Bukan nak buat nakal serius macam sem 1 dulu, nawaitu cume malas nak buat painting dan printmaking bile dateline dah depan batang hidung.
Tatau mane nak mule, so dah amek keputusan taknak mula langsung .
Tambah pulak sem lepas banyak kes yang membolehkan kitorang cuti, seraya ada ura2 mengatakan sem lepas hampir ditunda sebab H1N1 bagai. Rupanya tak jadi lak .
Bila final week tinggal lagi bape hari je lagi, dah rase cuak gile gaban da.
Dah nekad mahu repeat .
Tapi tuhan hantar satu hidayah dalam bentuk rakan sekelas disaat kegelapan itu; untuk membimbing dengan cara membebel bertalu2 diselangi upah2 yang menarik setiap kali kerja disiapkan. Tuhan mana yang tak sayang umat kan.
So dengan masa yang ada 2 3 hari je lagi tu, painting yang sepatutnya kena buat paling kejap pun 2 3 minggu - sebab oil color memang tua nak tunggu kering - siap dalam masa 4 5 jam je.
Sebab dia ada kat sebelah sepanjang malam tu kot. Studio meriah dikala hujan malam itu.
Memori daun pisang la pulak. : D
Printmaking yang betul2 menyakitkan hati juga berjaya disiapkan berkat bantuan beliau.
Sebenarnya 70% kerja tu beliau yang tolong. Aku dah give up awal2 .
Saje nak bagi dia berlatih buat lino tu banyak2, untuk kebaikan dia gak.
Nanti dia dah terer, senang mintak kerja bila dah grad. Baiknya aku, kan : D
Pendek kata sepanjang sem 3 lepas, aku takde repeat ape2 sebab dia kot. SRSLY.
Dialah mak aku kat sini, adik yang aku takde, dan kakak yang bertabiat suke membebel.
Macam2 ada. Payah la nak cari orang pakej lengkap camtu.
Terima kasih mama bear. Sayang anda lebih la. : )
Dan dia juga sebab aku boleh senyum balik demi seorang perempuan. TEEEET !
No comments:
Post a Comment