Feb 25, 2009

Bebatang Musibah Penggerak Insani


Ada yang bilang rentak ayat blog ni dah tak menyengat, dah tawar tak seperti awal2 dulu.

Sekatan idea ditambah dengan kurangnya sumber dan medium, susah la nak buat asrama macam rumah sendiri.
Tambahan pulak kat tepi dah beratur menunggu giliran laptop, sekaligus menerhadkan curahan taipan ke kotak putih kosong ini..


Tapi takpe, tolak itu ketepi jauh-jauh. Ayat aku, suke hati aku laa.
Nak baca, sila. Taknak, sudah. Pi la sambung layan redtube korang tuu.

Hari ini mari kita jenguk satu topik yang tipikal, tapi tetap hangat dan segar dihujah turun temurun. Tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan - masih berkontroversi hingga ke detik ini.
Ramuannya cukup ringkas, dipek secara besar-besaran dan mudah didapati dimana saja.

Tersurat di beberapa fatwa mengesahkan ianya haram dan sememangnya diakui berisiko jika diambil, tapi adat la fitrah manusia.
Yang bahaya, yang risiko, yang salah dan yang tak elok itulah menjadi carian semua.
Hidup penuh keskemaan- Isskhh. Tak cool la. Tak gempak. Berbagai usaha dilakukan untuk dipandang tinggi oleh sekeliling. Tak kurang juga yang hanya ingin memenuhi kehendak sendiri, tanpa ada agenda tersirat.


Apa yang dari tadi aku bebel ni? Masih tak dapat menangkap? Hmmm.

Cuba bayangkan satu silinder kertas istimewa, membaluti gumpalan daun bernikotina dan bergabus di hujung -- praktikal dikepit di celah jari dan mudah dibakar.


Rokok - bebatang tenaga, bebatang kanser, lolipop berasap dan berbagai lagi istilah diberikan untuk beliau, sekaligus menjulang popularitinya sebagai pembunuh terunggul di dunia.

Dipetik dari pendapat seorang rakan - peratus untuk mendapat kanser dari rokok sama dengan peratus wanita normal mendapat kanser payudara. Cuma bezanya - risiko yang datang sendiri dan risiko yang dicari. Konsekuens tetap sama.
Kenapa manusia merokok? Tahukah anda - nikotin didalam rokok meransang testosteron anda untuk lebih ligat, lantas membendung tragedi mengantuk berlaku?
Dan tahukah anda, ada wanita yang meningkat nafsunya hanya dari menghidu lekatan bau rokok di badan lelaki? Dan tahukah anda, rokok ialah salah satu pengikat silaturrahim antara manusia, dan penjana hubungan baru dikalangan perokok?

Contohnya;

"Bang, pinjam lighter jap..
...Time kaseh. Abg dok mne?
...Oooo saye slalu gi situ. Kenal Paklong tempe tak??
Bapak sedara saye tu. Kabel kemas woo.
Tempat kat sini saye pegang..kalau de ape2 hal, contact je sye.."

Berlakunya satu sesi perkenalan yang berkesudahan baik. Ada nasib die offer lak rokok sebatang. Hehesss.
Rokok dah mahal beb. Langkah kerajaan ntuk membendung perokok atau nak kaut untung cukai berbilion? Siapa tahu. Rakyat bukan bengong. Sendiri mau ingat lah.

Pendapat awam - student AD ramai yang dah berjinak-jinak mencuba. Drawing banyak, lantas mencucuk mereka untuk merasa. Tak mengantuk katanya. Jangan menggatal nak cuba benda lain lak.
Memang la lagi efekif, tapi kesan sampingannya tak begitu indah didengar..

TaK paham? Lu pikir la sendiri - Assalamualaikum !

No comments: