May 11, 2010
BFF.
Best Friends Forever. Buuut as you know, nothing last forever.
Siapa kawan paling baik anda? Yang anda pergi makan sekali, menangis sekali, cerita kisah hidup, berkongsi hampir apa saja? Berapa lama agaknya mahu begitu? Bagi perempuan, mungkin tabii mereka yang kepoh atau kuat bersembang (majoriti ye) menyebabkan mereka lebih cenderung meluangkan masa bersama mengumpat itu ini.
Tapi bagi lelaki pula, kawan datang dan pergi. Mereka lebih berpijak di bumi yang nyata. Tahu yang satu hari nanti akan tiba waktu perpisahan atas faktor jarak, keadaan dan peredaran dunia. Kami tak rajin nak utus2 surat. Kami juga jarang save birthday kawan dalam phone. Dan kalau nak wish pun, tunggu je lah notice dekat fb. Kalau tak keluar, siapa pun tak tahu.
Masa aku sem 1 dulu, kami agak akrab. Memang SEMUAnya kami lakukan bersama. Mungkin sebab kami datang sebatang kara, dan kawan dalam bilik itulah teman kami merayau2 melihat dunia luar. Tentang tarikh lahir, kami buat reminder besar2 dalam bilik. Bukan apa, senang nak pergi kedai runcit awal2 beli tepung. Tapi setakat itu je lah. Dah jauh, makin jarang contact. Lepas 2 3 tahun dengar khabar balik, baru nak sebok tanya macam2. Kalau tak dengar, memang takkan mencari dan mungkin juga akan dilupai.
Facebook. Ada application BFF aku rasa. Kalau bff korang takde fb, automatik beliau takde dalam senarai. Jadi setakat itu saja ikatan anda? Sebab itu bagi aku, app itu sangat mengarut. Aku tak allow apps sebegitu maka aku pun takkan ada dalam senarai. Menyemak je.
Lelaki. Yang betul2 lelaki. Ada hormon yang mencukupi. Apa BFF? Boy's Finger Fuck? Jujur aku nyatakan, agak geli bila lelaki terhegeh2 nak sembang tentang BFF. Daripada korang sibuk nak add semua tu, baik korang pergi lepak dengan mereka. Nak rasa hebat bff ramai tapi pernah cakap sepatah dua je, tak perlulah.
BFF - hanya setakat 'itu' sahaja. Bila masing2 dah kahwin, beranak pinak, habis sudah. Atau masih ada, tapi sangat minima.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment