Feb 25, 2009
Bebatang Musibah Penggerak Insani
Feb 22, 2009
Gelagat Mamat Cekang
Entry kali ini adalah gurauan semata-mata, tiada unsur politik, keseriusan mahupun keagamaan.
Mari kita tinjau aktiviti sharian di kalangan pelajar AD. Jom terjah !
Jam menunjukkan atas tengah malam, tapi kelibat2 student masih lagi berkeliaran di pelosok bawah blok Casa Mahkota dengan tujuan masing2.
Ada yang bertungkus lumus menyiapkan assignment, dan ada pula yang berhempas pulas bermain game untuk sumber hiburan.
Disini saya lampirkan gambar yg sempat disemadikan untuk tatapan minda, di kala kami merelekskan diri.
Mangsa yang selesa dengan nama timangan Spetz, kelihatan sedang bermain DOtA menggunakan tablet beliau dengan jayanya.
Masih lagi beliau, dari sudut yang berbeza.
Inilah objek yang digunakan, satu penyalahgunaan kuasa telah dikenal pasti kerana tablet dicipta BUKAN untuk bermain DOtA.
Semoga anda dapat menyingkap kehidupan kami sedikit sebanyak.
Sampai jumpe di lain hari, Daa !
Wajah Kekuningan.
Believe it bitch. Harharhar.
W. I. P.
Dan atas sedikit anjakan paradigma versi kerajinan, work bermediumkan oil pastel berjaya disiapkan.
Agak mudah sebenarnya subjek SHA ni, cuma masalah terbesarnya kelas jam 9 pagi.
Masa yang paling getir untuk bangun tidur..
Hari ni hari sabtu. Cuti. Tapi ape yg aku buat cuma tidur dari 8 pagi tadi sampai 7 malam.
Pehh berpinau2 kepala kurasakan. Tapi takpe, masa digunakan dengan sebaiknya seraya dapat menjimatkan kos kehidupan di bandar dosa ni.
Memetik entry Fahmi, ya, kami semua sudah berada di bawah tahap muflis dan malu tapi mahu untuk meminta dan terus meminta duit orang tua kami.
Alatan untuk VCR mungkin mencecah RM60-70, siapa tahu. En. Ifa, consider la sikit. MARA belum masuk, oke?
Sedikit cacian untuk yang berkenaan;
DAH SEM DUA, MANA DUIT KAMI ??
Borang dah lama hantar, tapi kenapa masih terkial-kial nak proses?
Lebih kesian bagi mereka yang ada masalah dengan borang, lagi lambat la menanti ketibaan duit tersayang..
Setakat ni la dulu, sebenarnya aku cukup tak minat buat kerja pakai keyboard laptop.
Tapi apakan daya. Balun sajaa.
Feb 19, 2009
Projek Parkour Penuh Perasaan.
Tidak sesuai untuk pengunjung dengan niat bersantai semata2.
Briefing:
Stunt : Renz :: Fahmi :: Idan
Lokasi : Ikip 5
Masa : Kelas VCR
Permulaan Penceritaan
Jangan ditanya kenapa, kerana jawapannya tidak terjawab. Tidak semua persoalan dapat diungkapkan mahupun dengan sains.
Jikalau masih mahu disuap dengan jawapan, enteng saja;
Kerana Kami Student Art and Design. Puas? :)
Projek Permainan Penuh Risiko
Bukanlah menarik sangat sampai patut dikagumi, tapi cukup sekadar ingin mencuri masa anda barang seketika walaupun hanya sekelumit minit.
Misi kali ini mudah saja - tapi mungkin di atas paras mustahil bagi segelintir manusia.
Lebih2 lagi untuk insan katik, yg dibawah paras par.. contohnya cape-- takpe2, lupakan je. =p
Proses ; Projek Parkour
Permainan dimulakan di tgh terik mentari, di mana kelihatan Encik Iff sedang sibuk menandatangani task signboard tidak jauh dari tempat kejadian.
Didorong oleh perasaan kebosanan dan idea yg memerlukan ruang lebar setelah dihimpit stress dibanjiri assignment, kami tekad untuk memanjat tembok yg tidaklah begitu tinggi, tapi cukup untuk membunuh seorang bayi 2 bulan jikalau terjatuh dari atas.
Projek dimulakan; peserta pertama mengambil posisi beliau.
Diberi nama timangan Idan, beliau membawa harapan tempat lahirnya, Somalia untuk meraih pingat emas.
Mari kita lihat kesudahannya..
Cubaan yg sia2. Takpe, baru warming up beb.
Masih lagi sia2.
Jurus ulat bulu Somalia.
Jurus munyit berkasut Adidas.
...Setelah beratus2 cubaan, namun semuanya tidak membuahkan hasil - hanya titik keringat kelihatan.
Moving on -- kelihatan peserta kedua dari Bangladesh, Mie Bromantika mengambil tempat.
Nampaknya sarung tangan hikmat beliau tidak banyak membantu.
Ehh ehh aku macam sampailaaaa !
Heh, tu perasaan ko je Mi. Lupakan.
IYAAAAH !!!!
Aku cakap lupakan !
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Kecewa dengan prestasi rakan sekelas, akhirnya peserta harapan mewakili tanah air turun padang untuk beraksi.
Mari kita saksikan.
Langkah pertama - beliau mengambil sight dan lajak yang bersesuaian, lantas berlari dengan penuh gaya dan memijak dinding pejal sebagai sokongan untuk menapak lebih tinggi.
Lagak seperti filem aksi cina. Mengagumkan sungguh.
Yeahhh. Berjaya berpaut pada percubaan ketiga. Gempak seyh
Berusaha untuk naik.. percubaan gigih yang patut diteladani oleh semua pelajar.
Dan akhirnya.. Misi Berjaya ! Usaha tangga kejayaan ye adik2 ...
Selepas terbukti ia tidaklah mustahil, peserta yg telah kecundang mula ingin mencuba nasib untuk kesekelian kalinya.
Walaupun dengan bantuan kayu dan meja, masih lagi tidak berjaya.
Akhirnya tumbang dengan penuh kepasrahan..
KLIMAX ::
Setelah puas menakburkan diri, si pemenang akhirnya turun ke bawah; sama paras dengan manusia biasa yang lain..
Haha bajet cekang kan.
Sekian.
Bebatang Cokelat Disaluti Assignment dan Benih Matahari Berpudina.
Tapi pokoknya, maksud tetap menuturkan satu subjek. Rileks.
Pelajar kolej memang sinonim dengan assignment. Lebih2 lagi budak AD. Tugasan diterima kekadang mahu saja dimaki dan dicaci, kerana kata mereka sangatkah tidak masuk akal dan diterima otak.. melimpah2. Tidak terdaya kudrat manusia untuk menyempurnakannya.
Baru sem 2 beb. Ada 2 tahun lagi, tapi tu yg sepatutnya la. Sem yang bakal ditokok tatau lagi kan.
Kita manusia, bukan satelit mahupun robot - walaupun ada yang mengaku dirinya itu seekor gundam (OHAY RID88) tapi terimalah kenyataan.. Komposisi kita tulang dan daging, dan deria penat takkan hilang walaupun mampu dilupakan buat seketika.
Waah panjang membebel kan, tapi motif sikit je sebenarnya.
Walaupun mengejar masa, luangkan masa untuk berekriasi sejenak.
Masak megi, jalan2 ambik angin, hirup asap beracun untuk mengecas stamina pun ok gak. Terpulang.
Sikit-sikit jadi bukit. Lama-lama jadi banyak. Akhirnya akan siap jugak seksa korang tersebut.
GO GO !
Coklat meransang otak untuk lebih berfungsi dan aktif.
Dapatkan satu di pasaran sekarang !
Ataupun ini. Aku nak rasa tapi segan nak beli.
Situasi sekeliling masih lagi hingar. Perasaan ingin mengganggu mereka yang berassignment kini membuak-buak.
Gerak dulu, ciao !
Feb 18, 2009
Coretan Waras Dari Sanubari Separa Logik
Kelakuan yg sblum ini sangat jarang menyentuh pena, marker atau kertas untuk bekerja, kini sudah mula terkial2 mencari kedudukan beg..
Bagus, bagus. Perasan ghairah sebelum dan selepas assignment siap kini datang lagi.
Dah lama tak rasa perasaan seronok masa dalam proses menyiapkan keje.
Testosteron menjadi panas, oblongata menjadi aktif. Adrenalin rancak berlari. Syok.
Rasa rugi lak repeat drawing. Ingin diri ini menyiapkan 30 drawing serentak dalam satu malam.
Peeh lebatnye sembang. =p
Kepala benak dah asyik berfikir, tak sabar nak buat assignment. Laa pulak..
Lupakan hal ehwal pelajaran, kita balik ke renz yang lama sekejap.
Pehh budak2 bilik dah angkut dapur shisha beb.
Elok2 parking dalam bilik, kalau makcik cleaner gigi tubik atau rahim anxxx nampak, korang bole kene gantung sem atau buang trus.
Benda tu salah. Bole buat isap ganja, walaupun korang cume isap mint tanpa perisa, derang peduli ape.
Ikip kolej korek duit beb. Sendiri mau ingat yekk.
Hah shisha? Nak skeeeet.
Gambar kacak di atas bukanlah beruk tc mahupun beruk ikip 5.
Beliau terlalu jelita untuk dikategorikan bersama2 mereka itu.
Malam ni o9 kot. Jumpe lagi.
Ciaoo !
Transkripsi Imaginasi melalui Illuminasi
Blog ends.
---
---
No wait. -- Jom sembang bahase kafir skali skala?
Life are getting harder. More miserable day after day - and it's not anyone or anything else fault,
but yourself. Obvious, but unexpected. Or to be exact, in denial. Think you got more problems than others? Then welcome to the statistic comrade. You're just another number, so don't get the feeling that you're special.
Problems didn't come to you, the one running into them is you.
Procrastinate is everyone's favorite subject, but it wont settle anything.
You can run; but you definitely can’t hide. Spending time laughing with nothingness while having a loads of assignment waiting at home is a great way to run, fellas. “Release tension?” Yer giving another excuse to run away again.
Unless, you can do your piled jobs with godspeed effort, and did wonderfully with what you’re doing. Actually the last minute work is the most satisfying feeling you’ll get when you’re done with it.
Agree with me? Then you’re just a fellow follower of my procrastinate excuse.
Postponing your job while doing something else which is benifitless is baaad.
But it's fun aite? Congrats lawl.
Phew dah lama tak guna bahasa penjajah ni.
Mozilla problem dan IE takde auto correct atau aku yang tak jumpa option die, so kalau ada kesalahan grammar sepam due tu pejam2 kan mate udah ler.
That’s all. Tata !
Feb 17, 2009
Keindahan pantai.. Zaizaizaizai
Tujuannya bukanlah untuk melepak2, tapi hanya untuk menghabiskan sisa-sisa malam dengan aktiviti kosong dan tidak berfaedah.. hmm actually bergantung.
Nawaitu aku murni - untuk menikmati keindahan alam yg diciptakan oleh yang Esa; lantas diterapi unsur kesyukuran dan kebesaran.. Eheem.
Ketibaan kami sekali lagi tak dirancang. Jom tc nak? Jooom.
Haha sekali lagi situasi tiba2 tapi telah diduga terjadi. Layankan aje kan.
Malam tu macam biasa, macam malam2 overnight yg lain.
Sembang2 malam, dalam kelambu, kita-kita je. Sembang situ abes situ.
Hehe takleh bagitau. Padan muka korang.
--- Dipendekkan cite, pagi tu sedang aku diserang kebosanan, tanpa disedari tangan mencapai handset yang sedang nazak; beliau berkeadaan tanpa cas dalam situasi yg memilukan..
lantas ku sentap beberapa bibit gambar pemandangan di kala dini hari..
Yang obviously, gambarnya agak pecah wlaupun berkeadaan night mode.
Biasa la, kamera 20 MP. Power nya terlalu kuat untuk sekelumit situasi kaku terabadi dalam gambar, jikalau hendak dibandingkan dengan seluas alam ciptaannya yang penuh unsur2 pergerakan..
Berbunga sangat la pulak. Dibawah tertubiknya gambar untuk tatapan dan panduan korang..
Merujuk kepada foto di atas, ternyata hotel tersebut diberi nama Hyatt.
Gah berdiri menunggu pelancong2 melepaskan lelah selepas penat berjalan, sambil mengajak umat kita menambah dosa..
Sebagai rujukan :
Hyatt Regency Kuantan Resort
Telok Chempedak, 25050 Kuantan,
Pahang, Malaysia
Tel: +60 (9) 518 1234 Fax: +60 (9) 567 7577
Email: kuantan.regency@hyatt.com
Atau klik -
Feb 16, 2009
Santapan retina.
Sambungan kepada post lepas..Kalau belum bace, gi bace dulu..huhu
Pagi tu kitorang mandi pantai. Wooot. Pergh.
Walaupun kami dah boleh dikategorikan penetap di tc, tapi hakikatnya masing2 dah bertahun tak mandi air masin trsebut..setakat basuh2 kaki ade la.
Pagi tu sume dah nekad. Berbekalkan boxer yang kami warisi, kami TERJAH !!
Bersama Shah, teman ikip 3. Gambar dikala subuh
Harap maklum, gambar SEMASA mandi tidak dapat dipaparkan sebab..
sume tengah mandi, sape yang amik gambar, ye tak?
Bersama Hatta. Arwah baik orangnye..
Muka keletihan. Tapi masih maintain bergambar. Gempak ah.
Masing2 dah sakit dada dan pedih mata.
Takpe la, sekali skala merasa.
Dalam perjalanan balik, aku dicuit oleh satu permandangan indah..
Lalu tanpa berpikir panjang, aku ingin mengabadikan situasi tersebut dengan slr 2 megapixel dalam kantung seluarku..
Kemahalan gmbr ni sebenarnya kalau anda berada di DALAM nye..
ditambah dengan udara yg nyaman dan kicauan burung.. Subhanallah.
Wish you were here. =b
Bebatang tenaga dah abes. Mood pun sudeh ilang.
Ciow !
Feb 15, 2009
Malam Keramaian?
9pm - Aku gerak ke bandar. Jumpe setan2 ikip 3 baru lepas karok. Jom tc? Joooom. Kami pun cargas bergerak menuju ke destinasi kemaksiatan itu --
Situasi : Sesak dan sendat, lebih ramai dari biasa.
Kes : Valentine.
Sedang asyik melepak, kami dikejutkan oleh segerombolan mamat berkopiah dan minah bertudung bawah paras lutut seakan-akan JAIP sedang mencari duit kopi, mundar mandir mncari sasaran untuk disekolahkan. Cuak jugak seorang teman (John - bukan nama sbenar) apabila dikepung oleh kira2 8 orang makhluk.
Beliau kemudian di sound, tapi dengan segala kudrat cuba menepis tohmahan tersebut dengan poin2 yg sedikit bernas;
"Pejadahnye berkhalwat lak?Kitorang bukan dok dalam gelap, bawah tiang lampu niii.
Nak cakap berduaan pun tak, toleh kiri ade org, toleh kanan pun ade.."
Namun kepala otak beliau tetap x dapat menandingi 8 kepala otak tersebut..lalu beliau gugur di medan perang.
Apabila ditanya dari mana datangnye mereka, lantas dijawab
"Dari UIA"
Haish.. bukannya nak mengeluh atau nak mencaci, tapi dengan budak UIA lah hamba pekena dam kat bawah pokok suatu ketika dulu..
Sedikit nasihat; Sebelum korang rush tc, rush dulu pelosok kolej korang sendiri ye.
Tutup pekung sendiri sebelum try nak bukak pekung orang lain.
Niat dah betul, tapi cara dan timing yg agak salah.
Konon nak bendung sambutan Valentine di kalangan muslim kan.
Malam lain lagi teruk kadar kemaksiatannye. Yang beromen tepi pantai pun ade, bukan setakat pgg2 tgn, untuk stok geli2 je. Dah bertindih da pun. Biasa la, sejuk dan sunyi. Hahaha.
Agak rugi rasanya tak sempat nak merakamkan adegan tersebut. Pasti geli hati tatkala dikaji di lain hari..
Jiwa memberontak, rebellious. Biasa la, remaja.
Sedangkan cakap mak bapak korang pun tak ikut, inikan pulak cakap orang.
Lu pikir la sendiri ye geng.
Yang kecil tak semestinya anak dan yang besar tak semestinya obesiti.. ulps.
Feb 14, 2009
Taek Care Mai Comraed.
Bagi mereka yg tak tau, atau saje malas nak ambik tau, kite tgk la same2 kalau beliau ade lagi Isnin ni atau tak. Kalau dah takde, korang tau la sape yg aku maksudkan. Kalau die ade lagi, anggap la post ni tak wujud.
Kepada yg empunya badan kalau die bace blog ni :
AKU TAK BAGI KO PERGI.
Kat sini pun ko malas nak buat keje, apatah lagi kat sane yg byk saingannye.
Tambah lak aktiviti sosial kat sane yg akan lagi sekat mase ko nk siapkan work.
Ko jenis fun. Suka enjoy2. Ketawa nombor satu. Bile kawan ajak kuar, ko follow walaupun kerja bertimbun.
itu la alasan yg dpt aku pikir untuk beta bapak ko. Dan untuk beta ko skali.
Tapi klau ko blah gak, ape nak buat kan.
Kalau ade sumur di ladang, bole kitorang tumpang mandi..
Take care. Adios
Mamalia Amfibia?
Belom lagi habis isu Valentine yang sebenarnya perayaan orang Kristian, kite terjah lak pasal isu bapok/ maknyah yang semakin berleluasa di muka bumi Kuantan ni.
Sedang sye dan teman duduk mengisi perut di sebuah kedai tempatan ( Restoran Zaza - bukan nama sebenar ) kami dikejutkan oleh sekumpulan bapok yang berpakaian menjolok mata.
Kalau nampak bapok je ape ade hal, dah bersepah kat bandar kan.
Tapi lokasi tempat kejadian ialah kat Zaza. di mana restoran tersebut memang khas untuk student Ikip, Shahputra, Maritim dan Kolej komuniti menjamu selera.
Jadi peratus bapok2 tersebut berstatus student kolej berdekatan agak tinggi.
Ape kejadahnya kluar makan pakai camtu?
Tak dinafikan hampir setiap kolej di dunia ada golongan trans begini, tapi agak2 la nak dressing tu kan. Iskkh.
Disini saye lampirkan sediki pencuci mata untuk korang sendiri renungkan.
Bagi golongan2 ini, apakah makna Valentine?
Dengan siapa mereka akan menyambutnya?
Bagaimana pandangan masyarakat jika bertemu mereka berpeluk2 dengan kaum sendiri di Fun Fair?
Atau lebih teruk, berciuman di tempat2 tertentu..pawagam contohnya?
p/s: Sebenarnya bagi aku benda ni dah biasa, takde la ralat sangat. Saje nak post sesuatu kat blog je :p
Lenkali kite tengok pengkid lak ek. Eheeem ramai yang terkena nnt~
Hari minggu yang penuh kebosanan.
Wah aku kat cc je arini?
Kalau tidaknye ari jumaat, sabtu n ahad ialah 3 hari kombo aku tak balik asrama.
Tapi hari ni ape cer aku lepak kat umah je??
Sume ni gara2 kedemaman yg melanda diriku ini.
Sebab lain mungkin sal takde sen kot.
Dan lagi satu, aku bukan kaki KELAB ye makcik2 sekalian. Kalau ade sen lebih maybe aku join gak kut.
Ura2 ade mengatakan MARA masuk lam mnggu depan. Seronok la korang kan. Kepada umat2 yg mtk aku blanje tu, sory la, duit aku dah di occupied sepenuhnya oleh moto n laptop aku.. huhu.
Stakat nak kuar2 tgk wayang ke, "minum2" ke, lepas arrr.
Tahun ni valentine yg paling busaan. Ceh macam la taun2 lepas aku enjoy arini kan..same je on9 spnjg ari~
Maybe petang2 ni aku kuar gak kot. Sape kisah. Sape peduli.
:: Side Bebelans ::
Aku tak izinkan kau pergi -- Ape nak jadi jadi laaaa. Hmphh.
Kay nanti sambung lain kalau ade mase. Ciao
Fukking [V] Dey ~
It's the day of sweets; and the day of sins. Pftt.
Valentine datang lagi - persoalannya, korang sambut tak?
Kalau smbut, ape je yg korang buat?
Gi dating, gi picnic, gi tc, tgk wayang bagai?
Kepada yang ronery tu, padan muke korang mwahaha.
Sambut je la sorang2 kat umah sambil makan cecoki ekk.
Tenangkan ati korang sambil jerit :
"Ahhh itu sume pengaruh barat, persetankan Valentine!"
Felling better?
Atau sambut je dgn motor. Sape ckp Valentine untuk awek je??
Namun bagi yang dah kawen, ajak la bini/laki korang gi merendek ke ape ke.
Aku tau ade kawan2 aku yang da kawen. Tak salah pun berkhalwat ngan muhrim sendiri.. huhu.
Kepada bebudak kolej, have fun yaw. Drw korang ade 30 keping kene siapkan btw. Ahaks
Ciaoo. Salam
Feb 12, 2009
Misi : Gambar kure-yatif.
Dipendekkan cite, aritu kitorang (sape yg terlibat perlu dirahsiakan) tubik ke kawasan per-zoo-an area2 sini. Alaah simpang kanan ikut jalan nak gi tc tu. Nawaitu memang seratus persen nak amek gamba. Side nawaitu lak nak release tension, kunun2nye laa.
Sampai situ dalam tengah hari, masuk2 je jumpe tempat bewuang. Tidak dinafikan lagi itulah mangse pertama kitorang..
-Si bear yang penuh rakus berposing mencuit ulu hati kami. Agak terhibur la gak.
Tapi biasa la manusia kan, cepat bosan dengan sesuatu. Habis hiburan, kitorang gerak gi cari makhluk lain lak.
Sampai kat kandang rusa (ke kijang hah? ta ingat) ade brader panggil masuk.. mungkin berbekalkan slr yang kitorang pegang, die bajet nak amek gmbar utk sinar harian kot. Gasak ko laaa.
Dalam kandang tu ade reban sebenarnye. Simpan stok tikus putih ramai2..babi guinea bak kate org kmpung aku.
Sebelah tu ade arnab tgh melantak. Monyet tengah period. Burung unta tengah emo. Snap selagi bole snap kan..sampai puas.
Ni la mamat yg tarek tgn beta
Munyit period
Da letih jari jemari, brader trsebut pon ajak bagi makan rusa - pemalu rupanya mereka, tak cukup jinak untuk didekati..sambil brader tu tunjuk bijak terangkan asal usul rusa.. tapi kitorang rase die kencing je lebih, ahh biarlah die rase hebat jap untuk seketika kan.
Usha-usha.
Bosan dengan beliau, kami gerak gi tempat lain lak.. ade musang, ulau sawa yang semuanya aku jumpe dalam 22 tahun ni, sume tido. Memang fitrah die untuk jadi pemalas kot. Depan lagi, jumpe siamang lak. Terlebih peramah jugak beliau, main tarik2 lengan beta. Sabau aje lee.
Jumpe lak kucing utan, comey je die nak buat muke garang..padahal dalam kandang. Rase nak cubit2 bijik mate beliau.
Mase nak balik kitorang main snap2 rawak. Ade la sorang loli terjadi model secara tak sengaja..
Nama beliau Alya. Tu pun terdengar mak die panggil.
Jalan punye jalan, sume gamba bese2 je. Takde la kreatif sangat. Last2 ambik gamba kat rumah jugak. Ahaaa.
Mad iron?
Cintailah buku pelajaran. Bongok je
Stok gamba da abes bwat mase ni, sambung lain kali ek.
Permisi dlu. Salam
Ber-function-an di pagi hari
Yesh makin banyak dah post. lol
Bertemu lagi kite di page yg tak seberapa ni kan.
Sambung sembang tentang setan2 yang terbaru..beberapa malam lepas ade pesta keramaian kat bandar, sedang elok aku da berkenalan ngan golongan setan ikip 3..
Masih ada lagi yang tak reti nak balik hostel bile tubik bandar. Harharhar ako suke !
6 ptg - 11 malam. Mase untuk pusing2 mega. Bowling klw ade sen, karok yg sudah menjadi keharusan dan arked di kala kebusanan. Tup2 dah kol 11, gerak lak ke taj. Isi2 perut dulu. Jalan2 gi cc. CS sepam due, sampai kol 1-2 pg kut. Then kalaw rajin gerak gi tc.
Camtu la rutin seharian, memang ade baiknye aku repeat subjek drawing sem 1.. ade sket mase terluang kan.
Situasi di tempat kejadian :
Kelihatan mereka tgh membuat muke kunun2 candid. Cam barua jek
Banyak lg sebenaunye koleksi gmbau2, tapi kene filter sket sal takot2 ade lec wa jejak page nih..huhu.
Ketensionan menekan keyboard laptop ini memaksaku menekan publish post secepat mungkin.
Permisi dulu ye. Salam