Showing posts with label event. Show all posts
Showing posts with label event. Show all posts

Jun 6, 2011

Hantaran lah.

9 hb, sepupu aku pulak nak kahwin. Mungkin trend sekarang, ramai budak muda yang gelabah nak kahwin awal. Baru lepas SPM, kesan terkejut dengan result pun belum habis lagi, dah terus naik pelamin.
Tapi biarlah, rezeki dan jodoh masing-masing.

Sebagai adik yang paling rapat dengan ibu pengantin, Macik Salmah lah yang sibukkan diri dok ambil hantaran yang ditempah longgokkan kat rumah. 1st time saya tak tau yang pengapit tak boleh kerja sebagai photographer pada masa yang sama. Alah kipas pengantin tu adat je kan, sendiri panas sendiri la kipas.

Macik Salmah pun dah berbunyi; "hantaran nanti buat sendiri lah ye, ambik AD kan, sculpture camni kacang je."
Boleh boleh, kalau nak tengok hantaran besi-besi buruk yang diwelding secara amatur dan bersepah, bila-bila pun takde hal.

 Ada beg tangan lah. Wah.

 Katil dari tuala.

 Basikal? wadepak
Beg lagi. Dari sejadah.

5k, 9 balas 11. Ok la tu.

P/s: Hantaran nanti semua nak buat bentuk beg. Bagi beg pun gubah jadi bentuk beg jugak. Suka sangat beg kan kan?

May 11, 2011

Sepanjang Dip Show 2011.

Event selama 3 hari yang betul-betul sangat-sangat memenatkan. Event ini juga yang membuat folder gambar sem 6 saya mencecah 10gb. :)

Terjah jom!

 Suasana di dalam dewan semasa assessment.

 Dengan painting saya.

 Kelihatan Kucai sedang menggeletek arca ini agar ia terasa geli dan hidup.

Adik ni menari paling syok lah.
Dinner. Scarface pun scarface lah janji kenyang.

Sibuk pun gambar bersama keluarga mesti ada :)

Terima kasih kepada yang sudi datang (agak ramai sebenarnya).
All the best untuk adik-adik sekolah yang dipaksa datang memeriahkan event ini.

Secara unofficial aku dah grad lah :) Tapi atas kebodohan teknikal, masih ada lagi setahun. ceh.

Apr 30, 2011

Diploma Show la weh :D

Kami menjemput anda untuk sama-sama memeriahkan
diploma show: PlusMinus Exhibition

yang akan diadakan di
Dewan Seri Sanggang,
Hotel Seri Malaysia, Pahang 

Pada
3,4 dan 5 Mei 2011

Berikut merupakan peta Hotel Seri Malaysia, tempat dimana PlusMinus Exhibition akan berlangsung. Click Image untuk lebih jelas..
ni pula adalah sedikit montage yang dah siap:


 Pelajar Seni Halus:

1.NURUL ALIA BINTI KHAIRANUAR
2.MOHAMAD HANIF HAFIZ BIN MD.SHAMLAN
3.HAFIZ BIN ZAMRI@NAIMAN
4.SITI NABIHAH BINTI MD.AZMI
5.MOHD FAHMI RAHIZAD BIN MOHD RAHIM
6.MUHAMMAD FAHMI BIN MISLAN
7.FARA NADIA BT MOHAMAD
8.AHMAD ALSAGAF BIN AHMAD JAFAR
9.NOR’AMIRAH BINTI AZMI
10.HANIS NADIAH BINTI ADNAN
11.MUHAMMAD LUQMAN BIN IBRAHIM
12.AHMAD FAUZI BIN AHMAD AZMI
13.WAN NUR MAISARAH BINTI WAN ZULKIFLI
14.ZHARIF HAZWAN BIN BADRUDDIN
15.SAFWAN MUBARAK BIN CHE AMAT


Pelajar Seni Reka Grafik&Media Digital:

1.SH. RABIATUL ADAWIYAH SY.ZAINALABIDIN
2.MUHAMMAD SYAHMI BIN JAMALUDDIN
3.AHMAD SYAFIQ BIN MOHMAD
4.MOHD FAUZAN BIN SARIF
5.NUR AMBIKA BINTI MOHD NOOR
6.AMIR MUSTAQIM BIN JUHARI
7.MUHAMMAD MUHAIMIN BIN ILIAS
8.NURUL NAZHIFATUL WAHIDA BINTI SHAARI
9.MUHAMMAD FEETRI BIN NORDIN
10.MUHAMMAD RASYDAN BIN ABDUL HADI
11.MUHD FAEHRULLAH BIN ABDUL LATIF
12.SITI ZURAIDAH BINTI AB MANAB
13.DINA IRNASARI BINTI ROHAIZAD
14.MOHD KHALIQ BIN BUANG
15.MUHAMMAD QUSYAIRI BIN MAT RASID
16.MEERNA FATEN BINTI MAT ARUB
17.NIK NOR HAMIZAH BINTI NIK AHMED SHUKRI
18.MOHAMAD FARID BIN PANDI
19.NAJWA BINTI NOOR AZMI
20.NURUL AIDA BINTI TAJUDIN
21.NOR ATIKAH BINTI AMRAN
22.ASMA AQILAH BINTI TAJUDIN
23.SAYED MUZAMMIL BIN SAYED MOHAMAD
24.SYAFIQ HAZIQ  BIN SAHARIL
25.NUR SYUHADA BINTI ABD GHANI
26.UBAIDILLAH BIN ISMAIL
27.WAN MOHAMMAD KHAIRIE  BIN WAN ISMAIL
28.NUR ALIAA BINTI SARDON
29.AHMAD IZZAT EMIR BIN AHMAD SHAFAWI
30.NORAZMEERAH BT ROHAIZAT
31.RAJA HAZIQ FIKRI BIN RAJA TAHRIN

Untuk melihat seberapa banyak work video yang telah pelajar grafik hasilkan, sila ke link berikut
http://www.youtube.com/user/yaeexhibition#p/u
http://www.youtube.com/user/Mercuryinkstudio#p/u

Kehadiran anda sangat dialu-alukan...Terima kasih kerana memberi sokongang kepada kami.
Bring Art Forward!!

------

Gile panjanglah html sampai laptop hang 2 kali. Syabas diucapkan
Datangla kalau berani !

Sep 9, 2010

Otokospirit : Raya

Sudah hampir 2 bulan saya tak update. Dah rasa kehidupan blog bukan lagi untuk saya.
Dah bukan selalu klik 'New Post' sekarang. Dah rasa janggal.
Oleh itu, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya.
Ucapan yang mungkin dah 150 juta kali didengar sepanjang bulan Ramadhan ini.

Tahun ini, sekali lagi pada malam raya saya bertolak balik. Destinasi, Pulau Pinang.
Tak lah berapa jauh, sekitar 8-9 jam. Tak sejauh New York atau Texas.

Sudah 5 tahun saya rasa tak seronok beraya. Entah siapa yang boleh buat saya seyum dan gelak-gelak pada raya akan datang. Mungkin anak-anak saya. Yang merengek-rengek mahu itu ini waktu raya menjelang.

Oh yayang, saya tak sedih, tapi juga tak seronok. Tengah-tengah gitu.
Kirim salam kat family semua. :)

May 29, 2010

Jom Felda ~

Event yang diadakan berdekatan rumah saya. Ala2 macam Jom heboh, banyak booth dibuka tapi bukan sesi beramas mesra dengan artis, lebih kepada pemasaran produk2 orang Felda seperti benih sawit (haha) kerepek pisang orang kampung, MLM kedai kopi dan sebagainya.

Malam ini juga ada perlawanan tomoi di padang bola sepak Bandar Jengka. Saya tak ikut sebab tak mampu. Duit dah licin. Saya juga tidak suka konsep perlu membayar untuk tengok orang bergaduh. Macam betting pulak. Padahal duit tiket. Setakat nak tengok orang gaduh, baik saya lepak tepi benteng depan teruntum je.

Hiburan sekarang, orang bersepak terajang sesama sendiri pun boleh buat duit kan.

Baik saya duduk di rumah saja, online sambil dengar bunyi hujan menjentik tingkap lagi syok. Itupun kalau internet ada coverage lah.

May 28, 2010

H.W.D.

Happy Wesak Day.
Untuk anda2, jangan lupa bangun pagi-pagi dan pusing rumah jiran2 untuk mintak duit raya.

Raya setahun sekali je. :)

- Dan sebab cuti, rosak program aku untuk melunaskan tuntutan kerajaan. Ceh.

May 9, 2010

H.M.Day.


Sempena Hari Ibu ini, mekera telah membuat kejutan belanja saya makan sedap2 (?) sebab rumah kami tiada dapur lagi. Biasalah, orang susah. Dapur pun takde. Jadi untuk mengelakkan saya mati kebuluran di rumah, mereka telah membuat keputusan untuk makan di luar untuk hari ini.

Jadi saya buat macam saya yang belanja dan mengucapkan Selamat Hari Ibu untuk mak. Saya rasa hebat malam tadi. :)

Oh, mereka pick up saya depan taman masa saya tengah berjudi pukul 1 pagi semalam.
Memang sporting habis lah!

Apr 29, 2010

Diploma Show 2010 : En Masse


27 & 28 April 2010, Megamall Kuantan.

Penat, tapi seronok. Penatnya macam korang balik kerja dari pasar borong pukul 9. Macam kerja pasaraya angkat berkaton2 tin susu. Macam baru balik cop sawit. Tapi takpe, overall enjoy. :)

Oh, gambar dari kamera saya yang 20 MP itu sahaja. Gambar lain, saya belum curi lagi.
Gambar orang lain ambil, saya tak letak cop nama saya ye.

Saya datang agak tengah hari, sebab pagi itu hujan. Moto saya belum pasang bumbung lagi. Kepada Cik Ujang, saya dah bangun dah pagi tu. Dan saya bertafakur sampai hujan berhenti, tak tido balik pun. Sikit pun tidak.


Hari itu saya rasa Megamall macam rumah saya.
Berlari sana sini berkaki ayam, memang seronok.



Masa saya sampai, saya lihat mereka sedang memadu kasih.
Biarlah, bagi can. Asyik2 saya je, muntah jugak diorang tengok.



Berjakun-jakun dahulu, berpeluh-peluh kemudian.


Saya bangga kerana dapat berhenshin bersama artis pujaan.
NOTE : Aku tak record pojie nyanyi, phone takde bateri. :)


Haaa ni bukti kami menolong. GIGA DRILL BREAKAAA.


Penat kerja, makan time. Penghargaan kepada Cik Ujang kerana terbelanja kami makan sampai ke malam. Hilang penat sekejap dapat mencanai free.

Gambar lain, stok fesbuk kot.

Ouhh takkan adanya ayat-ayat gedik dari saya macam "Kami dapat pengalaman dari semua ni, nervous lah bila tunggu turn kami pulak !"

Sebab. Nak taknak memang akan jadi jugak. Jadi tunjukkan attitude 'Been there done that' agar tidak terlalu kelihatan ulu sangat.

Dan sebab. Saya tidak terlalu devote terhadap pelajaran.

Apr 17, 2010

Huh, dasar artis !


Petang tadi. Ada function dekat Shell.
Petang esok. Ada pertandingan. Jemput la datang ke Shell.
Alah, dekat2 kedai nasi kukus tu.

Trailer.

Apr 4, 2010

JB trip. Bukan Jail Bait kthx.

Dengan lambakan gambar 'ke johor la kite weh' di facebook, pastinya anda telah tahu.
Dan telah jemu. Tapi sebenarnya itu semua benar.
Iya, memang kami ke johor.

Sahaja aku biarkan mereka upload dulu puas2.
Hanya aku tengokkan dari balik dell inspiron GeForce 9300M ini.
Sebab kalau aku turut serta, pasti banyak terupload gambar yang sama.

Kesimpulan cerita di atas, pengembaraan kami ke sana memang seronok.
Sebab kami banyak stok gambar baru untuk dipamer di laman sosial masing2.
Sambil membangga diri. Kami suka. Siapa yang tak suka, dia tipu.

Aku tambah seronok sebab, bas yang ditunggang aku itu melalui sekolah lama aku.
SK Ulu Tiram. Enam tahun aku di situ, dan telah hampir 10 tahun aku tak kembali ke sana.
Bandar tempat aku ponteng sekolah masa kecil2 dulu, dah jadi metropolitan versi sempit dan sesak.
Sebab aku tahu bandar itu kecil.
Ditengokkan dari jauh, macam dah tiada tempat untuk berjalan.
Semua terpaksa merangkak.
Eh, seronok jugak. Kalau aku jadi menteri nanti, aku nak bukak satu bandar.
Syarat bandar itu; semua orang kena merangkak.
Siapa bangun, hukuman pancung.

Taman Desa Cemerlang, Johor Jaya, Ulu Tebrau.
Peh, semua nostalgic beb. Memang tersentuh gile lah hari tu.


JB banyak sawit.



Tapi ni lagi banyak. Setiap 1km ade.

Saya bangga kerana dapat bergambar dengan artis.


Semua gambar perjalanan kan?
Sebab gambar genre lain, dah ramai upload.
Jadi aku rasa aku tidak istimewa lagi kalau sama.
Mungkin aku sambung di part 2 nanti, kalau rajin.


Yayang ngelat sebab tak letak gamba tido sendiri~ Mwahaha.
Jangan marah ;D

Mar 11, 2010

Dekan datang oi !

Pagi tadi (1o Mac) semua pelajar AD dengan berat buntutnya telah disummon beramai2 untuk berhimpit2 dalam kelas R5 untuk meraikan kedatangan dekan dengan meriahnya.

Macam biasa, ceramah dan ceramah. Tapi tak bosan sebab sejam lebih je.
In fact seronok, sebab setiap ayat yang dituturkan di depan, kami bangkang di belakang.

Ada yang main mesej, main teet teet ibu jari, tak kurang juga yang tido dan bermain o2 jam.



Protagonis kelihatan bermain teet teet. Seperti yang disangka Adrus ialah pertahanan utuh dan pelbagai aktiviti boleh dilakukan di belakang beliau.


Kusyuk mengelamun .



Sempat gak ambik gamba kawen. Jangan marah :D

Sedikit isi yang aku dapat - Mulai sem depan iaitu intake Julai, kursus UiTM akan dipendekkan hanya 5 sem dan credit hour dimaksimumkan kepada 90.
So untung la budak2 sem 1 sem depan.


p/s: Tak teringat nak amek gambar masa aku bakar surat kompaun rambut panjang tuh. Haha.

Mar 1, 2010

29th February 2010.


Once again it's the leap year.
Date where your sins on this day would only be remembered once in 4 years.
And let's not forget to those who celebrating their birthday supposedly, today.

Happy Birthday to all.

You're doing them a great favor cutting the cake cost for another leap year : D

Feb 15, 2010

V for Valentine.


Never forget my fellow readers, 14 Feb every year. They never did. And they never forgive.

Aku dah mula benci hari itu.
Sesak sangat. Manusia bertindih2 di serata tempat. Ramai sangat.
Wayang, kbox, malahan snooker pun sama.
Macam hari lain takleh nak buat maksiat je.
Padahal hari tu lagi la banyak rush terjadi.

Ohhhh, tiap hari sayang so takyah sambut ye?
Kalau tiap2 hari bole mintak maaf, takyah sambut raya puasa la kan.
Nanti gado2 payah nak baik. Yela, bole mintak maaf setahun sekali je.
Puasa pun hari2 jugak. Berlapar sebab takde duit. Puasa gak tu.

Jangan marah ye, usik sket2 je. Cuit2 nakal. : D


Feb 12, 2010

Cuti Raya.


Cuti Raya Cina dari 13 - 21 Feb, dan macam sem lepas, cuti tersebut disambung dengan cuti pertengahan sem.
Bosan lah cuti lama-lama.
Ada warga CM tak balik. Bukan nak cakap awal2, kalau tak kan dah bole stay sama2.
Kita sembahyang raya kat Kuantan. Pastu gi tengok wayang.
Pi beraya rumah Abg Man mintak ang pow banyak2. Duit tu kita buat gi karaoke.

Tahun ni tahun harimau. Tiger beer ada buat promosi. Aku peduli ape kan.
Bila lah nak tahun singa lak. Aku suka singa. Singa je tak suka aku.

Ahhh.


Selamat Berhari Raya, maaf zahir batin.
Bawak balik keputat banyak2 kita kenduri kat CM ye kawan2.

Seminggu tak update blog la nampaknya.

Jan 1, 2010

Kem; gambar-gambar.







Gambar telah seikhlas hati dicuri dari En. Lensfreak.
Terima kasih kerana banyak mengambil gambar group kami.
kami tahu group kami ramai yang fotogenik serta penuh semangat kerjasama.
Syabas diucapkan.


Kembali ke Landasan - Mukadimah

30-31 Disember. Hari2 terakhir 2009. Kenangan yang tercipta merangkap penutupan tirai tahun ini. Tahun baru disambut dengan calar di tangan, bekas pacat satu badan, lenguh sendi senda, mata lebam dan tidak lupa juga, perut kebulur yang dipenuhi nasi mentah dan beras semata.

Ape yang korang dapat? Ape yang aku dapat? Ape yang ikip dapat?
Improve pointer? Aku tak nampak ape2 yang dapat menyumbang ke arah itu.
Mungkin aku yang pesimistik terhadap semua program sebegini, siapa peduli.

Yang aku dapat; letih. Tak lebih.
Pengalaman? Aku dah banyak lalui benda sebegini. Sama je.
Aku juga dapat tahu hampir semua fasi kami, atau mentor, gatal belaka.
Pakcik di ambang 40-an mintak no telefon pompuan dan ajak diorang kuar karaoke?
Lupus respek aku yang 0.1 % kat korang. Contoh yang tak baik kalau nak kami berubah tinggalkan semua hidup sosial kami. Biar aku pulak buat kem kat korang nak ?

Tapi - aku suka mentor kumpulan aku. Beliau tak banyak cakap. hanya cakap bila perlu. Dan apa yang beliau cakap, semua ada maksud. Masa sesi luahan masalah dan kenangan silam malam tu, aku nak je luahkan semua kalau hanya 1 by 1 dengan dia. Tapi kalau dah buat bulatan dan semua boleh dengar, sory la. Boleh kena buang aku dari kolej. Ha-ha.

Sesi terakhir bermain lumpur. Hilang kasut, bergelumang dengan ular, apa yang best?
Konon ada sesi menangis sebab insaf bila ucapan diiringi lagu di tengah2 lumpur.
Otak aku cuma fikir mengantuk dan semua ayat yang dia cakap, semua tak kena kat batang hidung aku. Nak sedih apa. Kaki aku sakit, penuh lumpur dalam kasut serta hidupan lain yang aku tak tahu berapa spesis ada dalam tu.
Aku nampak kawan-kawan aku menangis. Syabas sebab menangis. Aku pun nak menangis, tapi tak sedih. Mungkin aku tak insaf? Tapi takde benda utk aku insaf.

Ah pendek cerita, aku tak kisah pasal makan, lumpur, penat itu semua.
Aku kisah bila fasi bajet bagus dan keje nak tumbuk orang je.
Aku kisah bila fasi kuat menggatal dan sembang hal lucah bila diorang kutuk hidup sosial kami.

Aku nak anjurkan kem Kembali ke Cermin untuk korang, semua berguling atas cermin.
Mesti best.

Apr 29, 2009

Dip Art Show - Bahagian 2

Jom sambung.



Ada taklimat kot masa ini.
















Dan pada malam itu kami berkunjung ke TC bersama beberapa senior.
Tak rancang pun nak keluar bersama sebenarnya.

Hal selanjutnya yang terjadi tak perlulah diceritakan. : D
Jumpa lagi di lain hari. Esok ada paper. 1st paper sempena final.

Selamat menjawab untuk anda semua. Salam

UNTUK MAKLUMAT LANJUT MENGENAI EVENT INI,
sila masuk link dibawah.

http://singletkoyak.blogspot.com/