Jun 2, 2010

Religion Talk.


Pernah ada isu tentang logo Coca Cola masa saya sekolah rendah dulu. Mereka cakap logo itu mengutuk Allah dan Muhammad. Masa itu saya sangat bencikan Coca Cola. Sekarang, saya rasa kagum dengan orang yang dapat trace ayat jawi itu. Sampai logo itu dipusing pusing dan disengetkan. Baru baru ini, ada pula isu tentang kasut Croc. Mereka cakap logo buaya itu ada tertera kalimah Allah. Lantas ada bantahan dibuat, berkaitan logo asli Croc. Selepas saya usha usha, memang tak nampak pun kalimah itu.

Kepada ektrimis agama, hentikan tabiat pessimistic ini. Nak serang semua benda. Seronok cari salah sekeliling. Kononnya nak tegakkan agama? Tak sedar kah agama anda lagi melencong? Kalau nak diikutkan, bermacam benda yang kita guna seharian boleh dikatakan menghina agama. Logo itu. logo ini. Gelabah nak delete lambang zionis dalam MS Word konon. Bak kata seorang ustaz, kenapa tak haramkan penggunaan huruf 't' dalam penulisan, kerana ia berbentuk salib?

Nak kempen barang Yahudi kan. Kerajaan pun tak huru hara nak haramkan, anda pulak yang semangat. Anda tahu tak berapa banyak barang mereka ada dalam negara kita? Shell pun perusahaan yahudi. Tapi kalau minyak mereka lebih bagus dari Petron@s, dan sebagai pengguna yang bijak, untuk apa saya beli di Perton@s? Malaysia ada agama rasmi, iaitu Islam. Lebih ramai golongan intelek yang lebih geliga dari anta berada di Parlimen. Tidak disangkal, ada juga yang tak berapa bijak, tapi semestinya mereka lebih tahu apa yang terbaik untuk negara. Business is business, as long as it's fair and halal, then religion matter is unnecessary.

Please, jangan burukkan lagi imej Islam. Anda protes secara membabi buta, belajar dulu dakwah cara bijak sebelum nak berdebat soal agama. Jangan rasa anda orang Islam, anda suci bersih tiada dosa. Mereka pun ada buat perkara yang tak sepatutnya. Ada yang salah guna ungkapan Jihad. Betulkan dulu diri sendiri sebelum pergi ke bidang yang lebih besar, sebelum berangan nak menegur salah dunia.

No comments: