Feb 25, 2009

Bebatang Musibah Penggerak Insani


Ada yang bilang rentak ayat blog ni dah tak menyengat, dah tawar tak seperti awal2 dulu.

Sekatan idea ditambah dengan kurangnya sumber dan medium, susah la nak buat asrama macam rumah sendiri.
Tambahan pulak kat tepi dah beratur menunggu giliran laptop, sekaligus menerhadkan curahan taipan ke kotak putih kosong ini..


Tapi takpe, tolak itu ketepi jauh-jauh. Ayat aku, suke hati aku laa.
Nak baca, sila. Taknak, sudah. Pi la sambung layan redtube korang tuu.

Hari ini mari kita jenguk satu topik yang tipikal, tapi tetap hangat dan segar dihujah turun temurun. Tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan - masih berkontroversi hingga ke detik ini.
Ramuannya cukup ringkas, dipek secara besar-besaran dan mudah didapati dimana saja.

Tersurat di beberapa fatwa mengesahkan ianya haram dan sememangnya diakui berisiko jika diambil, tapi adat la fitrah manusia.
Yang bahaya, yang risiko, yang salah dan yang tak elok itulah menjadi carian semua.
Hidup penuh keskemaan- Isskhh. Tak cool la. Tak gempak. Berbagai usaha dilakukan untuk dipandang tinggi oleh sekeliling. Tak kurang juga yang hanya ingin memenuhi kehendak sendiri, tanpa ada agenda tersirat.


Apa yang dari tadi aku bebel ni? Masih tak dapat menangkap? Hmmm.

Cuba bayangkan satu silinder kertas istimewa, membaluti gumpalan daun bernikotina dan bergabus di hujung -- praktikal dikepit di celah jari dan mudah dibakar.


Rokok - bebatang tenaga, bebatang kanser, lolipop berasap dan berbagai lagi istilah diberikan untuk beliau, sekaligus menjulang popularitinya sebagai pembunuh terunggul di dunia.

Dipetik dari pendapat seorang rakan - peratus untuk mendapat kanser dari rokok sama dengan peratus wanita normal mendapat kanser payudara. Cuma bezanya - risiko yang datang sendiri dan risiko yang dicari. Konsekuens tetap sama.
Kenapa manusia merokok? Tahukah anda - nikotin didalam rokok meransang testosteron anda untuk lebih ligat, lantas membendung tragedi mengantuk berlaku?
Dan tahukah anda, ada wanita yang meningkat nafsunya hanya dari menghidu lekatan bau rokok di badan lelaki? Dan tahukah anda, rokok ialah salah satu pengikat silaturrahim antara manusia, dan penjana hubungan baru dikalangan perokok?

Contohnya;

"Bang, pinjam lighter jap..
...Time kaseh. Abg dok mne?
...Oooo saye slalu gi situ. Kenal Paklong tempe tak??
Bapak sedara saye tu. Kabel kemas woo.
Tempat kat sini saye pegang..kalau de ape2 hal, contact je sye.."

Berlakunya satu sesi perkenalan yang berkesudahan baik. Ada nasib die offer lak rokok sebatang. Hehesss.
Rokok dah mahal beb. Langkah kerajaan ntuk membendung perokok atau nak kaut untung cukai berbilion? Siapa tahu. Rakyat bukan bengong. Sendiri mau ingat lah.

Pendapat awam - student AD ramai yang dah berjinak-jinak mencuba. Drawing banyak, lantas mencucuk mereka untuk merasa. Tak mengantuk katanya. Jangan menggatal nak cuba benda lain lak.
Memang la lagi efekif, tapi kesan sampingannya tak begitu indah didengar..

TaK paham? Lu pikir la sendiri - Assalamualaikum !

Feb 22, 2009

Gelagat Mamat Cekang

Pertama sekali, cekang membawa maksud hebat/ terer, selalu digunakan oleh warga utara semenanjung.

Entry kali ini adalah gurauan semata-mata, tiada unsur politik, keseriusan mahupun keagamaan.

Mari kita tinjau aktiviti sharian di kalangan pelajar AD. Jom terjah !

Jam menunjukkan atas tengah malam, tapi kelibat2 student masih lagi berkeliaran di pelosok bawah blok Casa Mahkota dengan tujuan masing2.

Ada yang bertungkus lumus menyiapkan assignment, dan ada pula yang berhempas pulas bermain game untuk sumber hiburan.

Disini saya lampirkan gambar yg sempat disemadikan untuk tatapan minda, di kala kami merelekskan diri.

Mangsa yang selesa dengan nama timangan Spetz, kelihatan sedang bermain DOtA menggunakan tablet beliau dengan jayanya.

Masih lagi beliau, dari sudut yang berbeza.

Inilah objek yang digunakan, satu penyalahgunaan kuasa telah dikenal pasti kerana tablet dicipta BUKAN untuk bermain DOtA.

Semoga anda dapat menyingkap kehidupan kami sedikit sebanyak.

Sampai jumpe di lain hari, Daa !

Wajah Kekuningan.

Horray, aku siap assignment !

Believe it bitch. Harharhar.

W. I. P.

Dan atas sedikit anjakan paradigma versi kerajinan, work bermediumkan oil pastel berjaya disiapkan.

Agak mudah sebenarnya subjek SHA ni, cuma masalah terbesarnya kelas jam 9 pagi.

Masa yang paling getir untuk bangun tidur..

Hari ni hari sabtu. Cuti. Tapi ape yg aku buat cuma tidur dari 8 pagi tadi sampai 7 malam.

Pehh berpinau2 kepala kurasakan. Tapi takpe, masa digunakan dengan sebaiknya seraya dapat menjimatkan kos kehidupan di bandar dosa ni.

Memetik entry Fahmi, ya, kami semua sudah berada di bawah tahap muflis dan malu tapi mahu untuk meminta dan terus meminta duit orang tua kami.

Alatan untuk VCR mungkin mencecah RM60-70, siapa tahu. En. Ifa, consider la sikit. MARA belum masuk, oke?

Sedikit cacian untuk yang berkenaan;

DAH SEM DUA, MANA DUIT KAMI ??

Borang dah lama hantar, tapi kenapa masih terkial-kial nak proses?

Lebih kesian bagi mereka yang ada masalah dengan borang, lagi lambat la menanti ketibaan duit tersayang..

Setakat ni la dulu, sebenarnya aku cukup tak minat buat kerja pakai keyboard laptop.

Tapi apakan daya. Balun sajaa.

Feb 19, 2009

Projek Parkour Penuh Perasaan.

AMARAN : Gambar yang agak banyak tapi bersaiz kecil.

Tidak sesuai untuk pengunjung dengan niat bersantai semata2.

Briefing:


Stunt : Renz :: Fahmi :: Idan

Lokasi : Ikip 5

Masa : Kelas VCR

Permulaan Penceritaan

Jangan ditanya kenapa, kerana jawapannya tidak terjawab. Tidak semua persoalan dapat diungkapkan mahupun dengan sains.

Jikalau masih mahu disuap dengan jawapan, enteng saja;

Kerana Kami Student Art and Design. Puas? :)

Projek Permainan Penuh Risiko

Bukanlah menarik sangat sampai patut dikagumi, tapi cukup sekadar ingin mencuri masa anda barang seketika walaupun hanya sekelumit minit.

Misi kali ini mudah saja - tapi mungkin di atas paras mustahil bagi segelintir manusia.

Lebih2 lagi untuk insan katik, yg dibawah paras par.. contohnya cape-- takpe2, lupakan je. =p

Proses ; Projek Parkour

Permainan dimulakan di tgh terik mentari, di mana kelihatan Encik Iff sedang sibuk menandatangani task signboard tidak jauh dari tempat kejadian.

Didorong oleh perasaan kebosanan dan idea yg memerlukan ruang lebar setelah dihimpit stress dibanjiri assignment, kami tekad untuk memanjat tembok yg tidaklah begitu tinggi, tapi cukup untuk membunuh seorang bayi 2 bulan jikalau terjatuh dari atas.

Projek dimulakan; peserta pertama mengambil posisi beliau.

Diberi nama timangan Idan, beliau membawa harapan tempat lahirnya, Somalia untuk meraih pingat emas.

Mari kita lihat kesudahannya..

Cubaan yg sia2. Takpe, baru warming up beb.

Masih lagi sia2.

Jurus ulat bulu Somalia.

Jurus munyit berkasut Adidas.

...Setelah beratus2 cubaan, namun semuanya tidak membuahkan hasil - hanya titik keringat kelihatan.

Moving on -- kelihatan peserta kedua dari Bangladesh, Mie Bromantika mengambil tempat.

Nampaknya sarung tangan hikmat beliau tidak banyak membantu.

Ehh ehh aku macam sampailaaaa !

Heh, tu perasaan ko je Mi. Lupakan.

IYAAAAH !!!!

Aku cakap lupakan !

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Kecewa dengan prestasi rakan sekelas, akhirnya peserta harapan mewakili tanah air turun padang untuk beraksi.

Mari kita saksikan.

Langkah pertama - beliau mengambil sight dan lajak yang bersesuaian, lantas berlari dengan penuh gaya dan memijak dinding pejal sebagai sokongan untuk menapak lebih tinggi.

Lagak seperti filem aksi cina. Mengagumkan sungguh.

Yeahhh. Berjaya berpaut pada percubaan ketiga. Gempak seyh

Berusaha untuk naik.. percubaan gigih yang patut diteladani oleh semua pelajar.

Dan akhirnya.. Misi Berjaya ! Usaha tangga kejayaan ye adik2 ...

Selepas terbukti ia tidaklah mustahil, peserta yg telah kecundang mula ingin mencuba nasib untuk kesekelian kalinya.

Walaupun dengan bantuan kayu dan meja, masih lagi tidak berjaya.

Akhirnya tumbang dengan penuh kepasrahan..

KLIMAX ::

Setelah puas menakburkan diri, si pemenang akhirnya turun ke bawah; sama paras dengan manusia biasa yang lain..

Haha bajet cekang kan.

Sekian.

Bebatang Cokelat Disaluti Assignment dan Benih Matahari Berpudina.

Take five. Ambil lima. Berehat sebentar. Apa saja yang selesa dituturkan, luahkan saja.
Tapi pokoknya, maksud tetap menuturkan satu subjek. Rileks.

Pelajar kolej memang sinonim dengan assignment. Lebih2 lagi budak AD. Tugasan diterima kekadang mahu saja dimaki dan dicaci, kerana kata mereka sangatkah tidak masuk akal dan diterima otak.. melimpah2. Tidak terdaya kudrat manusia untuk menyempurnakannya.
Baru sem 2 beb. Ada 2 tahun lagi, tapi tu yg sepatutnya la. Sem yang bakal ditokok tatau lagi kan.

Kita manusia, bukan satelit mahupun robot - walaupun ada yang mengaku dirinya itu seekor gundam (OHAY RID88) tapi terimalah kenyataan.. Komposisi kita tulang dan daging, dan deria penat takkan hilang walaupun mampu dilupakan buat seketika.

Waah panjang membebel kan, tapi motif sikit je sebenarnya.
Walaupun mengejar masa, luangkan masa untuk berekriasi sejenak.
Masak megi, jalan2 ambik angin, hirup asap beracun untuk mengecas stamina pun ok gak. Terpulang.

Sikit-sikit jadi bukit. Lama-lama jadi banyak. Akhirnya akan siap jugak seksa korang tersebut.
GO GO !



Coklat meransang otak untuk lebih berfungsi dan aktif.
Dapatkan satu di pasaran sekarang !



Ataupun ini. Aku nak rasa tapi segan nak beli.

Situasi sekeliling masih lagi hingar. Perasaan ingin mengganggu mereka yang berassignment kini membuak-buak.

Gerak dulu, ciao !