Mar 17, 2009

Melirik Birunya Bumi Tuhan



Pemandangan luar tingkap. Membosankan?

Terdetiknya keinginan untuk mengemas kini dan menambah luahan baru selepas sekian lama menyepi - semuanya angkara putusnya beberapa bekalan yang agak penting di asrama kami.

Masalah putusnya bekalan air datang bersinggah, ditindih pula dengan masalah sambungan ke dunia maya ini. Tapi jangan pusing dulu, berkat dengan sambungan default di CM ini walaupun tidaklah sepantas mana, dapat juga kami menjenguk perkembangan semasa.

Hidup tiada yang lain, perubahan drastik masih lagi menyepi dan belum terjadi. Perjalanan pelajaran tidak pernah letih berkunjung tiba dengan membekalkan lebih banyak assignment yang pinta disiapkan segera; Namun kami masih lagi ada masa untuk membuang masa..

Minggu ni tiada apa yang baru yang perlu diberi perhatian dan dihebah, hanyalah masuknya duit MARA bagi segelintir pelajar AD. Oh lagi satu minggu ni aku pulang ke rantau selepas hampir 2 bulan bermastautin di sini - sekadar menjenguk orang tua di rumah. Dan sebab itulah terlepas menduduki kertas Bel pagi Isnin lepas.

Macam banyak pula masalah bertandang.
Tapi takpe, kami student AD; kaum yang tidak kenal erti kecundang dan masih terus berdir i untuk merempuh limitasi dengan senyuman lebar ;)

3 Entry sekaligus la. Bagi korang lebih sikit bahan untuk dibaca..
Asyik layan
benda biru je sampai bile kan~

No comments: