comments: