Feb 19, 2009

Bebatang Cokelat Disaluti Assignment dan Benih Matahari Berpudina.

Take five. Ambil lima. Berehat sebentar. Apa saja yang selesa dituturkan, luahkan saja.
Tapi pokoknya, maksud tetap menuturkan satu subjek. Rileks.

Pelajar kolej memang sinonim dengan assignment. Lebih2 lagi budak AD. Tugasan diterima kekadang mahu saja dimaki dan dicaci, kerana kata mereka sangatkah tidak masuk akal dan diterima otak.. melimpah2. Tidak terdaya kudrat manusia untuk menyempurnakannya.
Baru sem 2 beb. Ada 2 tahun lagi, tapi tu yg sepatutnya la. Sem yang bakal ditokok tatau lagi kan.

Kita manusia, bukan satelit mahupun robot - walaupun ada yang mengaku dirinya itu seekor gundam (OHAY RID88) tapi terimalah kenyataan.. Komposisi kita tulang dan daging, dan deria penat takkan hilang walaupun mampu dilupakan buat seketika.

Waah panjang membebel kan, tapi motif sikit je sebenarnya.
Walaupun mengejar masa, luangkan masa untuk berekriasi sejenak.
Masak megi, jalan2 ambik angin, hirup asap beracun untuk mengecas stamina pun ok gak. Terpulang.

Sikit-sikit jadi bukit. Lama-lama jadi banyak. Akhirnya akan siap jugak seksa korang tersebut.
GO GO !



Coklat meransang otak untuk lebih berfungsi dan aktif.
Dapatkan satu di pasaran sekarang !



Ataupun ini. Aku nak rasa tapi segan nak beli.

Situasi sekeliling masih lagi hingar. Perasaan ingin mengganggu mereka yang berassignment kini membuak-buak.

Gerak dulu, ciao !

No comments: