Feb 17, 2009

Keindahan pantai.. Zaizaizaizai

Minggu kelas dah bermula. Namun masih ada kesempatan bagi kami untuk sekali lagi bertandang tanpa dijemput ke tc..
Tujuannya bukanlah untuk melepak2, tapi hanya untuk menghabiskan sisa-sisa malam dengan aktiviti kosong dan tidak berfaedah.. hmm actually bergantung.

Nawaitu aku murni - untuk menikmati keindahan alam yg diciptakan oleh yang Esa; lantas diterapi unsur kesyukuran dan kebesaran.. Eheem.

Ketibaan kami sekali lagi tak dirancang. Jom tc nak? Jooom.
Haha sekali lagi situasi tiba2 tapi telah diduga terjadi. Layankan aje kan.

Malam tu macam biasa, macam malam2 overnight yg lain.
Sembang2 malam, dalam kelambu, kita-kita je. Sembang situ abes situ.
Hehe takleh bagitau. Padan muka korang.

--- Dipendekkan cite, pagi tu sedang aku diserang kebosanan, tanpa disedari tangan mencapai handset yang sedang nazak; beliau berkeadaan tanpa cas dalam situasi yg memilukan..
lantas ku sentap beberapa bibit gambar pemandangan di kala dini hari..
Yang obviously, gambarnya agak pecah wlaupun berkeadaan night mode.
Biasa la, kamera 20 MP. Power nya terlalu kuat untuk sekelumit situasi kaku terabadi dalam gambar, jikalau hendak dibandingkan dengan seluas alam ciptaannya yang penuh unsur2 pergerakan..

Berbunga sangat la pulak. Dibawah tertubiknya gambar untuk tatapan dan panduan korang..















Ini lak untuk tatapan dari yang pakar, kekakuan yg photoghenic;





Merujuk kepada foto di atas, ternyata hotel tersebut diberi nama Hyatt.
Gah berdiri menunggu pelancong2 melepaskan lelah selepas penat berjalan, sambil mengajak umat kita menambah dosa..

Sebagai rujukan :

Hyatt Regency Kuantan Resort
Telok Chempedak, 25050 Kuantan,
Pahang, Malaysia
Tel: +60 (9) 518 1234 Fax: +60 (9) 567 7577
Email:
kuantan.regency@hyatt.com

Atau klik -


http://kuantan.regency.hyatt.com/hyatt/hotels/index.jsp

Feb 16, 2009

Santapan retina.

Peh tajuk takleh blah kn.. Ahh tibai je.

Sambungan kepada post lepas..Kalau belum bace, gi bace dulu..huhu

Pagi tu kitorang mandi pantai. Wooot. Pergh.
Walaupun kami dah boleh dikategorikan penetap di tc, tapi hakikatnya masing2 dah bertahun tak mandi air masin trsebut..setakat basuh2 kaki ade la.

Pagi tu sume dah nekad. Berbekalkan boxer yang kami warisi, kami TERJAH !!




Bersama Shah, teman ikip 3. Gambar dikala subuh

Harap maklum, gambar SEMASA mandi tidak dapat dipaparkan sebab..

sume tengah mandi, sape yang amik gambar, ye tak?



Bersama Hatta. Arwah baik orangnye..

Muka keletihan. Tapi masih maintain bergambar. Gempak ah.

Masing2 dah sakit dada dan pedih mata.
Takpe la, sekali skala merasa.

Dalam perjalanan balik, aku dicuit oleh satu permandangan indah..
Lalu tanpa berpikir panjang, aku ingin mengabadikan situasi tersebut dengan slr 2 megapixel dalam kantung seluarku..





Kemahalan gmbr ni sebenarnya kalau anda berada di DALAM nye..
ditambah dengan udara yg nyaman dan kicauan burung.. Subhanallah.

Wish you were here. =b

Bebatang tenaga dah abes. Mood pun sudeh ilang.
Ciow !

Feb 15, 2009

Malam Keramaian?

Malam minggu. Sekali lagi kami berangkut ke tc. Biasa la budak2 AD, perlu banyak keluar dari kelompok tekanan untuk mencari ilham, menambah sumber idea dan menambah stok dosa yg dah berbakul2 sedia ada.

9pm - Aku gerak ke bandar. Jumpe setan2 ikip 3 baru lepas karok. Jom tc? Joooom. Kami pun cargas bergerak menuju ke destinasi kemaksiatan itu --

Situasi : Sesak dan sendat, lebih ramai dari biasa.

Kes : Valentine.


Dalam pukul 11 kot, kelihatan beberapa ketul kapel2 sudah mula menunjukkan taring. Pada pendapat aku malam tu la paling tak berlaku maksiat kot, sebab kiri kanan depan belakang tak sampai 3 langkah dah ade pengunjung lain. Nak melekat pun jadi segan. Biasa la, malam Valentine. Sesak seakan malam kenduri arwah di kampung sebelah.

Sedang asyik melepak, kami dikejutkan oleh segerombolan mamat berkopiah dan minah bertudung bawah paras lutut seakan-akan JAIP sedang mencari duit kopi, mundar mandir mncari sasaran untuk disekolahkan. Cuak jugak seorang teman (John - bukan nama sbenar) apabila dikepung oleh kira2 8 orang makhluk.

Beliau kemudian di sound, tapi dengan segala kudrat cuba menepis tohmahan tersebut dengan poin2 yg sedikit bernas;

"Pejadahnye berkhalwat lak?Kitorang bukan dok dalam gelap, bawah tiang lampu niii.
Nak cakap berduaan pun tak, toleh kiri ade org, toleh kanan pun ade.."

Namun kepala otak beliau tetap x dapat menandingi 8 kepala otak tersebut..lalu beliau gugur di medan perang.

Apabila ditanya dari mana datangnye mereka, lantas dijawab

"Dari UIA"


Haish.. bukannya nak mengeluh atau nak mencaci, tapi dengan budak UIA lah hamba pekena dam kat bawah pokok suatu ketika dulu..
Sedikit nasihat; Sebelum korang rush tc, rush dulu pelosok kolej korang sendiri ye.
Tutup pekung sendiri sebelum try nak bukak pekung orang lain.

Niat dah betul, tapi cara dan timing yg agak salah.
Konon nak bendung sambutan Valentine di kalangan muslim kan.
Malam lain lagi teruk kadar kemaksiatannye. Yang beromen tepi pantai pun ade, bukan setakat pgg2 tgn, untuk stok geli2 je. Dah bertindih da pun. Biasa la, sejuk dan sunyi. Hahaha.

Agak rugi rasanya tak sempat nak merakamkan adegan tersebut. Pasti geli hati tatkala dikaji di lain hari..
Jiwa memberontak, rebellious. Biasa la, remaja.
Sedangkan cakap mak bapak korang pun tak ikut, inikan pulak cakap orang.

Lu pikir la sendiri ye geng.

Yang kecil tak semestinya anak dan yang besar tak semestinya obesiti.. ulps.

Nanti aku upload sket gmbar2 yg sempat disnap.

Feedback untuk entry lepas :

Abaikan dan lupakan. :)

Feb 14, 2009

Taek Care Mai Comraed.

Kalau ditakdirkan Tuhan, maka Isnin ni salah sorang rakan AD kita akan berhijrah ke Lim Kok Wing. Beliau dapat bersama kita untuk masa 7 bulan. Sama2 mengharungi caci maki lecturer, gigitan nyamuk, serangan munyit, sma2 menyapu pasir di bontot tatkala bermalam di TC, sama2 menghabiskan suare di KBOX, dan macam2 lagi aktiviti yang tak perlu dinyatakan kat sini..

Bagi mereka yg tak tau, atau saje malas nak ambik tau, kite tgk la same2 kalau beliau ade lagi Isnin ni atau tak. Kalau dah takde, korang tau la sape yg aku maksudkan. Kalau die ade lagi, anggap la post ni tak wujud.

Kepada yg empunya badan kalau die bace blog ni :

AKU TAK BAGI KO PERGI.
Kat sini pun ko malas nak buat keje, apatah lagi kat sane yg byk saingannye.
Tambah lak aktiviti sosial kat sane yg akan lagi sekat mase ko nk siapkan work.
Ko jenis fun. Suka enjoy2. Ketawa nombor satu. Bile kawan ajak kuar, ko follow walaupun kerja bertimbun.

itu la alasan yg dpt aku pikir untuk beta bapak ko. Dan untuk beta ko skali.

Tapi klau ko blah gak, ape nak buat kan.

Kalau ade sumur di ladang, bole kitorang tumpang mandi..

Take care. Adios