Dec 24, 2009

1st Day Sem Ampat .

Wtf. Banyak sangat entry korang2. Lebam aku nak bace. Asal rajin sangat?
: <

Pendek kata; Horey dah sem 4, lama aku bertahan kan. Dah tak berapa nak buat perangai lama lagi dah. Tapi rasa macam taknak grad la pulak. Nak duduk sini sampai kerepot bole ?

Nov 13, 2009

Fuck You My 'Friends' .

Ramai yang suka sebok hal orang kat ikip ni kan?
Banyak gosip. Kalah budak2 wartawan kat ikip 3.
Dah itu memang kerja diorang. Tapi korang budak AD kan?
kerja korang melukis. Nak bersembang boleh, tapi kalau dah hari2 mengumpat?
Korang la, perempuan. Nak cakap ape main hembus je.
Jujur? Nak jujur pun bertempat. Mengata belakang bukan jujur namanya.
Tak puas hati, face to face. Mengata depan2. Aku boleh respon terus.
Takut? Msg kan ada. Korang masing2 ada MS kan.
Nak cakap tu biar aku dengar. Boleh aku bukak pekung korang pulak.
Bagi kitorang yang lelaki ni, kalau tak puas hati kitorang simpan.
Rasa nak cakap, kitorang cakap. Takde nak masam2 muka atau laga-lagakan orang.

Aku tau baru-baru ni korang mengata aku apa. Aku tau ape yang aku buat.
Dengan siapa, tu aku punya hal. Takde pulak aku mintak duit ngan mak bapak korang nak kuar mane2 kan?
Aku nak buat ape, korang peduli apa? Masing-masing dah besar.
Dah belajar kolej kan, korang tak nasihat pon masing-masing dah pandai jaga diri.

1.Nak nasihat aku sangat la dialu-alukan, tapi nak je aku bagi cermin kat korang.
Nak buat apa ko tanya? Tu, tengok muka ko puas-puas. Baik ke kau?
Songsang tak? Layak ke nak nasihat aku?
Meh dengar nasihat aku lak. Kau ikut la jalan yang 'straight' dulu baru boleh gatal nak basuh orang.
Kau yang sememangnya bahan bakar api neraka takde hak nak sekolahkan aku oke.

2.Kau nak suruh hati-hati dengan aku? Patutnya aku suruh orang hati-hati dengan kau.
Ingat aku tak tau ape ko buat dengan kawan baik aku?
Dah nama pun kawan baik aku. Kalau ko rahsia, ingat selamat la?
Aku tau aku ada buat jahat sket ngan ko dulu, tapi ko punya jahat sendiri mau pikir jugak oke.

3.Kau pulak, aku tau perangai ko. Sebelum nak mengutuk aku, ubah dulu perangai ko yang suka laga-lagakan orang tu.
Lepas kau ubah, mungkin aku berminat nak dengar hujah-hujah ko.

4.Dan kau, ingat kau duduk jauh ko selamat nak mengata orang?
Selagi aku boleh cecah kau, aku boleh cari la. Kawan ko 10% peratus je dari kawan aku.
Patut la ramai tak suka kau dulu. Sampai sekarang pun.

Oh ya, yang mengata-ngata aku tu, aku tak lapar nak berkawan la. Korang cuma kenalan aku je.
Sorang kawan yang boleh ikut aku bertumbuk lagi baik dari seribu kawan yang dok tepi terjerit2 'Cayok2'.

Culture shock tak pernah berkawan ke oi? Simpati aku kat korang. Ha-ha.

Nov 2, 2009

Sepanjang Minggu .

Inilah dia titik peluh kami serta titik thinner, campuran bitumen, air bancuhan oil paint dan beberapa titik air-air yang tidak dikenali -





Dan selepas minggu assessment habis, kami mula hilang arah dan bosan.

Sekarang sudah bermulanya final. Dan seperti sem lepas, kami memang tidak akan berada di bilik.
Siapa yang selalu dengan aku masa final sem lepas, korang tau la kemana aku pergi. : )


Oct 26, 2009

YM baru saya.

Dulu saya ada YM.
Saya sayang YM saya.
Walaupun saya hanya guna beliau untuk menyatakan status2 diri seperti 'AFK anime-thon DnD', 'Jangan kacau tgh men game', 'Out jap layan shisha' etc, tapi ia juga sering digunakan untuk berngumpat antara kami.

Oleh itu, saya ciptakan email baru.
Ia adalah kerana email lama tidak boleh direcover setelah gagal untuk memasukinya.

Jadi, dipersembahkan email saya yang terbaru - epic.ren@yahoo.com

Add jangan tak add. Korang yang selalu melayan aku pukul 3 4 pagi dulu2 tu, ni lah sebab nape korang dah lama tak nampak status aku yang agak gemar mencarut2 tu.

Oct 23, 2009

Caturday : Time Based Media



Ya, aku memang hantar ini untuk assesment . Kenapa?

Yang dah siap di print.

Oct 21, 2009

Singa Lagi.

Assignment kedua. Terpaksa diwarnakan. Okey, aku redha. Aku pun warna la.
Selongkar lagi, jumpe singa lagi. Aku pasrah. Aku buat.



Ops. 1st time buat tak jadi. Aku tak boleh tengok budak men game kat bawah ni.
Buntu. Aku pun jadi nak main game. So aku buat kat studio.


Cara-cara peniruan dijalankan. Sambil dengar lagu Makwe Koi.

Perbandingan antara kanvas putih dan kerja aku.
Nampak gak la perbezaan.


Dah siap ~

Seperti dijangka, apabila melihat pelajar lain bermandi peluh bergelimpangan menyiapkan work masing-masing, aku jadi rajin sekali. Terima kasih kawan-kawan.

Tak lupa juga untuk ibu bapa saya serta isteri yang tidak kenal penat menyokong perjuangan saya.


Singa Monokrom

Subjek kedua yang aku suke selepas Time Based, Akrilik. Kalau sem lepas oil pastel, juga dengan Pn. Yati. Kenapa aku suka? Bukan sebab aku boleh main air bancuh-bancuh warna. Mungkin sebab subjek dia tak berat sangat. Conteng-conteng, jadi. Tak jadi, senang padam. Tapi mungkin Pn. Yati tak suka aku sebab drawing belum hantar-hantar. Bahaya bila buat lecturer tak suka kita, sebab die boleh bagi markah yang kita takkan suka. Ngerti ?

Oh kenapa time based korang tanya? Sebab kelas Cik Ros dia tak marah pun kalau kita main maispes. : D Atau mungkin dia marah-marah ayam kalau ternampak.

Karya pertama akrilik, aku selongkar porn folder. Tak jumpa yang sesuai. Cari lagi. Aku jumpe folder binatang. Selongkar sikit. Macam bagus je singa ni. Layan la.
Sebab masa kat Melaka, aku perati sorang mamat ni agak gempak gak lukis benda berbulu.
Aku nak try. Bukan mati pon try.



Hasilnya.
Tak lawa? Kalau dah lawa, tak perlu aku nak berdiploma. Baik aku dok TC je kan.

Medium : Kanvas. Sem ni aku belajar stretch benda alah ni.
Akrilik. Tak berapa minat warna berunsur air. Basah nanti.

Mak, anak mak tak main dok kat Kuantan ni. Duit-duit tu sume buat beli barang oke. : D

Macam Biskut .

Tenggelam timbul. Kejap takde, kejap lagi takde.
Kenapa? Sibuk la pakcik oi. Atau sengaja sibukkan diri dengan benda remeh?
Biarlah, dah cara aku macam ni. Korang baca diam-diam sudah. : D

Banyak masalah. Sangat banyak. Internet yang macam biskut. Salah dia.
Dah tau kilat sabung menyabung, gatal nak bermespes lagi sapa suruh. Yang antu RO tekun farm kad. Kaki komik sibuk download koleksi fakku. Masing degil nak online, trus kena bercuti sebulan dua.

Padan muka korang. Dan aku. Sama-sama kita takleh nak siapkan time based media kan.
Padahal banyak alternatif lain. Biasa la manusia, malas.

Pelik tapi benar, masa minggu assessment la aku tibe2 rajin nak update site karangan macam ni.
Mungkin dah lali dengan kesibukan lari-lari kat studio mengejar masa, dah tak rasa apa menaip panjang-panjang. Kalau bukan aku nak siapkan drawing kejap lagi, mahu je masukkan entry untuk tampung ketidak adaan aku selama 4 5 bulan lepas. Bajet blogger tegar la pulak. Geli.

Gambar? Banyak kat myspace kot. Tapi semua work aku tak pernah masukkan kat sana.
Semua work? Ade pulak aku buat work kan. Ha-ha-ha.

Otak beku. Sebu. Ayat dah tunggang terbalik. Topic sentence berterabur. Sorry kalau blog dah tak seceria dulu. Sebab sem lepas aku ceria. Boleh tahan la. Sem ni? Aku cuba ceria balik. Pelan-pelan kot.

Aug 28, 2009

Cuti Sem - Kemana korang?

Paintball kat Cherating = RM45 satu kepala. Nak pergi inform dulu, bole pergi ramai-ramai.

Genting - lepak2 kasino. Pandai makan pandai simpan.

Cameron? Sejuk sangat. Hujung tahun dah la musim tengkujuh.

Panching? lol, takkan la kot.

Langkawi? Busan2. Kain batik, minyak gamat, mangkuk Melamine banyak la.

Ade orang ajak gi Penang. Dangdut kampung. Bole order teh o ais sambil bergelek katanya. Betul2 hiburan akhir zaman oi.

Jom la. Sem 4 belum tentu korang dan aku akan ade lagi kat sini. Luangkan masa + memori puas2. Selalunya hanya itu yang akan kekal kalau korang tak kena amnesia sebab gegaran otak.

Aug 17, 2009

Sabtu Ahad yang tak macam Sabtu dan Ahad.

Fuck modul. Tak ada apa yang berubah pun. Budak tetap malas. Ceramah takkan menginsafkan orang. Period.

2 hari aktiviti yang sangat annoying macam tengok 8 episod awal Haruhi Suzumiya season 2.
Bullkurapo.

LPPKP 2009 btw.

Aug 13, 2009

Sambutan sebuah fenomena.


Meriah beb. Di sebuah hospital belakang ECM. HTAA pun boleh tahan ramai.

Rabu, 12 Ogos.

Makcik-makcik dan pakcik-pakcik seramai-ramainya kelihatan mengunjungi pusat perubatan terdekat untuk meraikan pelancaran virus maut terbaru, H1N1.

Ia juga dikenali sebagai selsema babi. Padahal babi tak bersalah pun.
Ini ialah perkauman terhadap babi-babi sedunia.

Untuk sama-sama meraikan situasi ini, anda wajib memperolehi demam yang sangat serius hingga boleh mencuri senyuman doktor yang merawat.
Kalau setakat batuk2 ayam, tak perlulah ke klinik. Anda akan dinganjing oleh mane2 doktor, dan mungkin anda akan menghidapi selsema anjing pula nanti.

Ia pernah berlaku kepada beberapa orang rakan - Helmi dan Zarif Hazwan contohnya ( bukan nama sebenar ) yakni mereka telah pergi untuk membuat rawatan, tetapi doktor menggesa mereka untuk balik dengan tangan kosong apabila diminta untuk pengesahan H1n1.

Bukankah mencegah lebih baik dari mengubati? Apa salahnya kalau kami disuntik penambahan immune untuk mengelakkan ianya terjadi?

Tak berbaloi menunggu hampir 5-6 jam. Balik sia-sia je.

Aug 9, 2009

Perempuan .

Ada yang rasa maruah macam tinggi, tapi perangai tak lebih macam sekadar barang.

Aku tak rugi la. Untung lagi.

Bukan untuk kau, tapi untuk dia. Terasa? Padan muka.

: D

May 8, 2009

Hari Hol.



Hari ni satu Kuantan cuti. Hari Hol. Holiday la tu.
Seronok. Boleh jalan-jalan. Cuti yang gajinya berjalan.

Alkisah kami ada urusan bank. Kena jejak ke dalam untuk itu. Kami terjah. Lupa, cuti. Kami hampa. Lalu kami gerak ke pejabat pos, nak kirim sesuatu. Lupa lagi, hari cuti. Hampa lagi.

Sial Kuantan. Time ada kerja, masa tu la nak cuti.

"Jom kluar dari Pahang jap nak? Lepas draw duit, balik la."

Idea bangang berselit bernas kedengaran.

"Aku on je. Korang sume?"

"On."

Kami mana nak pernah off pun. Membazir 6 saat bertanyakan soalan bodoh itu.

Destinasi paling dekat - Kemaman. Letaknya di Terengganu.
Kami redah. Sepanjang jalan terik sangat.
Biasalah, tengah hari. Tapi kami tabah.

Urusan selesai, kami bergerak pulang.
Tepi jalan banyak pokok. Daun. Bangunan. Signboard.

Ada signboard tertulis Sanctuary Hotel.

San.CTU.ary.

Buat aku teringat paper CTU hari sabtu. Kami belum study. Kami runsing.

Dalam gejolak itu kami masih sempat singgah Cherating.
Menarik? Kotor macam Balok. Tak sesuai. Tapi chalet mereka cantik. Aku suka.

Tengah jalan jumpa kura-kura. Kami kutip. Lepak-lepak dengan beliau sebentar.
Dah nak balik rumah. Takde sape nak jaga. Kami tinggalkan beliau di tengah-tengah bandar Kuantan. Tepi tasik. Sebelah 7e.

Kami hampir ke Genting sebenarnya. Tak boleh, esoknya geng ada paper. MGT. Sekarang tengah study blakang aku. Sambil bergayut. Gasak ko la labu.



Kami penuh berhemah.










Apr 29, 2009

Dip Art Show - Bahagian 2

Jom sambung.



Ada taklimat kot masa ini.
















Dan pada malam itu kami berkunjung ke TC bersama beberapa senior.
Tak rancang pun nak keluar bersama sebenarnya.

Hal selanjutnya yang terjadi tak perlulah diceritakan. : D
Jumpa lagi di lain hari. Esok ada paper. 1st paper sempena final.

Selamat menjawab untuk anda semua. Salam

UNTUK MAKLUMAT LANJUT MENGENAI EVENT INI,
sila masuk link dibawah.

http://singletkoyak.blogspot.com/

Dip Art Show - Indah Dihiasi Gambar

Iya. Aku pergi. Hari kedua. Tanpa diduga.
Aku membelek setiap bahan pameran. Ramai ketemu lec serta rakan² sekelas. Angkat tangan kepada mereka lebih kurang, dan sambung membelek.

Perasaan menyesal berkecimpung dalam bidang Fine Art yang tinggal 12% dalam sanubari ini lenyap terus apabila harga setiap projek seni senior kami menjentik tatapan - lebih dari Ringgit Malaysia Satu Ribu setiap satu. Kalau siap 7 projek? Dah boleh angkat Catalyzer kuning sebijik. Cash and Carry.

Disini saya selitkan beberapa hasil picitan butang handphone yang berfungsi untuk menangkap situasi. Terjah !





Situasi dari atas.




























Separuh lagi gambar di entry seterusnya. Rimas aku entry panjang² ni.

Apr 26, 2009

Diploma Art Show - kami yang punya.



Nak dipendekkan cerita yang tak berapa nak panjang, senior kami sem 6 akan berhimpun sambil memperagakan art masing² yang dibuat secara suka hati mahupun paksa rela, bertempat di Berjaya Megamall bukan Megaria, Megadrama ataupun Megamon serta Megane. Kejadian ini bertarikh 27-28 April iaitu esok; kalau korang baca entry ini pada 26 April.

Bagi rakan² ku yang tak berapa biasa dengan Kuantan tapi bajet gile pertunjukan seni dan menangis² nak datang, sila helo aku dan perlancongan korang akan dipandu oleh aku.

Aktiviti yang dijangka akan terjadi ialah kami selaku junior akan diba-ruwa kan untuk menyusun, mempromosi dan mengangkat subjek pameran tersebut sekeliling tapak kejadian terbabit. Tapi kami tak kisah. Sebab aku tak sign up pun untuk membantu.

Aku mungkin pergi, mungkin tidak. Dan gambar tempat kejadian harapnya dapat diambil.
Sekian.

Apr 25, 2009

Bodoh ni.

"Mamak, roti kosong ngan kuah kari ye. Ah, nak susu pekat sekali."

"Siyaaap!" - Mamak itu menjerit yakin.

Sejurus kemudian.



Mamak genius tu boleh pulak campur benda alah tu. Maka menu kuah kari susu pun tercipta.



Skala 1:1, untuk situasi lebih jelas. Kami memandang ramuan bodoh itu dengan rasa jijik.

Nasib baik susu, kalau mintak gula? Melantak kari gula la jawabnya. Takpun tonyoh atas dahi mamak berkenaan. Patut la kedai tak ramai orang. Ceh.

Apr 22, 2009

Luangkan masa, bersama merasa.

Baru-baru ni banyak function yang timbul.
Fantastic Art Show untuk gerombolan pelajar sem 2 mempamerkan work Drawing masing-masing yang telah molek di frame untuk dihayati. Tidak kurang juga ada diantara mereka digembirakan dengan pembelian work tersebut. Ada yang belanja aku KFC. Ada belanja karaoke. Terima kasih, aku akan ingat itu semua. :)



Selang beberapa malam, ada pula pertunjukan GASP serta beberapa persatuan penggiat seni yang lain. Ada sedikit pameran, sedikit makan-makan, tapi kebanyakannya ialah sesi bersembang sesama kami. Tidak mengapa, kami tetap enjoy hasil kerja lec kami. Selamat maju jaya kepada anda semua.



Gambar tempat kejadian? Semuanya untuk koleksi peribadi dan tak sesuai untuk dikomersilkan.
Aku takde SLR. Dan malas nak copy dari orang. Nak curi dari blog mereka pun terasa berat.

Jadi apa yang dapat korang lakukan, silalah bayangkan sendiri situasi pada malam itu. Anda kan pandai berimaginasi. Peringkat tertinggi. Tahap dewa.

Last Final.

Projek terakhir yang aku sempat buat dikala sibuk berDoTA, subjek kegemaran semua - SHA.
Walaupun aku sendiri tak berpuas hati terhadap outcome-nya, tapi hanya itulah kerja yang aku pernah frame. Wah, si pemalas sanggup gi bandar nak frame work. Patut dikagumi, eh?



Permulaan. Semangat di saat 2 minit pertama



WIP - lukisan berdasarkan skrin laptop yang bersilau milau



Dari sisi atas. Finished work tak teringat nak ambik. Dan tak ingin.


Apr 12, 2009

Sayang you can high.



Telan sampai lebam. Kepada tokan2 semalaysia, anda patut berasa malu jika terkantoi dengan sumber kurang dari 1kg.

Lain kali bawak banyak2 sikit. Baru la dapat tali.

Kepada anasir-anasir yang mendakwa ganja membantu kekreatifan seni, itu bidaah.
Ia buat anda nampak kerusi berjalan. Meja berlari. Nak start lukis, pena terasa berterbangan.
Siap ke kerja? Kualiti ntah kemana, kuantiti lagi lah.

Ya betul, tema hari ini ialah dadah.
Sejahat-jahat aku, takde la sampai berstatus penagih.

Jadi kepada rerakan semua, berenti je la. Buat habis duit. Serius.

Apr 3, 2009

Malas.

Setelah kugubah cerita si Sudin dan binatang yang aku pun sebenarnya kurang mengerti pokok pangkal susunannya, marilah kita kembali ke jalan yang lebih sesuai dengan peredaran masa. Hidup dah moden. Literasi makin pupus. Tak perlu menjadi hero bahasa di kalangan perosak. Bukan dipuji malah dijeling. Jelingan bertitis sinis.

Tema hari ini - MALAS.

Jadual seharian hanya ada game. Game dan game. Internet nombor dua. Nombor satu ialah sambungan LAN yang kemas. Tiada lag diharapkan.

Kegilaan semasa ialah dota. Berjuang bersama rakan di bawah teratak asrama kami yang mejanya penuh contengan. Penuh titisan poster color. Coretan oil pastel. Lukisan marker kekal. Tidak kurang tumpahan pelaka dan imation. Selerak. Macam loji. Tapi kami suka. Ianya rumah kami.

Seraya itu segala curahan untuk suapan blog terpaksa ditunda. Sampai satu masa yang sesuai, sampai ada idea yang dirasakan memang perlu untuk disaji. Sampai kapan itulah, kami akan mengdotakan diri.

Dan tanpa dapat disangkal lagi, semangat yang dulunya seperti mampu menyiapkan 30 lukisan dalam satu malam, telah berdevolusi hingga tak mampu lagi memegang batang pena. Yang ada hanya genggaman tetikus, kemas di bawah tapak tangan masing-masing.

Hahihuhu. Pfft.

Mar 25, 2009

Ceritera Sudin dan Si Putih. pt 2

----------------Chapter 3

Setibanya Sudin di rumah, beliau melabuhkan punggungnya di kerusi urut yang tidak dioccupied oleh sesiapa itu. Ditenungnya si Putih yang terkinjil-kinjil bermain bola ragbi dihadapannya. Direnung dari bermacam angle. Agak lama ini terjadi. Setelah puas dibelek tingkah laku si Putih yang agak manja itu, ada sesuatu mencuit hati Sudin. Beliau mula melihat kecomelan si Putih yang pada mulanya, not his taste bak kata orang kampungnya. Sudin lantas tersenyum sendirian pabila si Putih berpusing-pusing mengejar ekornya sendiri, seraya membuatkannya kelihatan bodoh-bodoh alang.

Hari berganti hari. Dah seminggu berlalu. Tanpa disuruh oleh Pn. Sakinah, Sudin berniat untuk membawa si Putih berjalan-jalan. Beliau berjalan perlahan-lahan. Ditujunya pondok usang tempat melepak mereka. Tempat Sudin bertemu rakan-rakannya minggu lepas. Sambil menunggu ketibaan mereka, Sudin mencapai ranting pokok yang paling hampir dan digoyang-goyang di hadapan si Putih. Sudin tergelak di dalam hati apabila si Putih menerkam ranting itu. Sudin kemudian mengambil langkah drastik dan menarik kucingnya itu ke atas ribanya. Kali ini si Putih akur, dan ia diam duduk di atas riba Sudin. Sudin puas. Entah apa yang berjaya dikecapinya, hanya tuhan saja tahu.

Sedang asyik Sudin bermanja dengan si Putih, salah seorang rakannya menepuk bahunya. Tersentak si Sudin.
"Ehh, kucing minggu lepas! bak mai nak pinjam sat!"
Sudin yang dalam keadaan seperti di stunt itu membalas lembut..
"Err sure dude.."

Untuk seberapa ketikanya Sudin memerhatikan gelagat si Putih bersama rakannya. Sangat manja. Bagai adik beradik. Tiada langsung kejanggalan.

Sudin lantas memanggil si Putih. Niatnya tiada maksud, sekadar mahu menegaskan beliau selaku tuannya. Namun si Putih tidak bereaksi, dan terus asyik bermain. Sudin sedikit bengang. Namun beliau cuba menyedapkan hati sendiri. Mungkin si Putih terlalu asyik kot. Tak sedar aku panggil. Biarlah. Waktu senja menjelang lagi. Tiba masa Sudin pulang. Dia bersalaman dengan rakan-rakan sebelum memblahkan diri.

Malam itu selepas mandi sambil menonton tv, Sudin meriba si Putih tidur untuk 5 jam. Kakinya kebas. Terlalu kebas. Namun Sudin bahagia. Kerap kali ditenung wajah tidur si Putih. Entah kenapa. Saat itu Sudin berjanji; inilah nyawa yang paling dia sayang ketika ini, selepas tragedi iguana beliau. Sekian.

Tak larat nak menaip lagi dah. Biarkan tamat di sini.

~~~


Ceritera Sudin dan Si Putih. Pt 1

Adik-adik sekalian, hari ini kita akan bercerita tentang sebuah situasi dongeng yang dikarang pada masa lapang, dan dengan tujuan untuk mencuri masa lapang.

Dipendekkan cerita, setting disusun sekitar 90 an. Zaman maiti morfin pawer renjer popular. Zaman flashman, maskman. Zaman Star Craft dimain hampir di setiap cc, dan tidak dilupakan zaman Malaysia baru merangkak tubikkan kereta nasional pertama.

Fokus didekatkan; ditinjau Sudin, seorang mudi dari golongan sederhana, lahir di kalangan keluarga nelayan. Tiada apa yang dimalukan, kerana semua penghuni di situ juga nelayan. Ke laut sama-sama. Kekadang berkongsi sampan tatkala sampan keluarganya terdampar di EON untuk diservis. Hidup penuh kenormalan, tiada perkataan berkira dalam kamus hidup mereka. Sudin gembira. Beliau sudah cukup puas hati. Makan cukup, kawan ramai, dan tidak pernah jemu dengan bantuan PSP dan Wii yang disedekahkan kepada beliau tidak lama dahulu.

Pada suatu senja yang hening sedang ralit si Sudin bermain DoTA secara LAN dengan teman sekelasnya di bilik, Sudin terdengar bunyi mengiau. Memang fitrah Sudin minat dengan haiwan comel; pernah dia membela iguana suatu ketika dulu tetapi haiwan itu telah lari bersama jantan lain - meninggalkan Sudin keseorangan terkapai-kapai.

Sudin lalu bangkit dari kerusi sambil menghentikan permainan beliau. Caci maki bertubi-tubi menyumpah beliau yang kononnya leaver game DoTa itu. Sudin tak peduli. Setakat DoTA, mode mission pun beliau belum habiskan lagi. Boleh sangat main sorang-sorang. Patch yang terbaru pun beliau belum khatam.

Sudin berlari-lari anak mengejar bunyi miaw itu. Semakin cepat langkahnya bila bunyi itu semakin kuat. Kelihatan puan Sakinah bertenggek di kerusi urut Omega yang baru dibeli dengan tunai saat harga ikan kembung melonjak naik yang memberi keuntungan berbilion ringgit kepada Sudin sekeluarga. Disapanya lembut puan Sakinah yang merangkap ibunya. Soal si Sudin ingin tahu dari mana datangnya suara kucing yang menjentik telinganya sebentar tadi.

"Ni ha." Balas si ibu lembut sambil menjebikkan bibirnya ke arah kantung bajunya, yang kelihatan segumpul bulu berlumpur yang masih kelihatan warna asalnya. Putih. Tiada unsur clorox kelihatan, memang ianya putih jika dilihat dua tiga kali.

Sudin kaget. Tak kaget mana pun, tapi cukup untuk menyebabkan beliau merampas binatang tersebut dan berlari ke bilik air berjakuzi yang terletak 2 meter dari dapur. Diramas, di gentelnya haiwan tersebut dengan sabun Lux merah jambu, sampai putih bersih. Sangat kelihatan suci menawan hati. Selepas berhempas pulas berusaha, Sudin tenung wajah binatang itu. Dibeleknya tekun. Hmm takdela comel sangat. Biasa-biasa je.. - detak hati Sudin.
Lalu beliau tubik dari bilik air memeluk kucing itu. Dipassing semula kepada pn Sakinah lantas Sudin kembali ke meja komputer.

-----------Chapter 2

Hampir seminggu kucing itu bermastautin di teratak hina Sudin yang bertingkat tiga itu. Namun Sudin ego. Dia enggan mengendahkan kelibat kucing itu bila ia berlalu dihadapannya.
Pernah juga Sudin cuba meribanya, tapi setepatnya 2.1 saat, si kucing itu bangkit lalu lari dari lipatan pahanya. Sudin teringat peristiwa iguananya. Beliau tersentuh. Lalu bermasam muka dengan kucing itu untuk sekelian kalinya.

Suatu hari yang terik tapi indah, pn Sakinah dengan tanpa segan silunya memberi idea agar Sudin membawa kucing itu berjalan-jalan menghirup udara segar. Setelah dijanjikan upah choki-choki, Sudin yang dalam situasi kemalasan itu akur untuk bersetuju dengan cadangan ibunya.
Lalu berjalanlah si Sudin berserta kucingnya itu di taman perumahan beliau. Tapak Sudin di atas pasir pantai tidak berbekas, kerana Sudin mengontrol setiap langkah lesunya.

Tiba-tiba Sudin bertemu dengan rakannya. Mulanya seorang, tapi setelah Sudin mengambil keputusan untuk menyinggahkan dirinya lebih lama, makin lama makin ramai yang turut bertandang. Bukan kerana Sudin seorang yang kacak, tetapi memang tempat Sudin berdiri itu tempat lepak berdaftar sekitar anak-anak muda kampungnya.

Sembang punya sembang, timbullah persoalan terhadap kucing yang dibawa Sudin;
"Name gapo dio kucing mu ni Suding?"

Sudin statik seketika. Tanpa ingin memanjangkan perbualan kerana beliau sememangnya seorang yang pendiam, Sudin menjawab lembut -
"Putih.."

Jawapan yang difikirkan beliau itu mengambil masa 3 saat. Hanya nama itu yang terlintas. Sudin bukanlah golongan Datuk Datin untuk memberi nama fancy kepada binatang peliharaan mereka. Kalau tidak tentunya akan terkeluar nama seperti Elizabeth, William mahupun Ichigo.

"Comel siot.." Jelas kawannya.
Sudin menafikan. Namun rakan-rakan tetap bertegas.
"Lantak korang la. Aku nak gerak balik dulu la, hari dah senja"

Lalu pulanglah Sudin bertemankan si Putih..sambil dijelingnya kucing tersebut.

Chapter 3 sambung di entry seterusnya.
Macam dah panjang la pulak.

Mar 23, 2009

Patah Tumbuh Hilang Berganti Remuk Diketuk

Yang dicari menjauh diri;
Yang dilari rapat sendiri?


Tiada gambar entry kali ini. Penulis tiada mood :x

Dah lama tak buat luahan. Lantak korang la nak kutuk. Blog aku. Aku punye suka laa.
Tidak ditujukan tepat atas dahi sesiapa. Terasa, padan muka. Nak senyum, nak gelak, nak mengeluh, silakan.

Start dengan benda yang paling penting. Paling asas. Hidup kita. Apa nak jadi? Kemana destinasi? Apa yang cuba dicapai? Dapat tak. Susah ke? Jauh sangat? Haha takpe, pelan-pelan mendayung cik adik, akan sampai ke situ. Titian kesabaran macam jambatan gantung, lari laju-laju kalau sampai, untung badan. Kalau jatuh, kubur. Menapak pelan makan tahun, tapi akan tiba di seberang pastinya.

Dalam hidup banyak pecahannya. Pelajaran, pengalaman, cinta, kerja, dosa pahala, sakit seronok, senyum hiba, ada semua. Kenapa hidup banyak rintangan? Soalan bodoh. Kalau main game mario, tak perlu lompat-lompat, takde cendawan pembunuh, kura-kura terbang, naga di map api, tak seronok. Bayangkan hanya perlu jalan ke kanan tanpa ada halangan. Hanya tekan keypad kanan. Sampai bendera. Sapa nak main?
Kena ada cabaran. Macam nasi goreng. Kena ada sawi, kobis, cili api, kicap. Baru la sedap dengan rempah. Jadi jangan mengeluh dengan sekecil masalah hidup yang macam sebutir pasir yang masuk celah lipatan seluar jeans korang kalau jalan-jalan kat pantai. Dua tiga kali tepuk, jatuh. Macam tu la masalah. Nak selesaikan, usaha sikit. Duduk diam menangis bertekap bantal, itu jalan lari jangka pendek. Tiada apa yang selesai.

Kalau tengah makan, habiskan dulu makanan anda. Baru sambung.

Masalah ibarat tahi hidung. Bila dah buang, ada lagi. Bila dia datang pun tak tahu. Bila dah buang, puasnya mencecah langit. Masa nak buang kekadang sakit, kekadang syok. Kotor, tapi boleh basuh. Macam orang cakap cinta macam proses berak sembelit - ditahan sakit ya amat, dibuang pedih tak terkata. Susah sangat. Dah teran, tapi statik. Tetap melekat tak bergerak. Nak tunggu? Kejang kaki mencangkung, habis rokok sebatang. Tapi masih lagi berjuang. Nak biarkan, nak pegang prinsip time will tell? Nak biar tergantung? Sampai subuh la termenung.
Cara mudah, telan julap. Makan pelam banyak-banyak. Betik pun boleh. Laju je turunnya nanti.
Tapi kalau berjuang dengan cinta, nak telan apa? Padadol 2 papan? Masalah yang selesai ataupun korang yang gol? Tiada jalan mudah. Kena guna proses tradisional. Cara sakit yang mula-mula. Teran sampai habis nafas, harap-harap punca sakit tu jatuh cepat-cepat.

Kalau ayat diatas terlalu najis untuk difahami, nah ayat baru.
Cinta itu sakit. Susah. Payah. Jadi tak perlu ditambah beban dengan masalah lain.
Tau tak, cinta itu antara dua orang. Tak perlu ketiga, keempat. Kalau ada yang masuk campur, itu bukan cinta. Macam cinta kepada tuhan, berapa tuhan yang patut dicinta? Ada ke makhluk dual agama, Jumaat pergi masjid, Ahad lepak gereja? Takde kan. Kalau ade pun, patut dipancung. Sama la, cinta kepada rasul, kepada kitab.
Jadi tak perlu lebih dari satu. Hello, rujuk kamus, cari definisi setia. Pinjam buku kat library, buat research. Takpun google je. Sedangkan anjing boleh setia pada tuannya, inikan pulak manusia. Makhluk teratas dalam rantai makanan. Paling mulia dalam al-Quran. Sebaik-baik kejadian itulah manusia. Haiwan ada otak, tapi tiada akal. Manusia ada akal, tapi taknak guna.
Terasa hebat ramai yang sayang kita. Sebab tu nak pasang ramai? Perlu ke? Lelaki, mungkin difahami. Quota 4. Nak ikut nabi, baginda kahwin janda. Nawaitu nak tolong,nak jaga. Kita, niat apa? Kesimpulannya, satu lawan satu. Baru adil. Persetankan poligami. Satu pun belum tentu terjaga.

Kita makin hari makin tua. Sampai bila nak main-main? Acu cuba try test yang tu, kalau tak ok try yang ini lak. Seminggu sekali tukar macam salin baju tiap-tiap hari. Dah kotor, tukar. Dah jemu, beli lain. Penat basuh, buang. Buat kain buruk. Hari-hari pijak. Nasib la kain takde perasaan. Tapi ada orang layan orang macam kain buruk. Atau macam anjing. Jasa tak pernah nak hargai. Cukup masa bagi makan. Sakit demam, biar lantak. Ada yang jaga, yang belai, yang pamper cukup molek, tapi tu anjing rumah. Binatang peliharaan. Binatang. Ada yang tambat kat luar rumah, hujan basah apa peduli? Bila ada penyamun, berhutang nyawa pada anjing. Kalau tak, yang mati dulu, anjing. Yang comel, yang manja, peluk dia kuat-kuat. Yang kurap, yang kaum jalanan, nak dekat pun ragu. Ramai yang lapar, bukan liar sangat. Dia hampir sebab nakkan makanan. Mungkin ada bau pada anda, ada harapan untuk dia. Hulurkan sikit. Dia pasti gembira. Anda akan dihargai walaupun secebis roti, sedikit kasih sayang. Dah habis pasal anjing. Baca balik, renung-renungkan.

Pelajaran dan percintaan bak lagu Bloodshed. Cinta pasti datang. Undang atau tak, sedar atau tak, pasti akan bertandang. Kadang-kadang datang dalam seribu cara. Tiba-tiba dah tertangkap, dah terbelit. Nak lari boleh, tapi bayangkan tikus nampak keju atas perangkap. Nak cuba juga, kalau boleh paksa. Seronok kalau dapat, tapi risiko. Tinggi sangat. Cinta main perasaan. Masalah cinta datang, habis semua terlibat. Makan tak tentu, nak study lagi la. Asyik angau. Menangis selagi boleh. Jangan lari, tak perlu pun. Harung je. Redah, macam langgar tembok. Boloskan kalau hebat.

Ditelan pahit dibuang sayang. Ditelan mati emak, diluah mati bapak. Dibiar dalam mulut, mati anak. Apa nak buat? Masa ni baru ingat tuhan. Baru nak sembahyang. Dosa besar tetap buat, mana nak berkat? Entahlah. Nak taknak, terpaksa pegang prinsip Time Will Tell. Ada ke jalan?

Pukul 3 pagi melayan perasaan la pulak. Nak tidur, dah cukup lelap petang tadi. Takde aktiviti, terkenang masalah hidup. Kalau dah hati dok terpikir, mana boleh nak tenang? Kalau selesai, baru boleh tersenyum. Senyum yang sangat-sangat ikhlas. Akhirnya sempurna. Perjalanan yang sangatlah panjang, entah berapa kali isi minyak, berapa kali singgah RnR,barulah sampai. Ada cahaya dihujung terowong. Cahaya yang amat diharapkan, paling terbaik dalam hidup. Biar malap tak perlu terang sangat, asal nampak.

Aku tak suka dengar nasihat. Payah nak terima pendapat kalau tentang masalah serupa ini. Tak pro la kala asyik bergantung. Berdikari tanda cekang. Jangan tanya, biar aku pendam. Taknak luah, kalau tak perlu.

Terima kasih buat yang membaca dan yang cuba memahami. Juga yang cuba membantu.
Anda dihargai. : )

Mar 18, 2009

Beg sudah pulang ke ganggang

Da jumpe da weh..
Thanks bagi yang memberi sokongan.

Rupanya pokcik guard bawak balik =D

Mar 17, 2009

Beg aku hilang wei + WIP & Finished work

Malam tragedi semuanya tenang. Tiada petanda sesuatu yang buruk akan berlaku, tapi ia terjadi juga..
Sehabisnya exam ATH malam itu, aku balik dengan jayanya dan tanpa disedari, aku tertinggal beg di dewan..Sampai je di CM, dengan sepantas dewa aku tubik ke dewan semula tetapi semuanya hampa..beg yang dimaksudkan telah hilang dari pandangan mata kasarku ini.

Argggh. Ada assignment + pastel + fail yang dalamnya ada alat bagai + buku text ATH + kain tuala (aku mandi kat ikip 5 haritu, CM bodo takde air) serta alatan lain yang tak berapa penting.

Ada tak antara korang bawak balik? Atau bagi kat jaga / makcik cleaner?
Kalau ada nampak, halo-halo la aku. :x Beg kelabu. Bodyglove kut.

Moving on.

Lagi-lagi assignment SHA - work ini ada dalam beg tersebut dan aku belum sempat hantar pun lagi. Sayang sungguh.. Penat buat woo.





Ni apa yang sempat buat kat kelas sebelum dipanggil untuk sesi melihat senior dimaki





WIP - lebih separuh dah siap



TARAA.
Medium - Oil pastel on sugar paper. *klik gambar untuk tatapan bersaiz besar*

Agak-agak kalau hantar gambar ni je kat lec boleh tak? :x

Okay siap entry -- bertemu lagi kita di lain hari wahai pembaca sekalian.

Caww~