Mar 7, 2009

Suratan Atau Kebetulan?

Malang tidak berbau. Itulah yang sering diluahkan untuk memenangkan perasaan, ataupun hanya itulah yang mampu dikatakan.. Tiada kata penenang dapat menghiburkan kerawanan hati, dan tiada ubat dapat mengubati sakit yang telah terjadi. Hanya masa dapat menyembuhkan dan segenap kesabaran yang dikumpulkan menjadi pendinding kehibaan..

Khamis, 6hb Mac.
Pagi itu indah seperti biasa - tiada apa yang janggal, mungkin sedikit titisan renyai2 hujan menemani perjalanan seorang teman ke kolejnya di Ikip 5. Memang tidak disangkal laluan di hadapan pintu masuk kolej kami agak sibuk pada masa kemuncak - pergi dan balik kerja, dan jalan seakan highway menggalakkan pemandu memecut kenderaan masing2..

Hatta hendak dijadikan tragedi, Idham atau lebih dikenali dengan nama timangan Am, tiba di perkarangan pintu masuk kolej dalam jam 9 pagi. Mungkin tidak perasan akan kehadiran sebuah kereta, ataupun dalam kekalutan mengejar masa untuk ke kelas, beliau membelok dari jalan besar ke pintu kolej..dan pada masa yang sama sebuah Viva milik seorang student UIA merempuh motosikal yang dinaiki, menyebabkan ia berpusing lantas masuk ke bawah kereta. Mujurlah Am tercampak agak jauh dari kereta dan tidak terjadi kejadian yang lebih teruk..

Mengikut maklumat seorang teman dan berdasarkan keadaan Am, kaki kirinya patah dan tangan kirinya retak - dan beliau hanya sedarkan diri apabila sudah dihantar ke hospital oleh pemilik Viva tersebut. Tempoh beliau di wad tidak dapat diketahui.

Gambar sempat diambil semasa lawatan kami, dan untuk mereka yang tiada kesempatan pergi melawat setakat ini -





Ustaz sempat datang melawat sepanjang kami berada disitu.

Bagi teman yang ingin datang melawat, hospital berkenaan ialah HTAA dan lokasi wad ialah bilik 5C (kiambang). Masa melawat pula sebelum 7 petang.

Semoga beliau cepat sembuh dan tidak perlu mengulang semester atas kecederaan yang dialami..



No comments: