Oct 23, 2010

October !

Kerja punya kerja, sibuk tak sibuk, kesana sini rupanya dah bulan 10. 10 haribulan 10.
Bulan lepas satu post. Nak tunjuk kononnya busy tersangat. Paling busy lah.
Melukis, melekat besi, menjalan-jalan. Menmacam lagi.

Minggu neraka dah habis - minggu assessment berakhir semalam. Dan telah diduga hari ini akan tumbuhnya post-post baru dari segenap blog dan bercerita. Tentang kerja. Tentang 'cinta' pun ada. Wah.

16hb lepas birthday saya. Hari yang paling jarang disambut sebenarnya. Tapi tahun ni agak lain lah.
Bahaya nak dicerita kemana saya hari itu. Akan timbulnya kontroversi kiranya dihebah.
Tapi mungkin saya boleh berkongsi sekeping gambar untuk difikiri-



Saya agak rajin melawat blog rakan, jika mereka ada post baru. Bila keluar notification, saya akan klik.
Juga bergantung kepada tajuk entry. Disebabkan ada entry dari rakan yang sudah lama menyepi, saya pon ada rasa untuk kembali ke sini. Mungkin cuti sem, saya akan lebih aktif dari yang biasa.

Hei. Dah kekok lah nak menaip. Selalu tekan ASDW je sekarang ni. Kadang-kadang keypad 1,2 dan 3 untuk menukar weapon. Tak lebih. Apa salahnya menghabiskan detik berhibur selepas dihentam dengan kerja yang menggunung setingginya, kan?

Kerja dah siap, satu paper final untuk dijawab.
Selamat datang sem 6 ! Mari menangis untuk diploma show nanti.