Yang dicari menjauh diri;
Yang dilari rapat sendiri?
Tiada gambar entry kali ini. Penulis tiada mood :x
Dah lama tak buat luahan. Lantak korang la nak kutuk. Blog aku. Aku punye suka laa.
Tidak ditujukan tepat atas dahi sesiapa. Terasa, padan muka. Nak senyum, nak gelak, nak mengeluh, silakan.
Start dengan benda yang paling penting. Paling asas. Hidup kita. Apa nak jadi? Kemana destinasi? Apa yang cuba dicapai? Dapat tak. Susah ke? Jauh sangat? Haha takpe, pelan-pelan mendayung cik adik, akan sampai ke situ. Titian kesabaran macam jambatan gantung, lari laju-laju kalau sampai, untung badan. Kalau jatuh, kubur. Menapak pelan makan tahun, tapi akan tiba di seberang pastinya.
Dalam hidup banyak pecahannya. Pelajaran, pengalaman, cinta, kerja, dosa pahala, sakit seronok, senyum hiba, ada semua. Kenapa hidup banyak rintangan? Soalan bodoh. Kalau main game mario, tak perlu lompat-lompat, takde cendawan pembunuh, kura-kura terbang, naga di map api, tak seronok. Bayangkan hanya perlu jalan ke kanan tanpa ada halangan. Hanya tekan keypad kanan. Sampai bendera. Sapa nak main?
Kena ada cabaran. Macam nasi goreng. Kena ada sawi, kobis, cili api, kicap. Baru la sedap dengan rempah. Jadi jangan mengeluh dengan sekecil masalah hidup yang macam sebutir pasir yang masuk celah lipatan seluar jeans korang kalau jalan-jalan kat pantai. Dua tiga kali tepuk, jatuh. Macam tu la masalah. Nak selesaikan, usaha sikit. Duduk diam menangis bertekap bantal, itu jalan lari jangka pendek. Tiada apa yang selesai.
Kalau tengah makan, habiskan dulu makanan anda. Baru sambung.
Masalah ibarat tahi hidung. Bila dah buang, ada lagi. Bila dia datang pun tak tahu. Bila dah buang, puasnya mencecah langit. Masa nak buang kekadang sakit, kekadang syok. Kotor, tapi boleh basuh. Macam orang cakap cinta macam proses berak sembelit - ditahan sakit ya amat, dibuang pedih tak terkata. Susah sangat. Dah teran, tapi statik. Tetap melekat tak bergerak. Nak tunggu? Kejang kaki mencangkung, habis rokok sebatang. Tapi masih lagi berjuang. Nak biarkan, nak pegang prinsip time will tell? Nak biar tergantung? Sampai subuh la termenung.
Cara mudah, telan julap. Makan pelam banyak-banyak. Betik pun boleh. Laju je turunnya nanti.
Tapi kalau berjuang dengan cinta, nak telan apa? Padadol 2 papan? Masalah yang selesai ataupun korang yang gol? Tiada jalan mudah. Kena guna proses tradisional. Cara sakit yang mula-mula. Teran sampai habis nafas, harap-harap punca sakit tu jatuh cepat-cepat.
Kalau ayat diatas terlalu najis untuk difahami, nah ayat baru.
Cinta itu sakit. Susah. Payah. Jadi tak perlu ditambah beban dengan masalah lain.
Tau tak, cinta itu antara dua orang. Tak perlu ketiga, keempat. Kalau ada yang masuk campur, itu bukan cinta. Macam cinta kepada tuhan, berapa tuhan yang patut dicinta? Ada ke makhluk dual agama, Jumaat pergi masjid, Ahad lepak gereja? Takde kan. Kalau ade pun, patut dipancung. Sama la, cinta kepada rasul, kepada kitab.
Jadi tak perlu lebih dari satu. Hello, rujuk kamus, cari definisi setia. Pinjam buku kat library, buat research. Takpun google je. Sedangkan anjing boleh setia pada tuannya, inikan pulak manusia. Makhluk teratas dalam rantai makanan. Paling mulia dalam al-Quran. Sebaik-baik kejadian itulah manusia. Haiwan ada otak, tapi tiada akal. Manusia ada akal, tapi taknak guna.
Terasa hebat ramai yang sayang kita. Sebab tu nak pasang ramai? Perlu ke? Lelaki, mungkin difahami. Quota 4. Nak ikut nabi, baginda kahwin janda. Nawaitu nak tolong,nak jaga. Kita, niat apa? Kesimpulannya, satu lawan satu. Baru adil. Persetankan poligami. Satu pun belum tentu terjaga.
Kita makin hari makin tua. Sampai bila nak main-main? Acu cuba try test yang tu, kalau tak ok try yang ini lak. Seminggu sekali tukar macam salin baju tiap-tiap hari. Dah kotor, tukar. Dah jemu, beli lain. Penat basuh, buang. Buat kain buruk. Hari-hari pijak. Nasib la kain takde perasaan. Tapi ada orang layan orang macam kain buruk. Atau macam anjing. Jasa tak pernah nak hargai. Cukup masa bagi makan. Sakit demam, biar lantak. Ada yang jaga, yang belai, yang pamper cukup molek, tapi tu anjing rumah. Binatang peliharaan. Binatang. Ada yang tambat kat luar rumah, hujan basah apa peduli? Bila ada penyamun, berhutang nyawa pada anjing. Kalau tak, yang mati dulu, anjing. Yang comel, yang manja, peluk dia kuat-kuat. Yang kurap, yang kaum jalanan, nak dekat pun ragu. Ramai yang lapar, bukan liar sangat. Dia hampir sebab nakkan makanan. Mungkin ada bau pada anda, ada harapan untuk dia. Hulurkan sikit. Dia pasti gembira. Anda akan dihargai walaupun secebis roti, sedikit kasih sayang. Dah habis pasal anjing. Baca balik, renung-renungkan.
Pelajaran dan percintaan bak lagu Bloodshed. Cinta pasti datang. Undang atau tak, sedar atau tak, pasti akan bertandang. Kadang-kadang datang dalam seribu cara. Tiba-tiba dah tertangkap, dah terbelit. Nak lari boleh, tapi bayangkan tikus nampak keju atas perangkap. Nak cuba juga, kalau boleh paksa. Seronok kalau dapat, tapi risiko. Tinggi sangat. Cinta main perasaan. Masalah cinta datang, habis semua terlibat. Makan tak tentu, nak study lagi la. Asyik angau. Menangis selagi boleh. Jangan lari, tak perlu pun. Harung je. Redah, macam langgar tembok. Boloskan kalau hebat.
Ditelan pahit dibuang sayang. Ditelan mati emak, diluah mati bapak. Dibiar dalam mulut, mati anak. Apa nak buat? Masa ni baru ingat tuhan. Baru nak sembahyang. Dosa besar tetap buat, mana nak berkat? Entahlah. Nak taknak, terpaksa pegang prinsip Time Will Tell. Ada ke jalan?
Pukul 3 pagi melayan perasaan la pulak. Nak tidur, dah cukup lelap petang tadi. Takde aktiviti, terkenang masalah hidup. Kalau dah hati dok terpikir, mana boleh nak tenang? Kalau selesai, baru boleh tersenyum. Senyum yang sangat-sangat ikhlas. Akhirnya sempurna. Perjalanan yang sangatlah panjang, entah berapa kali isi minyak, berapa kali singgah RnR,barulah sampai. Ada cahaya dihujung terowong. Cahaya yang amat diharapkan, paling terbaik dalam hidup. Biar malap tak perlu terang sangat, asal nampak.
Aku tak suka dengar nasihat. Payah nak terima pendapat kalau tentang masalah serupa ini. Tak pro la kala asyik bergantung. Berdikari tanda cekang. Jangan tanya, biar aku pendam. Taknak luah, kalau tak perlu.
Terima kasih buat yang membaca dan yang cuba memahami. Juga yang cuba membantu.
Anda dihargai. : )
2 comments:
test testttt. D:
damn...bru leh komen....
Post a Comment