May 11, 2010

Hari Hari Ini.


Ya, ini hari hari. Nampaknya cuti sem kali ni pun takde can lah saya nak berisi sikit. Hari2 nasi bungkus. Kalau saya boleh gemuk dengan nasi bungkus, dah lama saya gemuk dari dulu. Nasi bungkus is not really my thang, tapi considering risiko mati kelaparan dan tiada comrade mahu meneman, terpaksa tapaukan jua. Makan sorang2 dalam rumah yang masih pekat bau cat, kotak bersepahan, serpih simen bertaburan, dan juga kucing yang sama tahap laparnya menggesel2 lutut pinta disuap.

Cuti yang tak berapa berbeza dari yang dulu. Terima kasih semua.

Oh ya, budget saya untuk rokok lebih banyak dari yang lain. Sedang salahkan kerajaan yang tamak cukai sejak dari dulu.

No comments: