Apr 30, 2011

Diploma Show la weh :D

Kami menjemput anda untuk sama-sama memeriahkan
diploma show: PlusMinus Exhibition

yang akan diadakan di
Dewan Seri Sanggang,
Hotel Seri Malaysia, Pahang 

Pada
3,4 dan 5 Mei 2011

Berikut merupakan peta Hotel Seri Malaysia, tempat dimana PlusMinus Exhibition akan berlangsung. Click Image untuk lebih jelas..
ni pula adalah sedikit montage yang dah siap:


 Pelajar Seni Halus:

1.NURUL ALIA BINTI KHAIRANUAR
2.MOHAMAD HANIF HAFIZ BIN MD.SHAMLAN
3.HAFIZ BIN ZAMRI@NAIMAN
4.SITI NABIHAH BINTI MD.AZMI
5.MOHD FAHMI RAHIZAD BIN MOHD RAHIM
6.MUHAMMAD FAHMI BIN MISLAN
7.FARA NADIA BT MOHAMAD
8.AHMAD ALSAGAF BIN AHMAD JAFAR
9.NOR’AMIRAH BINTI AZMI
10.HANIS NADIAH BINTI ADNAN
11.MUHAMMAD LUQMAN BIN IBRAHIM
12.AHMAD FAUZI BIN AHMAD AZMI
13.WAN NUR MAISARAH BINTI WAN ZULKIFLI
14.ZHARIF HAZWAN BIN BADRUDDIN
15.SAFWAN MUBARAK BIN CHE AMAT


Pelajar Seni Reka Grafik&Media Digital:

1.SH. RABIATUL ADAWIYAH SY.ZAINALABIDIN
2.MUHAMMAD SYAHMI BIN JAMALUDDIN
3.AHMAD SYAFIQ BIN MOHMAD
4.MOHD FAUZAN BIN SARIF
5.NUR AMBIKA BINTI MOHD NOOR
6.AMIR MUSTAQIM BIN JUHARI
7.MUHAMMAD MUHAIMIN BIN ILIAS
8.NURUL NAZHIFATUL WAHIDA BINTI SHAARI
9.MUHAMMAD FEETRI BIN NORDIN
10.MUHAMMAD RASYDAN BIN ABDUL HADI
11.MUHD FAEHRULLAH BIN ABDUL LATIF
12.SITI ZURAIDAH BINTI AB MANAB
13.DINA IRNASARI BINTI ROHAIZAD
14.MOHD KHALIQ BIN BUANG
15.MUHAMMAD QUSYAIRI BIN MAT RASID
16.MEERNA FATEN BINTI MAT ARUB
17.NIK NOR HAMIZAH BINTI NIK AHMED SHUKRI
18.MOHAMAD FARID BIN PANDI
19.NAJWA BINTI NOOR AZMI
20.NURUL AIDA BINTI TAJUDIN
21.NOR ATIKAH BINTI AMRAN
22.ASMA AQILAH BINTI TAJUDIN
23.SAYED MUZAMMIL BIN SAYED MOHAMAD
24.SYAFIQ HAZIQ  BIN SAHARIL
25.NUR SYUHADA BINTI ABD GHANI
26.UBAIDILLAH BIN ISMAIL
27.WAN MOHAMMAD KHAIRIE  BIN WAN ISMAIL
28.NUR ALIAA BINTI SARDON
29.AHMAD IZZAT EMIR BIN AHMAD SHAFAWI
30.NORAZMEERAH BT ROHAIZAT
31.RAJA HAZIQ FIKRI BIN RAJA TAHRIN

Untuk melihat seberapa banyak work video yang telah pelajar grafik hasilkan, sila ke link berikut
http://www.youtube.com/user/yaeexhibition#p/u
http://www.youtube.com/user/Mercuryinkstudio#p/u

Kehadiran anda sangat dialu-alukan...Terima kasih kerana memberi sokongang kepada kami.
Bring Art Forward!!

------

Gile panjanglah html sampai laptop hang 2 kali. Syabas diucapkan
Datangla kalau berani !

Apr 27, 2011

Break sekejap-

-untuk mengurangkan gambar dalam satu page ini :)
Dah lama tidak berbelog, dah tak ingat nak letak watermark. kah kah kah.

Copyright Mubarak 2011. comey ngat iye tuwwwh

Painting Sem 6

Sejak dari kecil lagi saya sudah bercita-cita untuk menghasilkan painting figure. Sangat kagum sebenarnya apabila meneliti karya orang lain yang boleh menggubah 100 warna hanya untuk mewarna hidung. Kalau saya tak cuba dan mencabar diri untuk membuat figure, bila lagi kan peluang seperti ini hadir? Fuh ayat dekan lah.
Tambahan pula lecturer painting saya agak tidak berminat apabila menyentuh soal figure didalam painting. Dengan bangganya saya mengaku landskap painting saya hanya sesuai dijadikan pelapik laptop agar tidak overheat.

Sebenarnya, ya sesungguhnya saya buat 3 painting untuk disubmit. Tapi yang sempat dikatakan siap, hanyalah 1. Walaupun masih ada yang sepatutnya ditambah, tetapi bila pelukis cakap 'work ni dah siap dah horey' maka ia tetap dikatakan telah siap. Bila orang tanya, acukan tangan ke dada dan mata ke atas dan cakap tanpa buka mulut; "ni work aku ke work kau?"

Lampiran; Klik untuk beso.

Sketch guna berus tu. hebat tak hebat tak



Oil paint,acrylic,bitumen + oil pastel on canvas

Walau cacat masih beraksi !

Work yang tersingkir akibat masa yang suntuk :


Dan satu lagi tak sempat diambil gambar beliau.
KALAU lah cukup masa !

Drawing 4

Baru sedar tahun ni baru 6 entry lah. Tak cukup nampak busy lagi ke? Huh.
Sem ini subjek figure. Sebenarnya sebelum masuk study secara formal, saya mana reti lukis botol tilam kipas landskap semua itu. Saya nak belajar lukis orang. Dah hujung-hujung baru nak ada.

Sudah menjadi lumrah alam bila kelas repeat, moral untuk ke kelas adalah sangat tipis. Mungkin itulah punca work saya tidak semuanya siap akibat tertinggal informasi. Dan boleh pulak ditakdirkan accident. 2 3 hari lagi deadline pulak tu. Degan ayunan tangan yang serba cacat, saya siapkan jugak malam sebelum assesment.

Cuba teka ini siapa. Work beberapa minit mengejar konklusi.

 Tenyeh-tenyeh.

Oil pastel on Boxboard - Frame
Figure and lighting study.

Sungguh ironi, bila dah buat blog baru sedar work lain tak diambil gambarnya. Memang dasar lukis untuk hantar semata. Ditambah masa yang suntuk, sampaikan background pun tak sempat letak.
KALAU lah ada masa lagi. :(

Menipu maut :)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ni abang nak cerita tentang pengalaman abang. Pengalaman yang tak semua orang rasa. Kalaupun orang rasa, mungkin ada macam-macam versi. Abang dah rasa lah macam mana roh terbang sekejap meninggalkan jasad. Fuh. Cemas.

Secara kesimpulannya, 2 3 minggu lepas abang accident. Motor dengan kereta. Dah nama pun student, mesti la abang bawak moto. Kalau dah ada duit nak pakai keta sendiri tanpa kacau duit mak bapak, takdelah abang nak datang sini dok study lagi bertahun-tahun. Dan perlu diingatkan sekali lagi kepada doktor, nurse, pelayan kedai makan yang tipikal - anak muda yang accident moto TIDAK semestinya mat rempit. Korang nak aku jalan kaki pergi kelas tiap pagi?

Berbalik kepada pengalaman tadi lah ye. Sentap banyak-banyak nanti ke laut pulak.
Rupanya accident itu tidaklah menyakitkan, andainya anda pengsan. Tak rasa pun muka bergesek jalan tar, tangan menggores batu dan mungkin berguling dua tiga kali. Bila sedar, satu badan kebas sampai mulut tak boleh gerak langsung untuk bercakap 'tak sakit~tak sakit' kepada para audiens sekeliling. Dan sekarang baru aku tahu dari mana datangnya darah dari mulut yang biasa dibaca di komik-komik pertarungan, Bibir hancur. Bukan dari dalam badan.

Jadi anda yang tidak tahan period pain, cuba pengsankan diri untuk seminggu agar tidak merasa sakit itu. :)

Dan untuk pengetahuan umum, saya tak bawak motor laju-laju tengah bandar, saya ada alat penyukat kelajuan sendiri di belakang yang akan mencubit secara automatik apabila sampai 100km/j.
Eh kejap saya kejap abang kan, Boleh~lah.

Disini saya sertakan lampiran kejadian tersebut. Maaflah tak hensem, rambut tak sempat sikat.
Lagipun dah pakai minyak rambut darah sendiri. Keras macam spiky.


Terima kasih kepada yang melawat dan yang bertanya khabar.
Dan paling penting, yayang yang paling setia meniup sakit itu pergi. Eceh.

Sakit pun kena tak sakitlah, kerja kena disiapkan. Kerja akhir semester akhir (sepatutnya).
Entry akan datang, perjalanan saya sepanjang semester ini. Selamat membaca~