Jul 28, 2010

ONE PIECE MOVIE 10 : STRONG WORLD

Bulan ini saya agak buat rekod. Sebulan tanpa ada banyak post. Bukan sangat sibuk, tapi mungkin tiada mood.


Lalu saya pecahkan kesenyapan itu dengan movie OP yang terbaru.
Kualiti, puas hati. Walaupun ada tulisan dengan caps lock 'SAMPLE' di kiri atas.

Jul 13, 2010

Wah. Hiatus pulak.

1. Tiada perasaan mahu berblog buat sementara waktu. Real life tidak mahu melepaskan barang seketika.

2. Nampak aku diam tak bermakna aku tak tahu. Dan aku tak mampu buat onar. Sengaja malas melayan rengekan bodoh dari sekeliling. Tak mahu berjangkit dengan masalah mental anda. Sekian.

Jul 5, 2010

Entry baru

..terpaksa ditunda kerana penulis sibuk qada' balik aktiviti tergendala selama cuti 2 bulan lepas :)

Jun 29, 2010

Flying ~


Feeling a bit high. No, I'm clean. Really.

Cuti semakin tipis. Entry terdesak untuk cukupkan quota. Sudah 200+ untuk tahun ini.

Dan betul, malam ini akan bervideo call sampai pagi lagi. Macam selalu :)

Center of Attention.


Sesetengah orang gemar apabila dipandang orang. Bila ramai ramai tengok. Maka mereka lebih cenderung melakukan tindakan berkontroversi yang akan mendapat perhatian. Mungkin mereka mahukan perasaan superiority, atau seseorang yang bersifat terbuka dengan masyarakat. Mempunyai tahap sosial yang tinggi.

Ada juga jenis yang lebih 'tertutup.' Mereka tidak suka apabila menjadi perhatian. Contohnya semasa melukis, mereka akan berasa kekok apabila ada yang merenung dan meneliti. Kalau ada subjek public speaking, mereka akan sentiasa demam atau sakit untuk mengelak. Sejelasnya golongan ini tiada bakat untuk bergelar Idol.

Lebih baik diam diam berisi.
Resam padi, tunduk bila penuh. :)