Feb 28, 2010

Mael tak kesah.

Mael seorang yang nakal. Bukan jahat, hanya nakal sedikit.

Mael selalu kuar malam.
Lepak dengan member je pon. Minum2. Tengok bola. Mengumpat2 ringan.
3 4 pagi baru balik. Pastu online.
Ibunya menyirap. Nasihat berbakul2 diberikan.
Mael terima. Sejak hari itu Mael masuk tido pukul 10 malam.
Mael tak kesah.

Mael malas gi klas.
Kawannya ramai yang menegurnya.
Mael terima. Walaupun kawan2 nya pun kadang2 ponteng klas. Sebab tak ada siapa pun yang sempurna.
Sejak hari itu Mael tak pernah ponteng kelas.
Mael tak kesah.

Mael jatuh cinta.
Ada pengkid nasihatkan dia. Mael langsung tak boleh terima sebab sumber nasihat itu datang dari orang yang berdosa setiap saat dia hidup.
Mael rasa dia tak layak langsung.
Mael kesah.

Impossible !

Orang suruh baca blog dia.
Sebab orang cakap dia ada merengek2 lagi.
Aku cakap mana mungkin !

Sebab bulan lepas dia cakap nak telan racun tikus dan mati.
Takkan efek racun lambat sangat? Brape titik je dia telan?
Mungkin hantu yang post entry baru.

Atau.

Dia tak telan kot. Tak berani.
Omong kosong lebih.

Meraih simpati tak berjaya.
Dayusnya.

Cuba harakiri.
Cucuk perut dengan pisau.
Pastikan pisau itu tajam.
Lepas ni mungkin berjaya.

Selamat mencuba !
Aku sokong dari belakang.

Anda Hisap.

Ada aku, dia dan kau.
Mula ada kau dan dia.
Dan aku datang.
Dia pilih aku.

Kau kalah. You suck. Kau Hisap.

Maknanya aku lagi bagus dari kau.
Kau tak best.
Kau suami yang teruk.
Sebab kau perempuan.
Perempuan tak boleh jadi suami.

Budak umur setahun pun tau.
Kau umur berapa ?

Terima Kasih untuk anda.

Sokongan anda terhadap blog ini adalah sangat dihargai.
Seperti yang kita tahu, pembaca terdiri dari berbilang kaum, bangsa, jenis dan orientasi.

Ada yang lurus dan ada yang bengkok.
Ada yang lelaki ada yang perempuan. Yang perempuan tetapi lelaki pon ade.
Ada yang suci, ada yang kotor. Yang kotor berlagak suci pon ade.
Ada yang dijemput, dan ada yang dihalau. Yang dihalau tapi tak malu nak baca jugak pon ade.

Ape2 pun, terima kasih lagi sekali.

Evolusi kepada normal.

Jam dah 8 pagi.
Sikit pun tak ngantok padahal dah stay up dari semalam.

Esoknya cuba tido pukul 12 malam. Berguling2 atas katil, berangan2, tengok jam dah pukul 7 pagi.
Sama je !

Esoknya pulak cuba pendekatan baru.
Berjaga seharian 24 jam sampai 12 malam. Ngantuk sangat.
Tido tak ingat dunia.

Bangun pukul 10 pagi esoknya.

Misi berjaya. : )

Kisah Mafia.

1975 - Felda Teluk Bendul, Italy.

Kisah berkisar tentang seorang penduduk lepasan SPM yang menetap di Italy bernama Ishmael.

Beliau seorang ahli mafia tegar. Sejak azali lagi dah berdarah pahlawan.
Ibu bapanya melarang keras tabii beliau itu, tapi tidak sedikit pun diendahkan.
Apabila rakan2 sebaya beliau bertanya, dengan bingkas dia mereka cerita.
Konon2 ibunya setuju dengan cara beliau. Siap bagi sokongan moral lagi.

Ishmael baru saja mendaftar sebagai ahli mafia terbaru di daerah kejiranannya.
Sudah lama beliau mengidam. Tapi minggu lepas beliau baru masuk 18.
Syarat intake yang perlukan umur yang cukup itu dirasakan sangat menyusahkan.
Seronoklah dia tidak terperi, kerana sudah bergelar ahli mafia bertauliah.

Aktiviti geng terbabit agak pelik dan bercanggah, dimana ahli2 mereka mengadakan persidangan seminggu sekali untuk menyembelih dan meneguk darah kambing biri-biri.
Kerap juga diadakan perjumpaan tertutup di Gua Rawak untuk menyembah Timun Suci.
Ishmael sangat suka akan aktiviti2 itu semua. Kena dengan jiwanya.

Sebagai ahli yang baru nak naik, Ishmael giat mencari ahli baru.
Nak cari yang comel2. Nanti boleh bangga dengan ahli lain. Boleh menganjing.

Sebenarnya Ishmael dah ada target nak direkrut dari dulu.
Teman sekelas yang sama2 mengaji pondok masa darjah 3.
Namanya Jamellique Mario atau nama manjanya, Jamel.

Setelah banyak kali Ishmael membuat bermacam2 pelan, mengupah penjenayah rawak membuli Jamel lalu beliau menyelamatkannya, akhirnya Jamel pun terpikat.

Setelah Jamel menyertai aktiviti2 geng tersebut, lubuk hatinya sangatlah terasa jijik dengan semua itu.
Beliau pun mengambil keputusan untuk keluar.


Tapi tidak semudah itu.
Ishamel memang takkan bagi. Kerana marketnya akan jatuh merudum kalau Jamel keluar.
Ishamel mengugut akan merosakkan hidup Jamel serta mengganggu hidup keluarganya.
Jamel cuak pada mulanya. Tapi rakan2 Jamel ada disamping beliau memberikan sokongan.

Jamel dah tak cuak langsung. Segala ugutan disambut dengan tawaan.
Ishmael terdesak. Beliau bersekongkol dengan rakan2 geng untuk menjatuhkan Jamel.
Malam itu mereka semua dah siap sedia untuk menyerang.
Petang tadi dah beli 5 beg plastik timun untuk diijadikan pemujaan.

Sedang mereka mabuk2 dalam Gua Rawak, tiba2 terjadinya gempa bumi dan mereka dihempap oleh batu runtuhan gua bertingkat-tingkat.
Mereka pun mati di tempat kejadian.

Menangis ibu Ismael apabila mendapat berita itu.
Tak sempat Ismael nak jadi lurus sebelum menghembuskan nafas terakhir.


Feb 27, 2010

Wahyu?




Satu masa dulu Ismail pernah dilamun cinta. Betul punya cintalah.
Tapi nak dijadikan cerita, cinta Ismail sebenarnya songsang.
Dia berkenan dengan rakan sekelasnya, Jamil. Jamil seorang yang ceria, lincah dan comel.
Mungkin itulah daya penarik sampai Ismail terpikat.

Ayat punya ayat, Jamil pun bersetuju untuk menerima Ismail.
Sebab Ismail banyak memancing dengan budi yang tak dipinta.
Membuatkan Jamil tergadai body.

Sebenarnya Jamil tak mahu cerita jadi sedemikian rupa, kerana ibunya tak ajar macam tu.
Kalau Jamil bawak si Ismail balik rumah sebagai menantu mak dia, sememangnya tindakan itu bagai meminta parang di dahi.

Lama kelamaan, Ismail mula menunjukkan belang.
Dipintanya macam2. Mengada2. Gedik lebih.
Jamil dah tak tahan, lantas menjauhkan diri dari Ismail.
Pernah jua Jamil cuba memetik tentang jalan yang lurus, tetapi setiap kali itulah Ismail akan menukar topik ataupun menangis tak mahu.

Hari itu Jamil nekad. Dia tak mahu lagi diperkotak katikkan dan menjadi mangsa.
Siang hari yang disebutkan itu, dia melafazkan kata2 perpisahan tepat di atas dahi Ismail.
Pujuk rayu tak lagi diendahkan. Sebab Jamil pegang pepatah Digi "Masa untuk berubah."

Ismail tertekan. Langsung tak dapat terima kenyataan.
Dipujuk2 tak makan. Diugut tak lut.
Yang drastik, yang splastik, semua dicuba.
Ismail masih lagi berkeras. Hatinya bagai buntut kuali, keras sangat.
Diserangnya semua orang yang berkaitan dengan Jamil. Meraih simpati, memberi alasan dan mencari gaduh.

Dan petang Jumaat itu, Ismail mati dilanggar lori.
Tak sempat bertaubat. Mati dengan cemburu yang menebal.
Dengan dosa kering yang bertimbun. Bertaburan timun yang dibelinya di pasar tani tadi untuk dinner malam itu.



Cerita rekaan semata-mata. :)

Feb 26, 2010

Naruto 484.

Congrats Sakura, once again you're an asshole.

Feb 25, 2010

Selagi boleh.

Harap maaf, nasihat anda tersangkut di persimpangan lebuhraya Karak kerana telah melanggar syarat Akta Manusia Tak Sedar Diri (MTSD) 1935.

Sila isikan borang J di pejabat agama berdekatan dan kes anda akan dikaji semula di bawah kanun keseksaan 75-78 B atas tuduhan Penyelewengan Jantina, Fitnah Perseorangan, Serangan Peribadi dan Cemburu Tahap Dewa.

Kerjasama anda adalah amat dihargai.
Sekian Terima Kasih.

Pengemis.


Bercakap tentang pengemis, pagi itu Ismail dan Jamil berjalan di lorong Bank Rakyat sebelah pejabat pos dengan tujuan bersenam2 ringan.
Ismail terpandang seorang pengemis yang tidak berbaju, cacat kakinya menyanyikan lagu Kristal - Memburu Impian untuk memancing perderma.

Ismail terasa sayu lantas meraba buntutnya untuk mengeluarkan wallet.

Seraya itulah Jamil menarik bahu Ismail untuk berlalu dari tempat tersebut.

Marahlah si Ismail kerana niat mulianya dihalang lalu ditanyakan kepada Jamil "pehal mu ni boh?"

Explainlah si Jamil yang dia sama2 bermain futsal bawah 33 tahun dengan pengemis itu di padang MPK sebelah Maybank petang semalam.
Jamil kenal benar dengan ciri2 pengemis itu sebab tak ramai yang ada parut BCG berbentuk kuda laut.

Cari duit lebih nak isi minyak Catalyzer 3 series dia la tu kot. Bentak beliau.

Mereka pun balik siapkan assignment masing2.

Serasi.

Enggang sama enggang, pipit sama pipit.

Kalau enggang tu dua2 jantan, nak buat hape.

Kalau pipit tu pun dua2 betina, takleh la jugak.

lol.

Orang gila.

Apa anda buat bila ada orang gila cinta stalk anda?

Anda rasa jijik. meluat. Geli. Dah jenuh anda maki bila cara lembut sukar difahami.
Macam anjing, anda dah jentik2 telinga dia, masih lagi datang menyendel2.
Macam kucing, anda dah renjis2 air, masih lagi tak berganjak.
Macam orang gila, anda dah tunjuk parang masih lagi dia berlegar2.

Hanya nak pandangan, post rambang yang tidak ada kena mengena dengan sesiapa.

Quote-r

Pepatah lama:
Jangan cari orang kau boleh hidup dengan dia, tapi cari orang yang kau takleh hidup tanpa dia.

Pepatah aku:
Cari orang yang kau boleh hidup dengan dia, jangan cari orang yang kau takleh hidup tanpa dia.

Sebab:
Nak hidup dengan dia lama. Sampai mati. Hari2 mengadap muka dia.
Beriya2 takleh hidup konon, infatuation je semua itu. Dah lama2 rasa itu akan hilang. Tak siapa tahu berapa berapa akan ada perasaan itu.

Play safe. Ingatlah orang yang tersayang.

Kolaj aku belum siap.

Feb 24, 2010

Anda rasa anda gedik?

Definisi Kamus Dewan.

GEDIK.

tergedik-gedik: lincah (bkn gadis);
bergedik-gedik: bergerak-gerak, terketar-ketar;
menggedik-gedikkan: menggerak-gerakkan (bahagian badan spt kaki dll sewaktu mengelamun);
kegedikan keadaan (sifat) gedik: ~
tubuh badannya yg montok.



Dan anda akan dilabel gedik bila ada sifat2 berikut.

1. Anda teramat mudah perasan. Bila ada lelaki terpandang ke arah anda, automatik anda fikir dia sedang pandang anda dan tertarik pada anda. Perasan adalah antara simptom-simptom awal penyakit gedik.

2. Anda rasa anda cun gila. Sebenarnya menurut pemerhatian aku, biasanya memang orang yang gedik ni agak cun juga (walaupun yang tak cun pun ramai). Tapi perlu diingat, cun gila dan cun juga mempunyai makna yang jauh berbeza. Dan definisi cun mencakupi budi-bahasa dan perangai. Takde maknanya kalau cun tapi perangai entah apa-apa.

3. Anda secara automatik berasa teruja dan over-excited apabila berada berhampiran kumpulan lelaki. Anda juga secara spontan merasa mereka semua sedang memerhatikan segala gerak-geri anda. Padahal mereka sebenarnya perati anda bukan sebab minat tapi sebab meluat.

4. Mengada-ngada. Ini memang trademark orang gedik. Biasanya untuk menarik perhatian kaum lelaki. Suara akan tiba-tiba jadi merengek-rengek bila dengan lelaki. Suka mintak itu mintak ini. Kadangkala tanpa sedar memalukan diri sendiri apabila nk demand perhatian. (Kalau bini merengek dengan suami tidaklah dikategorikan gedik, harap maklum ;-D)

5. Anda rasa semua lelaki minat kat anda. Dan anda suka ‘memancing’ lelaki menggunakan pelbagai cara untuk membuktikannya. Anda buat-buat manjalah, hantar sms jiwang-jiwang lah, anda ajak keluar makanlah, keluar jalan-jalanlah. Bila ada respon, anda pun akan kata “Sah, dia memang minat kat aku”. Tapi, kalau lelaki tu buat derk aje, anda akan kata pula “Alah, dia cover tu. Aku tau sebenarnya dia minat kat aku.”

6. Anda juga seorang yang amat sukakan lensa kamera atau vcam. Bila ia tertumpu kepada anda, mulalah anda terdorong untuk buat aksi dan berposing yang over seperti buat side posing, menonggekkan bontot, gigit-gigit jari, dan sebagainya.





-Sory tuan punya ayat, saya hilang link website anda.

Ya betul, anda gedik nombor 4 dalam Kamus Dewan. :)

Kau Yang Punya.


Tengah buat printmaking. Kikis2 korek2 gores2.
Sambil bukak winamp. Terserempak dengan lagu ni.
Biasalah tengah buat kerja, sepatah2 ayat lagu kita dapat tangkap.
Mungkin sebab tangan protes, jadi unsur dari deria lain sangat peka diterima.

Satu fakta, dua penipuan
yang pertama kita ambil, dua buang
kenapa mengeluh?
dengar cerita lagi, dah jenuh berkali-kali
komplikasi dalam komunikasi jadi konfrontasi
mulut orang perosak reputasi, pembunuh motivasi
mereka pakar fabrikasi, modifikasi
di depan senyum, belakang dengki
yang cemburu mungkin teman kita sendiri
siapa tahu?
peduli, kita dah semuanya bersama
dah senang bersama, dah susah pun bersama
ketawa bersama, menangis bersama
kubersumpah harap kita mati pun bersama
ke akhirnya


Kau Yang Punya - Malique feat Najwa

Semoga kerja ni sempat siap menjelang esok :)

Feb 23, 2010

Nostalgia 90-an


Aku beli semua koleksi Dash Yankuro haha.

Bagi yang berkenaan, apa kenangan korang?
Aku darjah 6 tahun 99'. Takde lompat2 kelas pon. Aku tak pandai sangat.

Mainan yang paling gempak waktu tu - digimon dan tamiya.
Teringat lagi masa bawak mainan gi skolah, pastu lawan ramai2 kat koridor :)
Mainan sampingan - Tora, Ding Dang dengan JOJO. Jojo mahal la. haha.

Komik yang membesar bersama2 - Dragonball, Dragon Quest, GS Mikami, Slamdunk, etc.
Itu antara komik yang aku baca. Oh, ada lagi komik nipis nak mampos RM3 macam Alam Perwira dan KOF.
Aku follow KOF 95,96,97,98 sampai 99.
Fanatik gila dengan KOF suatu ketika dulu. Siap buat fanclub tau.

Games yang paling hot waktu itu, semestinya Star Craf. :D
Serta game2 PSOne. lol. FF8 baru keluar maa.


You can make your own epic lines too.

If you're lecturer, you could use this line; it worked EVERYTIME.

"Dear class, there won't be any lecturer's coming next week, so you people can just self study at home mkays?"

Well actually it'd make me happy, and I think that's full of uberly epic-ness.
And now 100th pic from my /b/ folder.


Feb 22, 2010

Reviu - Little Big Soldier.


Cerita dipetik dari kisah sejarah China sebenar, penjajahan Empayar sebelum masihi.
Storyline telah dirangka 20 tahun yang lepas lagi dengarnya.
Masa tu pakcik Jackie Chan masih muda remaja, tak perlu pakai rambut palsu pun.

Cerita berkisar tentang seorang petani (JC) yang mungkin dipaksa untuk menjadi askar untuk Dinasti Liang. Beribu-ribu askar kerajaannya mati sia2 disebabkan agenda tersendiri pihak yang berkenaan.
Beliau terselamat dengan kelicikan sendiri.
Tengok lah sendiri untuk tahu jalan cerita dan dari mana datangnya title movie ni.
Haha.

Pakcik tu dah tak larat beraksi banyak sangat kot.
Banyak stunt yang senang2 je.
Tapi tetap mengagumkan dengan aksi yang memerlukan timing yang tepat.

Setting cantik. Hutan mana ntah yang diorang guna, tapi gunung dan gaung2 memang nampak macam lukisan.
Indah sangat. CG sikit2 tu biasalah.

Ada watak menghidap brother complex yang bermuka bishi dan berambut panjang.
Badan tuff jugak rupanya. Tapi bila baju dah koyak, kantoi badan hitam cam negro : D

Ending macam 300. Mati dengan anak panah tercacak.
Mungkin diorang dah belajar, cara mati sebegitu lebih drastik dan epik.

Peratus: aksi 2/5, plot 2/5 dan humor 1/5.
Bukan rating oke. Aku malas nak rating2.
Lain orang, lain taste. Lain pendapat.
Sendiri tengok, sendiri rating lah. Anda mungkin minat, mungkin tak.

Kalau aku dah sampai buat reviu, maknanya aku minat lah. : )

Wonderpets.


Kenapa ajar budak2 perkara yang tak logik?
Kenapa tak ajar realiti hidup agar budak2 dah kenal dunia sejak dari kecil?
Dunia kan kejam, nak ajar benda yang indah2 je,
Apa yang penting, kerjasama?
Kalau takde kawan, takleh nak buat apa?
Macam mane nak berdikari nanti?
Hidup kena pijak. Kena tipu.

Alangkah bagus kalau wonderpet ajar prinsip darjat dan status.
Cikaro bersepahan. Gejala rempit. Politik yang berkonspirasi dan pilih bulu.
Bodek boss untuk naik pangkat. Child porn. Orang Thai makan kucing. Etc.

Kartun bukan untuk budak2 sahaja.
Pereka animasi pun dah ada degree bagai, pikir la sendiri.


Painting.

Taknak hantar ape2 dah. Banyak mengarut je orang tua tu.
SOC sem 1 dulu aku hantar final semata, lulus je.
Painting ni pun nak buat macam tu jugak.

Sia2 print macam2. Last2 tak check pun.
Ingat print kaler bagai tu bayar pakai daun ke?

Feb 20, 2010

Worthless.

Things and even humans often valued when they're gone.
Bila dah ilang, tak dapat capai dah, baru gelabah nak nangis la itu ini.
Selama ada depan mata, ada ke nak peluk cium hari2?
Isu keluarga - teringin ke nak bermanja ngan mak bapak bila umur dah camni? Segan ke bila pegi shopping ngan mak?
Ditakdirkan satu hari nanti mereka dah takde, meraung depan orang pun dah tak malu kan?

Cinta. Ewah.
Selagi belom kawin, tu semua kitaran jodoh je. Langsung tak perlu nak potong2 diri, nak ugut, sebar fitnah bagai.
Walaupun dah jaga bagai nak rak tapi beliau tetap blah jugak, jodoh tak sampai la tu.
Tapi cermin dulu diri sendiri, kita hargai tak dia selama ni?
Kita layan dia camne? Dah hilang baru nak sayang, tak guna lah.
One man's trash could be another man's treasure.


Contoh Maikel Jeksen, dah mati baru nak jual merchandise bagai. Setiap mall pasang lagu dia.
Macam2 pattern baju ada muka dia. Padahal masa hidup dulu stok kena kutuk je, pedo la penculik la.
Artis, pelukis komik dan sebagainya tu skala besar. Ramai sangat orang sedih pasal diorang, kita pun malas nak sedih skali. Nanti rasa tak special lak.
Skala kecik - family korang and ehem, orang tersayang. Jaga la baik2. : )

I got my stuff for free.



Songs, movies, anime, games - get smart. Even DVD not that purely original anymore.

Currently torrenting Lucky Chuta. 1.8gb wtf, it's been a freaking week already !

Commander of Heroes.


Bapak lama, dekat 3 jam woh .
Game standard 45 minit je. Main mod no population cap punye pasal.
Sempat 3 kali gi berak nak abeskan game ni. : D

Feb 19, 2010

1 Piece.

First of all, I'm not that much of an otaku - I don't usually compare anything that happens irl with some scene from anime or movie that I watched.
Fiction and reality is completely a different subject. Too bad science logic existed and act as border between it.

I really don't mind if you hate things that I like, I got nothing to lose whatsoever.
Not like I got richer when their book sells. Just my personal opinion, and you could always disagree with me.


With recent plot seeing the death of Ace, I decided to use this pic.

One Piece.
The most epic shonen/adventure storyline ever after Dragonball.
You can see how the creator actually did some homework when making it.
There's a loads of word pun, pirating info, knowledge and principle in OP.
Fascinating character development and personal flashback for each main character.
Intriguing plot twist, not least retarded at all. In comparison to Naruto, which one of the major villains (Itachi) is actually a tragic hero and banished from the manga forever, making reading value drops like 70% for mature readers.

OP main character total ATM - 9. All of them have their own story.
Naruto - 3 aite. Naruto, Sakura and Sasuke. Where the heck Sakura come from ? Who's that sob mother? Saaad.

Let's compare it to Bleach. I quit reading years ago and the last arc that I read, they're saving Orihime from those espadas. Not worth my loading time just to read 3-4 big panels per page, or a big panel having some so-called epic moment on the whole page. What, out of idea to catch the deadline much? And oh, all the girls with their G cup. Fail +1 for desperate fanservices. Have fun fapping guys.

Now, costumes. For every arc in One Piece, they wears different attributes. Naruto, Bleach? That same ol' orange and black shirt. Wonder if they had like 50 same pattern clothes stacked up in their unseen drawer? Or changing cloth is just a myth for shonen manga? Don't even have the time to recreate different costumes eh? Pity. I'm the reader, I pay to read your work, and I deserve to complaint.

Moving on to art. As an art student, I learned that perfect figure drawing is not necessarily appropriate to resemble a good art. For perfect figure drawing, I'd rather read Air Gear or Ichigo 100%, even. What I'm trying to say is - OP full of weirdos. Some not even appears human, even if they are. Their character appearances surely match their names, behavior, personalities, and sometimes their way of talking/ laughing. Great tone usage to describe the mood, and fabulous perspective choice.

Fell free to call me OP fanboy, but I know a good story when I read one.

Quit watching TV3 for anime ! ROFL.

Gay-ia online.



Plus 2m when Mr. Pendek's art sells.

Ignore this entry if you would, I just want to measure my gold growth using online pic hosting.

Feb 18, 2010

Narutard.

One of the most irrelevant, plotless, forced motive and childish manga, Naruto.
2nd wicked manga after Hentai Kamen I'd say.
This manga is about ninja, but where is the ninja?

The most pathetic character award surely goes to Suckura. I mean, pink hair ?
What a fancy little ninja you are. Makes ninja looks like some ridiculous kid show.
Can't even do ANYthing right without the support of main character. All she know is chasing a gay emofag who had a brother complex. Loser, both of them.
Girl, go back to kitchen please.

Don't even make me start with Naruto. Bright Orange suit pftt. Stealthy much?
Sure, he can perfectly camouflage himself with oranges building.
At night, he can pretend that he is some kind of road signboard and strike when people are not looking.
Bad choice of color. Pink, orange, and Lee is green. What the fuck is this, teletubbies ?

As they say, blonde = meat.
Can't even get the ninja concept right. Obviously this manga is for kids, but I can't stand it when my 20 yo buddy still obsessed with it. The manga has fall low man, I only read it for the lols now.

Early motive of this manga is to bring up the issue of friendship - which failed HARD later on.
But things that never changed; Sakura is an asshole, sasugay is well, an obvious gay, and naruto is retard .

I feel ashamed to ever liked this manga once upon a time ago.

Like Naruto? Lurk moar. It's time to change.
Sorry for fans out there, but I hate things that I hate. Period.

Solja Boy.

I've already live at Kuantan long before you're born -
My kindergarten? TUDM batu 10. I rode their heli when I was 2.
I EAT DANGER FOR BREAKFAST. That makes me twice armier than you.

And twice the Kuantanese.
... but that's nothing to be proud of, really.

Chuck Norris? Bring it on !



Life Phase.

Dah 2010. Masa untuk mengimbas kenangan lalu. Nostalgia gile lah.

Cakap tentang berforum, ada 3 forum yang aku betul2 stick agak lame.
Forum yang lain tu hanya reg dan park nama dalam member list je.
Bagi meriah sket. Atau untuk download sesuatu.

3 forum, 3 phase.

Pergh.com
Forum ni dalam phase dial up. Sekali masa aku 1st time main RO.
2003 kalau tak silap. Dah 7 tahun aku kat sinun.


Gforum
Phase pertengahan, ala2 zaman nesolitik gitu.
Aku join pun sebab dulu peminat komik2 GS, Gempak ngan Starz. Walaupun dah berenti baca. masih lagi aktif berada disitu. Aku membesar dengan Gforum. Nostalgic sangat bila teringat balik. Zaman dimana kesedaran janaan ekonomi rm6 sebulan untuk komik lebih baik digunakan untuk winston 14 sehari.


Spam Inc
Zaman yang terakhir sebelum aku jejakkan kaki ke kuantan ini.
Lagi banyak peristiwa dengan diorang. Ups dan down bersama.
Tahniah kerana korang trus kekal dengan SpamInc. Ade jugak pewaris aku hawhaw.

==================================

Berapa banyak mereka ini membesar sejak hari pertama aku kenal diorang?
Muna dah kawen. Ade sorang baby dah.
Illy pun otw.

Berapa banyak aku lak membesar dari hari itu?
Siapa tahu. ; )

Lembab.

Disebabkan di luar sana hujan lebat, ramai orang online di bawah, dan capaian internet hanya mencecah bytes per second, saya malas mahu membuat entry rumit.
Rumit dalam ertikata memerlukan saya browse internet untuk mencari bahan.
Dan karang ayat sendiri, boleh dikatakan saya diserang writer's block.
Material dan writer's block, 2 block sekaligus. Combo. 2 dalam 1.

Ditambah pula dengan masalah teknikal keluarga beruang.
Biasalah tu, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula daging buntut memotong tahi.
Kadang-kadang tak putus jugak. Kadar tenaga tak cukup atau jisim yang terlalu padat dan pejal.

Feb 17, 2010

Epic Beard Man.

So as usual I was lurking 4chan when this meme caught my attention -
What did the 67 yo man do that got him the title of Epic Beard Man?

Google'd that thing off, and I found this;



For more epic feel and information, you ought to read this.
http://encyclopediadramatica.com/Epic_Beard_Man

I AM a MOTHERFUCKER lols.

My 60+ yo granny couldn't even walk 10 meter without whining with every step she took : D

Pau.

"Ko pegi la tapau pau tu, nanti aku leh pau pau yang kau tapau."

Dengan rasa berat buntut, kawannya pon pergi menapau pau tersebut.

100th Post.

Hoyey !

Blog yang kejap tenggelam kejap timbul ini sudah mencapat seratus post.

Terima kasih kerana menyokong saya.
Stay tune untuk lebih aksi selepas ini !

Feb 16, 2010

Workspace.


Dari kecik lagi cita2 aku nak ada gadjet sebegini.
Satu untuk main game, satu untuk download, satu untuk dengar lagu.
Atau burn anime dalam dvd banyak2 pastu jual.

Aku suka bila aku dah duduk depan pc, segala benda yang aku nak guna berposisi setengah meter dari aku. Rokok, tong sampah, kertas kosong dan pen.
Aku malas nak bangun. Banyak gerak nanti lemak terbakar. Aku taknak kurus.

Oh gambar itu ialah bilik aku btw.

Rumahku *teet* ku .






Cuti baru 3 hari, aku dah balik sini. Ada lagi seminggu cuti.
Bukan aku derhaka. Tidak sangat. Sket2 je.
Tapi sebab utama memang sebab ayah aku. Tak rasa nak cerita lebih lanjut.
Ini online blog, bukan diari persendirian oke.

Lagi satu sebab rumah aku. Yang dah tak nampak macam rumah.
Pembangunan manusia. Ini semua duniawi semata. Aku layankan aje.
Keadaan dalam rumah dah seperti bunker yang teruk diserang mortar.

Yang aku kenal dalam bilik aku hanyalah setongkol katil bercadar.
Situlah tempat tido, makan, main game, tengok movie, dan ehem ehem.
Dah macam duduk dalam stor.

Bulan 5 siap, maka bulan 5 jugaklah nanti baru aku akan balik rumah semula.

Feb 15, 2010

V for Valentine.


Never forget my fellow readers, 14 Feb every year. They never did. And they never forgive.

Aku dah mula benci hari itu.
Sesak sangat. Manusia bertindih2 di serata tempat. Ramai sangat.
Wayang, kbox, malahan snooker pun sama.
Macam hari lain takleh nak buat maksiat je.
Padahal hari tu lagi la banyak rush terjadi.

Ohhhh, tiap hari sayang so takyah sambut ye?
Kalau tiap2 hari bole mintak maaf, takyah sambut raya puasa la kan.
Nanti gado2 payah nak baik. Yela, bole mintak maaf setahun sekali je.
Puasa pun hari2 jugak. Berlapar sebab takde duit. Puasa gak tu.

Jangan marah ye, usik sket2 je. Cuit2 nakal. : D


Feb 12, 2010

Cerita.

Keheningan di kedai makan petang itu disentak dengan pertanyaan tiba2 beliau ;

Ismail Jamil : "Ko nampak tak ape yang aku nampak?"
Rakan A : "Eh tak.. ape yang ko nampak?"
Ismail Jamil : "Aku.. tak nampak ape2 pon."

Mereka berdua kembali diam selepas itu.

COD 4 LAN Party.


Kalau sem 2 gila main DoTA, sem 3 Borderlands, sem 4 kitorang gile COD : Modern Warfare pulak kot.
Saja mahu habiskan sisa2 hari sebelum cuti raya ini.
Ada 15-16 orang lagi yang tiada dalam gambar turut sama bermain, namun jumlah ini akan terus meningkat dengan kehadiran ahli2 baru.

Kepada sesiapa warga CM yang berminat, saluran wireless kami ialah 'Sem 4 la mcb'.
Anda tak perlu turun, boleh sertai kami dari dalam bilik sendiri jika isyarat wireless ini sampai ke tempat anda.
bagi yang ingin bermain, boleh terus join game. Ala2 CS gitu.

Pastikan anda bermain COD 4 : Modern Warfare.
Modern Warfare 2 ada error.

L4D 2 kitorang main dalam bilik je, sebab nak create game agak rumit. ;)
Cadangan LAN game yang lain adalah amat dialu-alukan.

Death of Portgas D Ace.


He's one of my fav char. Bearing the power of fire, I almost had no idea what could kill him.
And since when magma can BURN fire? The hell can ANY of the thinkable phenomena can burn fire?
Magma would only make the fire thicker wouldn't it?

I always thought he'd be killed by someone with water type logia user.
No wait, I never imagined Oda would ever banish him in the first place.

Marine's victory I guess. They got both Ace and Whitebeard.
Damn you Oda, you you you twisted cunning old man !

: <

Cuti Raya.


Cuti Raya Cina dari 13 - 21 Feb, dan macam sem lepas, cuti tersebut disambung dengan cuti pertengahan sem.
Bosan lah cuti lama-lama.
Ada warga CM tak balik. Bukan nak cakap awal2, kalau tak kan dah bole stay sama2.
Kita sembahyang raya kat Kuantan. Pastu gi tengok wayang.
Pi beraya rumah Abg Man mintak ang pow banyak2. Duit tu kita buat gi karaoke.

Tahun ni tahun harimau. Tiger beer ada buat promosi. Aku peduli ape kan.
Bila lah nak tahun singa lak. Aku suka singa. Singa je tak suka aku.

Ahhh.


Selamat Berhari Raya, maaf zahir batin.
Bawak balik keputat banyak2 kita kenduri kat CM ye kawan2.

Seminggu tak update blog la nampaknya.

Feb 10, 2010

Tenaga pengajar

Lec dah seperti kawan kami.
Kami sayang mereka.
Mungkin sebab ramai yang comel kot.

Bersama Cik Ros.


En. Taufik.

Senyum plastik.

Sem ni kelas painting diambil alih oleh En. Iff.
Seperti yang kita tahu, En. Iff sememangnya seorang yang sangat kelakar dan pandai berjenaka.
Siapa yang tak kenal, orangnya kemas dan pandai bergaya.

Setiap kelasnya pasti ada sesi bersembang perseorangan selama sejam - dua jam.
Tapi disebabkan beliau gemar membuat lawak, kami asyik 'tergelak' saja hingga sikit pun tak bosan.

Minggu ni beliau nak tengok tugasan painting dari Great Master. Kerja minggu lepas.



Pelajar fine art taklah begitu ramai, berbelas je. So sape yang tak buat, memang kantoi awal2 lah.
Jujur cakap, aku tak minat painting sem ni.
Sebab landscape kot? Ataupun sebab kelas En. Iff kelakar sangat rasanya.


Mungkin disebabkan tak tahan dengan jenaka lec, seorang lagi rakan, Hafiz (nama samaran) telah kecundang menjadi perokok tegar pada 2010 ini.

*mata beliau berair 4 saat lepas gambar diambil disebabkan asap masuk mata ;D

ceh, rookie. lul.


FAITO ZA PAWA !

Tengen Toppa Gurren 'Epic' Lagann Movie


Dah lama gile aku tak download anime sebenarnya.
Skarang pun layan One Piece je - roommate aku merangkap Hafiz (bukan nama sebenar) sangat rajin menghabiskan masa beliau memuat turun anime2 terbaru di pasaran.
Seronok berbilikkan budak AD. Ramai yang rajin2. Rajin download macam2.

Dipendekkan cerita, dia terdownload movie baru (kot) TTGL. Dah dia cakap baru, aku layankan aje.
Storyline memang sebijik sama dalam anime, macam rasa tengok semua 25 episod dalam 2 jam movie tersebut.
Yang best, final battle di galaksi yang sangat epic, ditambah lagi ke-epic-an nya.
Ada jugak rasa macam effect forced epic. Semua benda yang minor pun nak di epic kan.

Oh, ada naked fanservice Yoko dengan Nia. Sket je pon.

Nota kaki : Nama blog ni diambil dari motif anime ni. Rujuk entry aku awal2 dulu :D


Feb 9, 2010

GS Mikami

Bercakap tentang latest chapter di One Manga, komik ni sebenarnya sumber hiburan ringan sejak aku sekolah rendah lagi.
Kenapa dah jadi sangat emotional dan tension?

I hate endless same villain fight, like Nataku from Inuyasha.
Spends 500 chapters reading-thon just to see the same villain all over again.
Pftt.

Nasib baik GS Mikami masih ada humor dalam serius. :)

Jerat Percintaan

Cinta yang mekar meransang produktiviti. Memberi motivasi.
Untuk bekerja, belajar, dan meneruskan sisa-sisa hidup.

Semakin ramai pelajar kami telah menerima suntikan semangat ini dan terbukalah pintu hati untuk menyemai perasaan tersebut.

Cakap banyak tak guna, yok kita
terjah lagi yok : )


Protagonis cuba menutup muka, tapi siapa lagi yang bermotokan SS, berhelmet putih susu dan menampal 'L' sebesar-besar alam kat madguard belakang kan ?



Ini pula skandal yang sering disangkal progres perhubungannya, tapi dah terang2 kan .
Muke nak gembira je bila dah kantoi.

*... semua gambar di atas tidak berkaitan dengan sama ada yang hidup ataupun yang telah mati

p/s: apis- lek la bai, sap kok dlu :3

Feb 7, 2010

Dedikasi tanpa diskriminasi daerah

Kami peka mencari bahan untuk rujukan. Tambahan pula jika proses menghasilkan subjek matter itu menyakat rakan sendiri, lagilah kami bertambah giat.
Alah, bukan selalu pun nak bergurau sesama kita kan.

Jum terjah ~

Pojie lagi menjadi mangsa. Kami suka.


Dengan comelnya mangsa disuruh itu ini untuk mencari posisi menarik

Akhirnya seksaan selesai apabila gambar diambil. Nak jaga hati je ambik gambar tu sebenarnya

Proses di atas ialah untuk subjek sculpture, di mana kami diminta untuk mengkaji anatomi manusia.
Padahal gambar kat internet berlambak je.
Saja nak buli pojie. Beliau comel apabila dibuli .

Header Bau Kedai .

Wallpaper beb . : D

Aku kekurangan gambar sendiri. Mengapa?
Tiap kali aku balik awal, setiap kali itulah juga korang bergambar ramai2.
Lompat2 lagi kat depan studio. Terpaksa la aku susah2 ambik gambar sendiri.

Tapi takpe, aku rajin kan. Rajin sangat .
Ceh .

Feb 6, 2010

Sculpture pulak .

Ni salah satu lagi subjek kami. Banyak langkah2 kerja.
Sumenye mengotorkan tangan, badan, kaki, lidah dan juga anggota2 lain.
Tapi tak mengapa, kami tabah. Sebab nak markah. Taknak fail.
Sebab kalau repeat, nanti jadi sem 9 pulak .
Walaupun berbaju melayu, kami tak kisah .

Kelihatan salah seorang pelajar bermuka ketat apabila gambarnya diambil .

Masih lagi dalam proses, hari Isnin ni sambung.
Sesapa nak join, jom la. Meriahkan bengkel.
Korang bancuh plaster, nanti aku pau sikit.
Minyak hitam banyak lagi. Tapi kalau korang lambat, aku perabiskan.
Padan muka korang.

Nanti nak ambik gambar lagi, untuk journal.
Seseorang yang dah siap kena tolong ambik.
Rasanya dah tau sape yang kena.
Gambar stok mespes tau dinda. Haha. : D


Kolaj 'kami.'


Separuh nyawa nak buat benda ni.
Sejauh2 perjalanan dah ditempuhi. Sampai Sarawak dah pun.
Singgah Sibu kejap, pastu terus berjalan lagi.
Semata2 nak siapkan seksaan ini.

Akhirnya siap lah jugak tugasan pertama.
Ada 4 lagi termasuk final project lepas ni.
Neraka yang terpaksa ditempuh. Tak leh lari.

Terima kasih kepada beliau kerana menolong dan sorry kerana terpaksa melayan karenah yang macam2 ini.
Sumenye salah Fahmi Mislan. Dia ponteng masa minggu briefing.
Pegi salahkan die. : D

Lepas ni ade lagi kerja kolaj. Nanti kite pergi Sabah pulak ye. Ewah .

Beliau .

Sem 3 dulu sebenarnya aku dah malas nak belajar.
Bukan nak buat nakal serius macam sem 1 dulu, nawaitu cume malas nak buat painting dan printmaking bile dateline dah depan batang hidung.
Tatau mane nak mule, so dah amek keputusan taknak mula langsung .
Tambah pulak sem lepas banyak kes yang membolehkan kitorang cuti, seraya ada ura2 mengatakan sem lepas hampir ditunda sebab H1N1 bagai. Rupanya tak jadi lak .

Bila final week tinggal lagi bape hari je lagi, dah rase cuak gile gaban da.
Dah nekad mahu repeat .

Tapi tuhan hantar satu hidayah dalam bentuk rakan sekelas disaat kegelapan itu; untuk membimbing dengan cara membebel bertalu2 diselangi upah2 yang menarik setiap kali kerja disiapkan. Tuhan mana yang tak sayang umat kan.

So dengan masa yang ada 2 3 hari je lagi tu, painting yang sepatutnya kena buat paling kejap pun 2 3 minggu - sebab oil color memang tua nak tunggu kering - siap dalam masa 4 5 jam je.
Sebab dia ada kat sebelah sepanjang malam tu kot. Studio meriah dikala hujan malam itu.
Memori daun pisang la pulak. : D

Printmaking yang betul2 menyakitkan hati juga berjaya disiapkan berkat bantuan beliau.
Sebenarnya 70% kerja tu beliau yang tolong. Aku dah give up awal2 .
Saje nak bagi dia berlatih buat lino tu banyak2, untuk kebaikan dia gak.
Nanti dia dah terer, senang mintak kerja bila dah grad. Baiknya aku, kan : D

Pendek kata sepanjang sem 3 lepas, aku takde repeat ape2 sebab dia kot. SRSLY.
Dialah mak aku kat sini, adik yang aku takde, dan kakak yang bertabiat suke membebel.
Macam2 ada. Payah la nak cari orang pakej lengkap camtu.

Terima kasih mama bear. Sayang anda lebih la. : )




Dan dia juga sebab aku boleh senyum balik demi seorang perempuan. TEEEET !

Kamus untuk harijadi mu.

Tak paham lah sayang oi. Selalu ponteng kelas bel ke ?

Da kena rejek, mengata orang lain lak yang bercinta sorang2 .

Sadis gile lah. : D

Feb 5, 2010

DnD

DnD stands for 'Do Not Disturb' or 'Disturb and Die'. Short form pun for dummies.
'Tak kacau' means NO disturbance at all, be it physical or mentally.
Light or heavy contact with two individual is called 'conversation'; being put that those two sides are having a decent understanding between each other and the current topic discussed.

When there's only ONE side who's sprouting words or insults against the other side without acknowledgment, that's what people call disturbing. Domestic disturbance between 2 being, to be exact.

I thought you already understand the concept of 'will not disturb you anymore' when you apologize, but seeing that such new entries are being posted everyday, looks like you are too dense to accept the fact that you've been dumped. HARD.

Sadist stories and memories groper technique won't work, and we both already know that.
So what is your intention with all those 'beautiful' play of words and story twist?

Keywords : Gender bender and Plot twist .
Looks pretty neat being used in the same sentence together don't you think?

Feb 2, 2010

Anjakan abaian reputasi .

Ape korang buat kalau 'Jeng ar gini!!' ?
Kerja berlonggok. Dah tekan limit korang sampai ke hujung.
Perlu ke cari jalan risiko untuk terus melangkah keluar dari batasan diri?

Ada kawan-kawan yang sebaik-baik umat aku kenal dulu, sekarang dah sentuh batang ajaib ni.
Rokok. Ubat hilang mengantuk paling mujarab. Sebab tu masa Kem Landasan aku buat pengakuan boleh tak tido untuk berhari-hari.
Sebab nikotin sama je macam caffeine. Meransang testosteron untuk berpusing, ligat.
Lebih efektif dari kuda bagi aku. Mungkin untuk aku saja kot .

Mari kita terjah CM. Yok ! : D

Idola Ikip neh. Haha . Gambar untuk bergaya je, die batuk sambil menangis lepas tu .

p/s: Eleh Sagaf tu muka cam perokok tegar, padahal sem 3 baru mula tuh.
Fahmi, sem 1. Teringat lagi muka beliau yang pucat sewaktu batuk bertalu-talu dulu.
Derang ade belakang aku, so bukan mengumpat ek .


SHA terakhir .

Sem 2 - oil pastel. Sem 3, akrilik .
Aku suke sebab klas dia rilek je. Pegi klas banyak gelak.
Tapi gelak pon assigment hantar ye kawan-kawan .

Sem ni ada 2 pilihan je, watercolor dan kolaj.
Mulanya aku dah masuk watercolor, tapi cam aku sorang je laki so aku tukar kolaj.
Mane la nak tau si fahmi ngok ngek boleh lak ponteng masa briefing, kalau tak ade la jugak geng .

Aku sebenarnya nak elak kolaj, sebab leceh gile kerjanya. Tak susah pun.
Tapi penat otak. Detail sangat . Dengan masalah nak cari sumber kertas la, nak melekat benda alah tu sehelai2. Dah la saiz sebutir kertas tu takleh besar dari saiz taik hidung.
Tua la nak siap .

Kena buat landscape dan binatang. Macam biasa, papa bear pilih singe lagi.
Haha aku pun dah berjangkit jadi binatang ni kenapa .

WIP -

Macam biasa, alatan nak buat kerja - kotak hitam webcam dan bebatang penerus hidup .

Kolaj bosan. Tapi Pn. Haida comel sem ni, so takpelah. Layankan aje.