Mar 23, 2010

Over night yok.

Dengar cerita, studio dah boleh diguna sampai malam.
Maknanya, boleh beramai2 kenduri siapkan kerja sambil mengumpat sampai pagi.

Tapi dengar cerita jugak, itu sebenarnya dusta.

Jadi mana cerita betul?

Final lagi 3 minggu lah macik.

Dan.

Aku perlu buat kerja edit2.
Letak gambar aku di satu gambar lain, seakan2 aku ada di sana.

Mainan masa budak2, tapi sebenarnya aku tak reti pun nak buat cantik2.
Sekali lagi aku kagum dengan abang2 4chan.

Siapa ada idea?

Mar 22, 2010

GS Mikami Last Chapter.


Aku dah baca dari, hmm, darjah 3?
Lost contact dengan buku bahasa melayu dari Comic House tu.
Dah tua2 camni baru jumpa balik kat One Manga.

Dan hari ini, aku dah khatam komik ini.
Komik yang paling lama aku baca. Tolak tahun2 aku hilang sumber.

Cerita takde lah epic sangat, tapi sebab nostalgia, aku tambah 5 markah.

GS Mikami, 390 chapters.

Mari belajar bahasa ringkas.

Menasik - Pergi ke kedai untuk makan nasi. Sorang2 pon takpe, sebab lapar.

Mengeteh - Lepak-lepak di kedai sambil minum dengan rodong. Lebih tepat jika anda order air teh. Sebab mengemilo ataupun mengecarrotsusu tak sedap didengar.

Menggelupi - Minum air slurpee depan seven eleven.

Mengarut - Entry ini.

Predator berkata:


Beliau tak berkata apa-apa sebab sedang mengejar manusia.
Manusia melompat epic menyeberang gaung.
Manusia tersangkut, hampir jatuh. Manusia kedua tolong tarik.
Alien pula datang dari belakang, tarik kaki manusia kedua.

Manusia menjerit;

"AAAAAAaaaaaaaaaaaaaaaaaAAAAAAAAAAAAA !!! ~~"
"....Yang mulus yang kudus !"

Alien menyambung;

"OOooo~"

Predator akhirnya hilang cool;

"Yang tulus yang halus !"

Dan mereka berbunuhan sesama sendiri.

Internet CM makin lama makin cilake.

Ataupun aku yang salah setting?
Tapi aku dengar memang banyak jeritan random dari sekeliling.

"TENET CELAKA !"

Jadi aku lega, sebab bukan aku seorang.

Nantilah, broadband dicari.
Bukanlah. Sekarang.

Mar 18, 2010

Temubual ATH



Tak pernah2 aku nak susahkan diri untuk pergi interview orang bagai.
Tapi sem ni, aku enjoy menyusahkan diri.

Patutnya beliau menjadi penyair atau penyajak.
Macam A. Samad Said. (A.SS) Alah yang macam cosplay Prof. Dumbledore tu.
Mungkin bila rambut beliau dah putih, sedikit sebanyak akan jadi macam A.SS.

Antara karya beliau selain lukisan -


Ape2 pun, kerja ATH aku dah hantar. Dekan lah sem ni. Wah.

Epic Red Star: VY Canis Majoris

Aku tak pernah tau dan ambil tahu tentang bintang yang lebih besar dari Matahari.
Mungkin sebab masa sekolah dulu, cikgu ajar setakat Matahari je.
Mereka tak ajar apa yang tidak berkaitan dengan planet aku.
Kalau puak Majusi tahu yang Matahari ni cuma sekecil itu, mesti mereka berasa rendah diri dan emosi kerana menyembah sfera itu dahulu.



Jom lihat perbandingan.


Nak baca lagi, pergi sini sendiri.

Kelakar bila tengok saiz Matahari hanya sebesar tahi hidung jika dibandingkan.

Korang tau tak pasal benda sfera ni ? Aku tau dari 4chan.
Terima kasih 4chan.

Candy Land.

Hari itu Encik Bonek gembira sangat. Sebab beliau sampai ke Taman Gula-Gula.
Memang dari kecil, En. Bonek selalu berangan2 untuk ke sana.
Beliau ingin melihat rumah yang dibuat dari coklat.
Tiang rumah dibuat dari roti. Bingkai tingkap dari lolipop.
Beliau seakan berada di syurga ketika itu.

Tapi tiba2 En. Bonek terdengar suara memanggilnya.



"Woi Anep, bangun g klas woi dah kol 8 lebih ni"

Sambil beliau memandang Apis yang berkemeja dan berbau pekat deodorant baru disembur.

"Alaaaah potong stim la awok neh !" - Rungut Anep sambil menggosok2 kan mata dan merangkak ke bilik air dengan malasnya.



Seruan



Saya menyeru kepada pembuat kunci seantero dunia, pilihlah bahan yang berkualiti dalam perniagaan anda.
Janganlah hanya sehari guna, dah patah.

Untuk pengetahuan umum, saya amat berhati2 apabila menggunakan kunci yang kedua tersebut kerana pernah patah sebelum ini. Tengok2 patah jugak masa memulas lubang kunci.

Kepada pembuat kunci di Mega, aku sumpah kedai kau takkan maju untuk 7 keturunan.
Biar kau jual kat Mega sampai mati, tak akan maju sampai pasaran luar negara pun.

Painting lagi.

Oleh sebab CM ke-putus-an talian internet, maka kami yang selalunya tak rajin, telah berkobar2 melakukan painting berjemaah.
Sebenarnya permintaan kerja adalah sangat tidak munasabah, dan kami hanya buat apa yang termampu.
Alah, gimik je pakcik tu nak banyak2. Takde dalam silibus pun.



Kami bertungkus lumus sangat.

Kajian warna-warna dari alam lain.

Ini bukanlah lemang sepeti yang digembar gemburkan oleh pojie.

Aku dah hilang arah dah kerja apa yang wajib dihantar.
Final projek pun tak mula lagi. Cuti sem dah tak lama kan.

Mar 17, 2010

Dear pengunjung;

Internet di Casa Mahkota sekali lagi menggagalkan aktiviti kami.
Tapi jangan risau, semuanya telah kembali normal.

Kami sudah boleh melayari sankakucomplex dengan tenang sekarang.

Mar 14, 2010

Sabtu Ahad.

Saya tidak ada apa2 aktiviti pun setiap Sabtu Ahad.
Lebih2 lagi Sabtu Ahad yang ini. Bosan amat.

Hanya melayan mereka bermain Dirt 2, Bioshock 2, dan World Championship Congkak 2.

Come on Mara, 15 hari itu terlalu lama untuk aku tunggu !

Manusia.

Mereka sangat fragile. Senang pecah.
20 tahun hidup sebenarnya sudah sangat lama. 60 tahun lagi lama.
Kalau sempat sampai hari itu lah.

Kalau korang main game, hayat anda adalah sangat pendek.
Kalau main Hard Mode, sekali tembak saja anda dah bertemu tuhan.

Real life; takde susah sangat pon nak mati.
Walaupun manusia dijadikan sebagai salah satu makhluk yang paling liat nak mati, sakit sikit je bersepah ubat dicipta, hospital 18 tingkat di merata tempat, vital hormones oleh Ivan, etc.

Tapi kalau nak mati, sesaat je. Tengah semangat nak pegi kelas, tup2 dah bawah lori.
Ajal macam tu je.

Manusia dipesan untuk ingat hari mati masing2. Sebab tu kena beramal.
Tapi anda tak digalakkan paranoid sangat, nanti tak berani pulak nak bercita2 atau berimpian.

Semua orang ada impian. Paling tak pon, nak keluarga bahagia.
Anak 2 orang, sorang laki sorang perempuan.
Amboi indahnya.

Jalan yang paling selamat bagi aku - Ikut arah angin.
Hadapi apa yang di depan mata je. Yang akan datang, berserah.
Tapi perlu juga berimpian. Untuk esok.

Mar 13, 2010

Saya rasa nak tido 3 hari.

Dan bila saya bangun, saya nak tengok langit yang cerah dan burung berkicauan.


Boleh jugak ganti puasa sambil2 tu.


3 hari tak makan ape ? Tak mampu selama itu. Makin tulanglah aku.


Dengan ini saya isytiharkan Jumaat 12 hb Mac ialah hari merajuk daerah Kuantan.


Sekian.

Mar 11, 2010

Kami suka test ATH

Sebab Pn. Bayanti benarkan kami tiru.

Ayat2 beliau yang epic seperti "Saya nak keluar jap ni pegi makan" dan kadang2 beliau memberi jawapan sendiri adalah sangat dikagumi.


Taktik Cik Nabiha dalam percubaan beliau untuk sekali lagi mendapat dekan.

Kami berpura2 runsing dan berfikir.

Inilah lec kesayangan semua.

Kalau fail jugak, kami memang ternyata bengap.

One Piece 577.

I can't accept the fact that ugly bastard is the first person ever to acquire 2 devil fruit power.
Feeeh.

Alice Dalam Wonderland.



Payah sangat nak tunggu ada tiket bila filem hot macam ni baru keluar. Asyik nak sold out je.
Hari cuti memang mustahil so kitorang pegi bila habis kelas, hari bekerja.
Mujur ada tiket.

Tayangan dalam 3D, dan aku agak sakit hati mula2.
Bila ada aksi sikit, mula la tak nampak ape2.
Mase Alice jatuh dalam lubang, aku pun jatuh sekali.
Bukan sebab efek 3D yang mengagumkan, tapi efek gambar bergerak laju dan mata aku cuba menangkap apa yang terjadi sebenarnya ditambah efek spek.
Bila mereka hanya duduk statik dan bercakap, seronok la tengok.
Burung2 terbang, nampak hidup.

2 ekor terbang, hidup sangat,
10 ekor terbang, aku pening balik.


Grafik mantap habes la. Tim Burton kan. Sapa tak kenal.
Comel sangat bila katak 'tu' cuak bila Permaisuri Merah mengantoikan beliau.
Dan Permaisuri itu sendiri, sangat comel dengan kepala oversize tapi nampak normal itu.
Beluncas main shisha, cool habis.


Storyline, aku tak ingat kalau last2 memang Alice ada lawan dragon-like fiend.
Aku memang tak suka bila watak yang memang sifat lembut, tiba2 jadi pahlawan main pedang bagai dan magically jadi sangat hebat.


Pakcik Depp dengan watak gila beliau. Aku lebih suka beliau dalam POC.
Lagi gila pada pendapat aku.

Review mungkin tak berapa tepat atau menyimpang, sebab aku tak tengok sangat bila aku pening.
Dan tolak masa kami geli2 sekali oke. :D

Hanya nak menganjing anda yang beria2 nak tengok tapi tiket habis. Harhawhahar.

Paling tak puas hati, cerita ni sejam setengah je. Pendek ya amat.


Sekian.

Dekan datang oi !

Pagi tadi (1o Mac) semua pelajar AD dengan berat buntutnya telah disummon beramai2 untuk berhimpit2 dalam kelas R5 untuk meraikan kedatangan dekan dengan meriahnya.

Macam biasa, ceramah dan ceramah. Tapi tak bosan sebab sejam lebih je.
In fact seronok, sebab setiap ayat yang dituturkan di depan, kami bangkang di belakang.

Ada yang main mesej, main teet teet ibu jari, tak kurang juga yang tido dan bermain o2 jam.



Protagonis kelihatan bermain teet teet. Seperti yang disangka Adrus ialah pertahanan utuh dan pelbagai aktiviti boleh dilakukan di belakang beliau.


Kusyuk mengelamun .



Sempat gak ambik gamba kawen. Jangan marah :D

Sedikit isi yang aku dapat - Mulai sem depan iaitu intake Julai, kursus UiTM akan dipendekkan hanya 5 sem dan credit hour dimaksimumkan kepada 90.
So untung la budak2 sem 1 sem depan.


p/s: Tak teringat nak amek gambar masa aku bakar surat kompaun rambut panjang tuh. Haha.

Mar 10, 2010

Chat Roulette

http://chatroulette.com/

Random webcam chat dengan orang random.
Addictive. Dan kadang2 menyakitkan hati.

Tidak sesuai untuk yang lemah semangat dan mereka yang naif.

Selamat mencuba !

Dear Mak Beruang.

Saya sayang awak la.


Haha.

Mar 9, 2010

Painting yang Pening.


Arahan bergurau, maka work pon bergurau lah.
Sakit otak lah benda alah ini.

Mar 8, 2010

Happy Birthday Deady.

Ritual setiap tahun dengan meng-wish anda selamat hari jadi tetap diteruskan lagi tahun ini.

Panjang umur murah rezeki.

Aminnn.

: )

Mar 7, 2010

Saya suka bila YP dah masuk.

Sebab Incik Anep akan belanja saya piza :D



Dan dah lama tak tengok spet gelak dalam skala maksimum sampai berlari keluar kedai.
Akhir sekali masa sem 2 dahulu.

Terima kasih Incik Anep lagi sekali.
Sayang anda lebih la.

Akan ku tempuhi.



Situasi terjadi di selekoh hadapan Shahputra, lebih kurang 6 petang tadi.

Menurut BERNAMA, saksi menerangkan kereta tersebut cuba mengelak motor.
Seperti yang kita tahu, motor2 disitu sangat gemar mengikut wrong way sebagai jalan pintas ke bandar/ rhb.
Ditambah pula jalan disitu memang berpasir.

Akibat dari kejadian itu, Shahputra telah kehilangan tembok penghalang longkang mereka.
Ini telah menimbulkan kecuakan pakcik guard yang meluru keluar tidak lama kemudian.

Diharap kejadian ini akan menjadi iktibar buat semua pengguna selekoh merbahaya tersebut untuk berwaspada pada masa akan datang.

Sekian.

Tool-ipts


Tulips. Oh. Atau tool untuk Ipts. Mana yang sempat lah.

Kawan2, ingatkan aku untuk beli apron pink bunga2, oil color dan pensel warna.

Oh, dan ingatkan untuk hantar baju ke dobi sekali. Dan basuh motor.

Terima kasih.

Mar 6, 2010

One Piece Movie 10

Suturong Warudo !

Sesapa tau di mana ada jual figure character lain, bagitau saya ye.
Tak kisah la chibi atau tak .

Terima kasih.


Mar 4, 2010

Jerat Percintaan 2


Bile lagi woi. Haha.

Main tarik tali la korang. Kau atau aku.

Aku sokong dari belakang ye makcik.

: )



Assignment Parteh.


Kami bersuka ria dahulu menonton youtube, ms, fb, cod, coh, mcb, sebelum bersedih2 membuat work.

Kolaj aku dah siap. Horey.

Esok lusa buat task kedua lak. UnHorey.

Mar 2, 2010

Desktop.


Can't do much with this snail-fi connection.

Sudah sibuk.

Minggu ini penuh.
Penuh dengan tugasan.

Mereka sudah tidak ada masa untuk bersuka ria.
Padan muka mereka.

Tapi tidak dia.
Dia ada wawasan.
Walaupun kerja tak dibuat, dia tetap ada wawasan.

Dia nak jadi penyanyi rock.
Itu kata beliau.

And now random pic for the bandwidth.



Mar 1, 2010

29th February 2010.


Once again it's the leap year.
Date where your sins on this day would only be remembered once in 4 years.
And let's not forget to those who celebrating their birthday supposedly, today.

Happy Birthday to all.

You're doing them a great favor cutting the cake cost for another leap year : D