Apr 25, 2009

Bodoh ni.

"Mamak, roti kosong ngan kuah kari ye. Ah, nak susu pekat sekali."

"Siyaaap!" - Mamak itu menjerit yakin.

Sejurus kemudian.



Mamak genius tu boleh pulak campur benda alah tu. Maka menu kuah kari susu pun tercipta.



Skala 1:1, untuk situasi lebih jelas. Kami memandang ramuan bodoh itu dengan rasa jijik.

Nasib baik susu, kalau mintak gula? Melantak kari gula la jawabnya. Takpun tonyoh atas dahi mamak berkenaan. Patut la kedai tak ramai orang. Ceh.

Apr 22, 2009

Luangkan masa, bersama merasa.

Baru-baru ni banyak function yang timbul.
Fantastic Art Show untuk gerombolan pelajar sem 2 mempamerkan work Drawing masing-masing yang telah molek di frame untuk dihayati. Tidak kurang juga ada diantara mereka digembirakan dengan pembelian work tersebut. Ada yang belanja aku KFC. Ada belanja karaoke. Terima kasih, aku akan ingat itu semua. :)



Selang beberapa malam, ada pula pertunjukan GASP serta beberapa persatuan penggiat seni yang lain. Ada sedikit pameran, sedikit makan-makan, tapi kebanyakannya ialah sesi bersembang sesama kami. Tidak mengapa, kami tetap enjoy hasil kerja lec kami. Selamat maju jaya kepada anda semua.



Gambar tempat kejadian? Semuanya untuk koleksi peribadi dan tak sesuai untuk dikomersilkan.
Aku takde SLR. Dan malas nak copy dari orang. Nak curi dari blog mereka pun terasa berat.

Jadi apa yang dapat korang lakukan, silalah bayangkan sendiri situasi pada malam itu. Anda kan pandai berimaginasi. Peringkat tertinggi. Tahap dewa.

Last Final.

Projek terakhir yang aku sempat buat dikala sibuk berDoTA, subjek kegemaran semua - SHA.
Walaupun aku sendiri tak berpuas hati terhadap outcome-nya, tapi hanya itulah kerja yang aku pernah frame. Wah, si pemalas sanggup gi bandar nak frame work. Patut dikagumi, eh?



Permulaan. Semangat di saat 2 minit pertama



WIP - lukisan berdasarkan skrin laptop yang bersilau milau



Dari sisi atas. Finished work tak teringat nak ambik. Dan tak ingin.


Apr 12, 2009

Sayang you can high.



Telan sampai lebam. Kepada tokan2 semalaysia, anda patut berasa malu jika terkantoi dengan sumber kurang dari 1kg.

Lain kali bawak banyak2 sikit. Baru la dapat tali.

Kepada anasir-anasir yang mendakwa ganja membantu kekreatifan seni, itu bidaah.
Ia buat anda nampak kerusi berjalan. Meja berlari. Nak start lukis, pena terasa berterbangan.
Siap ke kerja? Kualiti ntah kemana, kuantiti lagi lah.

Ya betul, tema hari ini ialah dadah.
Sejahat-jahat aku, takde la sampai berstatus penagih.

Jadi kepada rerakan semua, berenti je la. Buat habis duit. Serius.

Apr 3, 2009

Malas.

Setelah kugubah cerita si Sudin dan binatang yang aku pun sebenarnya kurang mengerti pokok pangkal susunannya, marilah kita kembali ke jalan yang lebih sesuai dengan peredaran masa. Hidup dah moden. Literasi makin pupus. Tak perlu menjadi hero bahasa di kalangan perosak. Bukan dipuji malah dijeling. Jelingan bertitis sinis.

Tema hari ini - MALAS.

Jadual seharian hanya ada game. Game dan game. Internet nombor dua. Nombor satu ialah sambungan LAN yang kemas. Tiada lag diharapkan.

Kegilaan semasa ialah dota. Berjuang bersama rakan di bawah teratak asrama kami yang mejanya penuh contengan. Penuh titisan poster color. Coretan oil pastel. Lukisan marker kekal. Tidak kurang tumpahan pelaka dan imation. Selerak. Macam loji. Tapi kami suka. Ianya rumah kami.

Seraya itu segala curahan untuk suapan blog terpaksa ditunda. Sampai satu masa yang sesuai, sampai ada idea yang dirasakan memang perlu untuk disaji. Sampai kapan itulah, kami akan mengdotakan diri.

Dan tanpa dapat disangkal lagi, semangat yang dulunya seperti mampu menyiapkan 30 lukisan dalam satu malam, telah berdevolusi hingga tak mampu lagi memegang batang pena. Yang ada hanya genggaman tetikus, kemas di bawah tapak tangan masing-masing.

Hahihuhu. Pfft.