9pm - Aku gerak ke bandar. Jumpe setan2 ikip 3 baru lepas karok. Jom tc? Joooom. Kami pun cargas bergerak menuju ke destinasi kemaksiatan itu --
Situasi : Sesak dan sendat, lebih ramai dari biasa.
Kes : Valentine.
Sedang asyik melepak, kami dikejutkan oleh segerombolan mamat berkopiah dan minah bertudung bawah paras lutut seakan-akan JAIP sedang mencari duit kopi, mundar mandir mncari sasaran untuk disekolahkan. Cuak jugak seorang teman (John - bukan nama sbenar) apabila dikepung oleh kira2 8 orang makhluk.
Beliau kemudian di sound, tapi dengan segala kudrat cuba menepis tohmahan tersebut dengan poin2 yg sedikit bernas;
"Pejadahnye berkhalwat lak?Kitorang bukan dok dalam gelap, bawah tiang lampu niii.
Nak cakap berduaan pun tak, toleh kiri ade org, toleh kanan pun ade.."
Namun kepala otak beliau tetap x dapat menandingi 8 kepala otak tersebut..lalu beliau gugur di medan perang.
Apabila ditanya dari mana datangnye mereka, lantas dijawab
"Dari UIA"
Haish.. bukannya nak mengeluh atau nak mencaci, tapi dengan budak UIA lah hamba pekena dam kat bawah pokok suatu ketika dulu..
Sedikit nasihat; Sebelum korang rush tc, rush dulu pelosok kolej korang sendiri ye.
Tutup pekung sendiri sebelum try nak bukak pekung orang lain.
Niat dah betul, tapi cara dan timing yg agak salah.
Konon nak bendung sambutan Valentine di kalangan muslim kan.
Malam lain lagi teruk kadar kemaksiatannye. Yang beromen tepi pantai pun ade, bukan setakat pgg2 tgn, untuk stok geli2 je. Dah bertindih da pun. Biasa la, sejuk dan sunyi. Hahaha.
Agak rugi rasanya tak sempat nak merakamkan adegan tersebut. Pasti geli hati tatkala dikaji di lain hari..
Jiwa memberontak, rebellious. Biasa la, remaja.
Sedangkan cakap mak bapak korang pun tak ikut, inikan pulak cakap orang.
Lu pikir la sendiri ye geng.
Yang kecil tak semestinya anak dan yang besar tak semestinya obesiti.. ulps.
No comments:
Post a Comment