Showing posts with label merepek. Show all posts
Showing posts with label merepek. Show all posts

Jun 12, 2011

Mei dan Oktober

Yang kat fb bersepah dok tag tu aku malas baca. Macam tak best.
Yang ni aku saja rasa nak copy dan biar orang tertentu baca.
Sebab macam agak terkena dan betul dan isinya banyak.

MEI  
* Keras hati & degil.
* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
* Pemikiran yang tajam.
* Mudah marah apabila tidak dikawal.
* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
* Perasaan yang amat mendalam.
* Cantik dari segi mental & fizikal.
* Tidak perlu dimotivasikan.
* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
* Mudah dipujuk.
* Bersikap sistematik (otak kiri).
* Suka berangan.
* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
* Daya khayalan yang tinggi.
* Pandai berdebat.
* Fizikal yang baik.
* Kelemahan sistem pernafasan.
* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
* Tidak berapa suka duduk di rumah.
* Tidak boleh duduk diam.
* Tidak punya ramai anak.
* Rajin dan bersemangat tinggi.
* Agak boros


OKTOBER  
* Suka berbual.
* Suka orang yang sayang padanya.
* Suka ambil jln tengah.
* Sangat menawan & sopan santun.
* Kecantikan luar & dalam.
* Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
* Sentiasa berkawan.
* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
* Cepat marah.
* Macam pentingkan diri sendiri.
* Tidak menolong orang kecuali diminta.
* Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
* Tidak suka terima pandangan orang lain.
* Emosi yang mudah terusik.
* Suka berangan & pandai bercakap.
* Emosi yang kelam kabut.
* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
* Suka melancong, bidang sastera & seni.
* Pengasih, penyayang & lemah lembut.
* Romantik dalam percintaan.
* Mudah terusik hati & cemburu.
* Ambil berat tentang orang lain.
* Suka kegiatan luar.
* orang yang adil.
* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
* Mudah patah semangat 

May 30, 2011

Fuh.

Banyak sangat aktiviti sebenarnya. 
Nampak macam makan tido sehari hari, tapi memang busy lah.
Nasib lah zaman-zaman kepenatan dah berakhir. 
Satu sem satu paper, takkanlah penat sangat kan.
Kalau sempat mahu diceritain, dalam post akan datang barangkali. 
Gembira dan syukur, itu sudah pasti ada.

Terima kasih semua sepanjang 3 tahun ini. 
Kalau terlupa peristiwa, singkap saja gambar itu semua.
Pasti tersenyum sendirian kala malam dingin,
dan bisa saja menitis air mata.

Jumpa lagi kalau panjang umurnya. Salam.

May 11, 2011

Anti Virus?

Aku tak faham kenapa orang bayar untuk program macam ni. Yang aku lagi tak faham, orang yang tak pernah masuk internet sanggup berhabis RM200-300 untuk ni. Pada pendapat aku-

1. Kenapa nak protection yang begitu utuh sedangkan belum habis selongkar internet? Kalau pandai selongkar, mesti akan jumpe AV yang sepatutnya berbayar, tapi boleh download percuma dengan crack yang bersepah. Google kan ada.

2. Kalau online hanya nak bukak fb, tak payahlah nak anti virus sangat. Melainkan anda jenis pantang tengok ads "xray gadis itu di fon anda!" terus nak click, ataupun page bodoh di fb yang beribu orang like semata-mata nak tengok gambar, suruh download application itu ini anda pun download. Oh dan lepas tu bersepah hantar invitation kat inbox friends. Grow up lah. Paham selok belok internet sikit.

3. Yang tak ada internet pun gelabah nak beli AV. Perlu juga sebenarnya, mungkin anda nak cucuk pendrive kawan nak copy movie, sedar2 ada virus yang tak bagi anda show hidden files. Kan dah cuak sekejap tak jumpa 'movie' yang korang hide tadi. Contoh lah.

Yang ini aku download dan crack. Tak pasti pulak yang ni memang free atau premium. Tak payah risau expired pun. Masih ada berapa tahun lagi. Kalau rajin, aku cari AV yang baru. 2012 edition ke. 2020 ke. Up to date kononnya.


Duit anti virus tu, baik simpan je buat beli gundam, isi mintak moto ke, pegi anjung ke.

Apr 27, 2011

Break sekejap-

-untuk mengurangkan gambar dalam satu page ini :)
Dah lama tidak berbelog, dah tak ingat nak letak watermark. kah kah kah.

Copyright Mubarak 2011. comey ngat iye tuwwwh

Menipu maut :)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ni abang nak cerita tentang pengalaman abang. Pengalaman yang tak semua orang rasa. Kalaupun orang rasa, mungkin ada macam-macam versi. Abang dah rasa lah macam mana roh terbang sekejap meninggalkan jasad. Fuh. Cemas.

Secara kesimpulannya, 2 3 minggu lepas abang accident. Motor dengan kereta. Dah nama pun student, mesti la abang bawak moto. Kalau dah ada duit nak pakai keta sendiri tanpa kacau duit mak bapak, takdelah abang nak datang sini dok study lagi bertahun-tahun. Dan perlu diingatkan sekali lagi kepada doktor, nurse, pelayan kedai makan yang tipikal - anak muda yang accident moto TIDAK semestinya mat rempit. Korang nak aku jalan kaki pergi kelas tiap pagi?

Berbalik kepada pengalaman tadi lah ye. Sentap banyak-banyak nanti ke laut pulak.
Rupanya accident itu tidaklah menyakitkan, andainya anda pengsan. Tak rasa pun muka bergesek jalan tar, tangan menggores batu dan mungkin berguling dua tiga kali. Bila sedar, satu badan kebas sampai mulut tak boleh gerak langsung untuk bercakap 'tak sakit~tak sakit' kepada para audiens sekeliling. Dan sekarang baru aku tahu dari mana datangnya darah dari mulut yang biasa dibaca di komik-komik pertarungan, Bibir hancur. Bukan dari dalam badan.

Jadi anda yang tidak tahan period pain, cuba pengsankan diri untuk seminggu agar tidak merasa sakit itu. :)

Dan untuk pengetahuan umum, saya tak bawak motor laju-laju tengah bandar, saya ada alat penyukat kelajuan sendiri di belakang yang akan mencubit secara automatik apabila sampai 100km/j.
Eh kejap saya kejap abang kan, Boleh~lah.

Disini saya sertakan lampiran kejadian tersebut. Maaflah tak hensem, rambut tak sempat sikat.
Lagipun dah pakai minyak rambut darah sendiri. Keras macam spiky.


Terima kasih kepada yang melawat dan yang bertanya khabar.
Dan paling penting, yayang yang paling setia meniup sakit itu pergi. Eceh.

Sakit pun kena tak sakitlah, kerja kena disiapkan. Kerja akhir semester akhir (sepatutnya).
Entry akan datang, perjalanan saya sepanjang semester ini. Selamat membaca~

Feb 20, 2011

Saya main game sejak umur 4 tahun lagi.

Game pertama hampir setiap orang, Tetris.
Tipulah kalau langsung tak pernah main.

Sekarang, aktiviti game di asrama selalunya Call of Duty di bilik yang ditetapkan.
Anggota terdiri daripada rakan2 asrama dan tiada orang asing.
Untuk pengetahuan semua, game ini langsung tidak memerlukan talian internet dan risiko berkenalan dengan orang asing ialah 0%, bukan seperti poker di facebook ataupun garena, jadi anda semua tidak perlu risau.

Seperti yang kita tahu, COD Team Deathmatch memerlukan teamwork dan full alert ketika bermain, sama seperti DoTA dimana satu silap kecil akan menentukan kalah menang, hidup dan mati.
Apabila bermain 5 6 orang, agak sukar untuk pause game dan biar mereka itu menunggu.
Jikalau saya main perseorangan, nak pause seminggu balik kampung pastu sambung pun takde hal.

Saya ialah seorang gamer. Tapi langsung tak hardcore sebenarnya.
Tak bermain 21 jam sehari pun. Main, main. Bila kerja, kerja.


Kalau hobi main game yang dapat meningkatkan ekspresi minda dan tindak balas mental pun tak boleh, mungkin saya patut cari hobi lain seperti mengembara, menanam kacang botol di bilik air asrama atau mungkin bukak kedai runcit sendiri. : /

Jan 31, 2011

Eh dah tahun baru ke.

Omg, dah 2011. Dah nak masuk bulan 2 pun.
Entry pertama untuk tahun dua puluh sebelas ini.

#############

Aktiviti bergambar dan bervideo sudah sangat kurang. Padahal untuk time based media sem ini, kami kena submit video.

Saya nak buat movie lah. Seratus kali lebih seronok dari movie Shamsul Yusof Haslam.
Tajuknya, Keparat.
Mengisahkan 16 budak keparat yang suka bergosip pagi sampai petang.

Work lain, tak habis2 lagi proses proceed. Bila nak mula?

Dec 20, 2010

Sebaldi ilmu yang ditimba sampai ke mati.

Hari ini, saya selaku MB daerah Jengka mukim Jerantut telah turun padang untuk merewang permasalahan sekolah sekitar perkampungan orang asli. Sekolah yang menjadi mangsa adalah seperti di bawah. Jom terjah -

Pepatah hari ini; "Tuntutlah ilmu biar pun di celah2 hutan dan gunung yang tinggi lagi berkabus, diselangi sumpitan penduduk dan kejadian tanah runtuh, nescaya kamu akan tergolong di kalangan mayat yang berjihad."

Saya tak sempat nak snap gambar kesan tanah runtuh kerna sedang sibuk mengawal kereta melepasi jalan sempit berselut dikelilingi gaung kiri dan kanan. Tak syok lah gambar terakhir saya ambil tatkala kereta on air berpusing-pusing menerjuni gaung sampai ke sungai. Jadi, saya perlu fokus memandu.

Sampai sekolah itu, saya cari kertas periksa budak darjah 1. Sebab mereka paling kreatif. Dan sebab melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jadi saya nak basuh yang kecik2 dulu.


Bila saya lihat mereka tak kenal pon pekejadahnya bentuk bintang, saya give up.
Salah cikgu, sebab tak bagi bintang bila murid hantar kerja sekolah. Jadi mereka tak kenal.
Tetapi saya tetap memuji niat cikgu yang ingin menjaga hati murid dengan menanda 'BETUL' bagi jawapan bullshit di atas.

- Dengan hanya satu perkataan, boleh buat seorang loli tak bergigi tersenyum secara slow motion.
YES. YES. YES.

Mak masih maintain la nyaaah.




Tolong lah up sikit. Cecah 50kg ke. Dah 3 taun dok macam tu lah.
Ada tips cakap, makan makanan berat atas pukul 12 tgh malam akan buat kita obesiti.
Ini tipu. Tiap hari saya makan nasi pukul 3 pagi untuk 3 tahun, tetap tak naik.
Tak syok lah ringan2. Bila saya berjalan di persisiran pantai di TC, bila angin kuat saya akan jatuh sambil berguling hingga angin berhenti. Kadang2, berguling sampai cherating.

Dec 17, 2010

Size DOES matter.

Banyak yang saya tak puas hati tentang sem 5 sebenarnya.
Yang paling ketara, saiz koleksi gambar sem itu.
Kenapa hanya ada 1.5gb, berbanding LAPAN gb untuk sem 4?
Mungkin sebab 1 gambar dari dslr sudah bersaiz 3mb, dan saya ada 800 gambar sepanjang ke Johor tempoh hari? Sem 5 saya jarang dapat dslr. Terpaksa terima seadanya.



Sem 6 nanti, saya nak 100tb gambar kalau boleh. Belum campur video.
Sebab ada dip show. Dan dip show tempat peraga muka dan aksi selain peraga artwork.

Dec 12, 2010

Result Sem 5.

Tak rasa terkemam atau terkujal sebab memang saya dah agak akan turun punye.
Masa kerja gaduh sana sini, konflik laki bini, anak merengek nak menan, etc.
Tapi tetap syukur syukur syukur sebab tak repeat ETR. Saya memang tak ngamlah dengan nombor. Nak mengira ayam2 bole saje, tapi ada main buat jadual la pulak. Lawaklah nak suruh saya belajar akaun kat sini, saya lari dari MELAKA sebab benda tu lah okey. ~

Result sangat biasa. Semua B. Ada yang tolak ada yang tambah. Lebih kurang lah tu maksudnya.
Keyword, B untuk Beeeeeeyasa.

Oct 23, 2010

October !

Kerja punya kerja, sibuk tak sibuk, kesana sini rupanya dah bulan 10. 10 haribulan 10.
Bulan lepas satu post. Nak tunjuk kononnya busy tersangat. Paling busy lah.
Melukis, melekat besi, menjalan-jalan. Menmacam lagi.

Minggu neraka dah habis - minggu assessment berakhir semalam. Dan telah diduga hari ini akan tumbuhnya post-post baru dari segenap blog dan bercerita. Tentang kerja. Tentang 'cinta' pun ada. Wah.

16hb lepas birthday saya. Hari yang paling jarang disambut sebenarnya. Tapi tahun ni agak lain lah.
Bahaya nak dicerita kemana saya hari itu. Akan timbulnya kontroversi kiranya dihebah.
Tapi mungkin saya boleh berkongsi sekeping gambar untuk difikiri-



Saya agak rajin melawat blog rakan, jika mereka ada post baru. Bila keluar notification, saya akan klik.
Juga bergantung kepada tajuk entry. Disebabkan ada entry dari rakan yang sudah lama menyepi, saya pon ada rasa untuk kembali ke sini. Mungkin cuti sem, saya akan lebih aktif dari yang biasa.

Hei. Dah kekok lah nak menaip. Selalu tekan ASDW je sekarang ni. Kadang-kadang keypad 1,2 dan 3 untuk menukar weapon. Tak lebih. Apa salahnya menghabiskan detik berhibur selepas dihentam dengan kerja yang menggunung setingginya, kan?

Kerja dah siap, satu paper final untuk dijawab.
Selamat datang sem 6 ! Mari menangis untuk diploma show nanti.

Jul 13, 2010

Wah. Hiatus pulak.

1. Tiada perasaan mahu berblog buat sementara waktu. Real life tidak mahu melepaskan barang seketika.

2. Nampak aku diam tak bermakna aku tak tahu. Dan aku tak mampu buat onar. Sengaja malas melayan rengekan bodoh dari sekeliling. Tak mahu berjangkit dengan masalah mental anda. Sekian.

Jul 5, 2010

Entry baru

..terpaksa ditunda kerana penulis sibuk qada' balik aktiviti tergendala selama cuti 2 bulan lepas :)

Jun 29, 2010

Flying ~


Feeling a bit high. No, I'm clean. Really.

Cuti semakin tipis. Entry terdesak untuk cukupkan quota. Sudah 200+ untuk tahun ini.

Dan betul, malam ini akan bervideo call sampai pagi lagi. Macam selalu :)

Center of Attention.


Sesetengah orang gemar apabila dipandang orang. Bila ramai ramai tengok. Maka mereka lebih cenderung melakukan tindakan berkontroversi yang akan mendapat perhatian. Mungkin mereka mahukan perasaan superiority, atau seseorang yang bersifat terbuka dengan masyarakat. Mempunyai tahap sosial yang tinggi.

Ada juga jenis yang lebih 'tertutup.' Mereka tidak suka apabila menjadi perhatian. Contohnya semasa melukis, mereka akan berasa kekok apabila ada yang merenung dan meneliti. Kalau ada subjek public speaking, mereka akan sentiasa demam atau sakit untuk mengelak. Sejelasnya golongan ini tiada bakat untuk bergelar Idol.

Lebih baik diam diam berisi.
Resam padi, tunduk bila penuh. :)

Marriage.




Secara purata, sangat ramai kawan kawan saya yang telah berkahwin. Ada juga tak terkecuali yang lebih muda dari saya. Saya tak percaya kepada prinsip 'kahwin awal untuk elak maksiat'. Sebab kalau terlintas di fikiran semacam itu, semestinya beliau masih belum bersedia untuk berkahwin. Saya bukan terlalu 'risau' tentang bahaya, komitmen dan toleransi kahwin, tetapi saya lebih suka dipanggil 'berhati hati. Kawin untuk elak maksiat, tapi tiada pengetahuan yang cukup selepas kawin, tak sampai sebulan dah bercerai. Kalau tidak pun, berjuta masalah yang timbul. Saya bercerita berdasarkan pengalaman orang sekeliling, ya.


Tak perlu gelabah mahu kahwin awal, tetapi janganlah sampai terlajak. Peringkat umur yang sedang sedang saja. Pandai pandai lah hitung. Kalau boleh, elakkan sambung belajar SELEPAS ada anak. Nak buat apa, buat dulu bagi siap. Tak perlu dah kawin masih ada personal achievement yang belum dicapai. Whatever happens to "Family Comes First?"

Jun 24, 2010

Chapter 208, page 01.

Rurouni Kenshin.



First panel makes me think. Aside from long distance relatives who don't even give a fuck about your full name and old friends who did'nt remember you anymore, I'd say I got a confirmed 3 at the moment.

Masih musim bola



Dan saya hairan kenapa saya tidak minat bola. Mungkin saya tak suka akan sesuatu yang 'semua orang suka' lantas membuatkan saya tak suka permainan yang perlu berebut rebut. Nanti bola itu rasa dirinya hebat kerana 22 orang gelabah berkejaran kerana beliau.


Dan kerana semua orang suka, tak semestinya saya tiada pilihan untuk kata 'tidak.' Walaupun pelukis itu sangat terkenal dan artwork beliau dijual dengan harga RM2 juta pun, saya boleh cakap saya tidak suka. Dan walaupun 10 ribu kenalan saya semuanya meminati Justin Bibir, tidak bermakna saya harus sukakan homosex shota itu.


Taste masing masing lah.

Clown.

Dari dulu saya tidak faham mengapa badut dihias sedemikian rupa. Memang diakui ia agak menakutkan, dan ternyata pandangan ini diterima seluruh dunia kerana ada cerita yang mengisahkan badut sebagai villain, dan kisah fobia terhadapnya.




Adakah motif utama make up itu untuk membuat penonton ketawa atas dasar kebodohan? Sejak dari kecil diajar untuk mengetawakan wajah orang yang hodoh, tak hairanlah kalau dah besar, perasan bagus dan kutuk orang di sekeliling. =/