Mar 25, 2009

Ceritera Sudin dan Si Putih. Pt 1

Adik-adik sekalian, hari ini kita akan bercerita tentang sebuah situasi dongeng yang dikarang pada masa lapang, dan dengan tujuan untuk mencuri masa lapang.

Dipendekkan cerita, setting disusun sekitar 90 an. Zaman maiti morfin pawer renjer popular. Zaman flashman, maskman. Zaman Star Craft dimain hampir di setiap cc, dan tidak dilupakan zaman Malaysia baru merangkak tubikkan kereta nasional pertama.

Fokus didekatkan; ditinjau Sudin, seorang mudi dari golongan sederhana, lahir di kalangan keluarga nelayan. Tiada apa yang dimalukan, kerana semua penghuni di situ juga nelayan. Ke laut sama-sama. Kekadang berkongsi sampan tatkala sampan keluarganya terdampar di EON untuk diservis. Hidup penuh kenormalan, tiada perkataan berkira dalam kamus hidup mereka. Sudin gembira. Beliau sudah cukup puas hati. Makan cukup, kawan ramai, dan tidak pernah jemu dengan bantuan PSP dan Wii yang disedekahkan kepada beliau tidak lama dahulu.

Pada suatu senja yang hening sedang ralit si Sudin bermain DoTA secara LAN dengan teman sekelasnya di bilik, Sudin terdengar bunyi mengiau. Memang fitrah Sudin minat dengan haiwan comel; pernah dia membela iguana suatu ketika dulu tetapi haiwan itu telah lari bersama jantan lain - meninggalkan Sudin keseorangan terkapai-kapai.

Sudin lalu bangkit dari kerusi sambil menghentikan permainan beliau. Caci maki bertubi-tubi menyumpah beliau yang kononnya leaver game DoTa itu. Sudin tak peduli. Setakat DoTA, mode mission pun beliau belum habiskan lagi. Boleh sangat main sorang-sorang. Patch yang terbaru pun beliau belum khatam.

Sudin berlari-lari anak mengejar bunyi miaw itu. Semakin cepat langkahnya bila bunyi itu semakin kuat. Kelihatan puan Sakinah bertenggek di kerusi urut Omega yang baru dibeli dengan tunai saat harga ikan kembung melonjak naik yang memberi keuntungan berbilion ringgit kepada Sudin sekeluarga. Disapanya lembut puan Sakinah yang merangkap ibunya. Soal si Sudin ingin tahu dari mana datangnya suara kucing yang menjentik telinganya sebentar tadi.

"Ni ha." Balas si ibu lembut sambil menjebikkan bibirnya ke arah kantung bajunya, yang kelihatan segumpul bulu berlumpur yang masih kelihatan warna asalnya. Putih. Tiada unsur clorox kelihatan, memang ianya putih jika dilihat dua tiga kali.

Sudin kaget. Tak kaget mana pun, tapi cukup untuk menyebabkan beliau merampas binatang tersebut dan berlari ke bilik air berjakuzi yang terletak 2 meter dari dapur. Diramas, di gentelnya haiwan tersebut dengan sabun Lux merah jambu, sampai putih bersih. Sangat kelihatan suci menawan hati. Selepas berhempas pulas berusaha, Sudin tenung wajah binatang itu. Dibeleknya tekun. Hmm takdela comel sangat. Biasa-biasa je.. - detak hati Sudin.
Lalu beliau tubik dari bilik air memeluk kucing itu. Dipassing semula kepada pn Sakinah lantas Sudin kembali ke meja komputer.

-----------Chapter 2

Hampir seminggu kucing itu bermastautin di teratak hina Sudin yang bertingkat tiga itu. Namun Sudin ego. Dia enggan mengendahkan kelibat kucing itu bila ia berlalu dihadapannya.
Pernah juga Sudin cuba meribanya, tapi setepatnya 2.1 saat, si kucing itu bangkit lalu lari dari lipatan pahanya. Sudin teringat peristiwa iguananya. Beliau tersentuh. Lalu bermasam muka dengan kucing itu untuk sekelian kalinya.

Suatu hari yang terik tapi indah, pn Sakinah dengan tanpa segan silunya memberi idea agar Sudin membawa kucing itu berjalan-jalan menghirup udara segar. Setelah dijanjikan upah choki-choki, Sudin yang dalam situasi kemalasan itu akur untuk bersetuju dengan cadangan ibunya.
Lalu berjalanlah si Sudin berserta kucingnya itu di taman perumahan beliau. Tapak Sudin di atas pasir pantai tidak berbekas, kerana Sudin mengontrol setiap langkah lesunya.

Tiba-tiba Sudin bertemu dengan rakannya. Mulanya seorang, tapi setelah Sudin mengambil keputusan untuk menyinggahkan dirinya lebih lama, makin lama makin ramai yang turut bertandang. Bukan kerana Sudin seorang yang kacak, tetapi memang tempat Sudin berdiri itu tempat lepak berdaftar sekitar anak-anak muda kampungnya.

Sembang punya sembang, timbullah persoalan terhadap kucing yang dibawa Sudin;
"Name gapo dio kucing mu ni Suding?"

Sudin statik seketika. Tanpa ingin memanjangkan perbualan kerana beliau sememangnya seorang yang pendiam, Sudin menjawab lembut -
"Putih.."

Jawapan yang difikirkan beliau itu mengambil masa 3 saat. Hanya nama itu yang terlintas. Sudin bukanlah golongan Datuk Datin untuk memberi nama fancy kepada binatang peliharaan mereka. Kalau tidak tentunya akan terkeluar nama seperti Elizabeth, William mahupun Ichigo.

"Comel siot.." Jelas kawannya.
Sudin menafikan. Namun rakan-rakan tetap bertegas.
"Lantak korang la. Aku nak gerak balik dulu la, hari dah senja"

Lalu pulanglah Sudin bertemankan si Putih..sambil dijelingnya kucing tersebut.

Chapter 3 sambung di entry seterusnya.
Macam dah panjang la pulak.

No comments: