Tujuannya bukanlah untuk melepak2, tapi hanya untuk menghabiskan sisa-sisa malam dengan aktiviti kosong dan tidak berfaedah.. hmm actually bergantung.
Nawaitu aku murni - untuk menikmati keindahan alam yg diciptakan oleh yang Esa; lantas diterapi unsur kesyukuran dan kebesaran.. Eheem.
Ketibaan kami sekali lagi tak dirancang. Jom tc nak? Jooom.
Haha sekali lagi situasi tiba2 tapi telah diduga terjadi. Layankan aje kan.
Malam tu macam biasa, macam malam2 overnight yg lain.
Sembang2 malam, dalam kelambu, kita-kita je. Sembang situ abes situ.
Hehe takleh bagitau. Padan muka korang.
--- Dipendekkan cite, pagi tu sedang aku diserang kebosanan, tanpa disedari tangan mencapai handset yang sedang nazak; beliau berkeadaan tanpa cas dalam situasi yg memilukan..
lantas ku sentap beberapa bibit gambar pemandangan di kala dini hari..
Yang obviously, gambarnya agak pecah wlaupun berkeadaan night mode.
Biasa la, kamera 20 MP. Power nya terlalu kuat untuk sekelumit situasi kaku terabadi dalam gambar, jikalau hendak dibandingkan dengan seluas alam ciptaannya yang penuh unsur2 pergerakan..
Berbunga sangat la pulak. Dibawah tertubiknya gambar untuk tatapan dan panduan korang..
Merujuk kepada foto di atas, ternyata hotel tersebut diberi nama Hyatt.
Gah berdiri menunggu pelancong2 melepaskan lelah selepas penat berjalan, sambil mengajak umat kita menambah dosa..
Sebagai rujukan :
Hyatt Regency Kuantan Resort
Telok Chempedak, 25050 Kuantan,
Pahang, Malaysia
Tel: +60 (9) 518 1234 Fax: +60 (9) 567 7577
Email: kuantan.regency@hyatt.com
Atau klik -
1 comment:
rhendu kuantan!
Post a Comment