Feb 25, 2010

Pengemis.


Bercakap tentang pengemis, pagi itu Ismail dan Jamil berjalan di lorong Bank Rakyat sebelah pejabat pos dengan tujuan bersenam2 ringan.
Ismail terpandang seorang pengemis yang tidak berbaju, cacat kakinya menyanyikan lagu Kristal - Memburu Impian untuk memancing perderma.

Ismail terasa sayu lantas meraba buntutnya untuk mengeluarkan wallet.

Seraya itulah Jamil menarik bahu Ismail untuk berlalu dari tempat tersebut.

Marahlah si Ismail kerana niat mulianya dihalang lalu ditanyakan kepada Jamil "pehal mu ni boh?"

Explainlah si Jamil yang dia sama2 bermain futsal bawah 33 tahun dengan pengemis itu di padang MPK sebelah Maybank petang semalam.
Jamil kenal benar dengan ciri2 pengemis itu sebab tak ramai yang ada parut BCG berbentuk kuda laut.

Cari duit lebih nak isi minyak Catalyzer 3 series dia la tu kot. Bentak beliau.

Mereka pun balik siapkan assignment masing2.

No comments: