Tidak sesuai untuk pengunjung dengan niat bersantai semata2.
Briefing:
Stunt : Renz :: Fahmi :: Idan
Lokasi : Ikip 5
Masa : Kelas VCR
Permulaan Penceritaan
Jangan ditanya kenapa, kerana jawapannya tidak terjawab. Tidak semua persoalan dapat diungkapkan mahupun dengan sains.
Jikalau masih mahu disuap dengan jawapan, enteng saja;
Kerana Kami Student Art and Design. Puas? :)
Projek Permainan Penuh Risiko
Bukanlah menarik sangat sampai patut dikagumi, tapi cukup sekadar ingin mencuri masa anda barang seketika walaupun hanya sekelumit minit.
Misi kali ini mudah saja - tapi mungkin di atas paras mustahil bagi segelintir manusia.
Lebih2 lagi untuk insan katik, yg dibawah paras par.. contohnya cape-- takpe2, lupakan je. =p
Proses ; Projek Parkour
Permainan dimulakan di tgh terik mentari, di mana kelihatan Encik Iff sedang sibuk menandatangani task signboard tidak jauh dari tempat kejadian.
Didorong oleh perasaan kebosanan dan idea yg memerlukan ruang lebar setelah dihimpit stress dibanjiri assignment, kami tekad untuk memanjat tembok yg tidaklah begitu tinggi, tapi cukup untuk membunuh seorang bayi 2 bulan jikalau terjatuh dari atas.
Projek dimulakan; peserta pertama mengambil posisi beliau.
Diberi nama timangan Idan, beliau membawa harapan tempat lahirnya, Somalia untuk meraih pingat emas.
Mari kita lihat kesudahannya..
Cubaan yg sia2. Takpe, baru warming up beb.
Masih lagi sia2.
Jurus ulat bulu Somalia.
Jurus munyit berkasut Adidas.
...Setelah beratus2 cubaan, namun semuanya tidak membuahkan hasil - hanya titik keringat kelihatan.
Moving on -- kelihatan peserta kedua dari Bangladesh, Mie Bromantika mengambil tempat.
Nampaknya sarung tangan hikmat beliau tidak banyak membantu.
Ehh ehh aku macam sampailaaaa !
Heh, tu perasaan ko je Mi. Lupakan.
IYAAAAH !!!!
Aku cakap lupakan !
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Kecewa dengan prestasi rakan sekelas, akhirnya peserta harapan mewakili tanah air turun padang untuk beraksi.
Mari kita saksikan.
Langkah pertama - beliau mengambil sight dan lajak yang bersesuaian, lantas berlari dengan penuh gaya dan memijak dinding pejal sebagai sokongan untuk menapak lebih tinggi.
Lagak seperti filem aksi cina. Mengagumkan sungguh.
Yeahhh. Berjaya berpaut pada percubaan ketiga. Gempak seyh
Berusaha untuk naik.. percubaan gigih yang patut diteladani oleh semua pelajar.
Dan akhirnya.. Misi Berjaya ! Usaha tangga kejayaan ye adik2 ...
Selepas terbukti ia tidaklah mustahil, peserta yg telah kecundang mula ingin mencuba nasib untuk kesekelian kalinya.
Walaupun dengan bantuan kayu dan meja, masih lagi tidak berjaya.
Akhirnya tumbang dengan penuh kepasrahan..
KLIMAX ::
Setelah puas menakburkan diri, si pemenang akhirnya turun ke bawah; sama paras dengan manusia biasa yang lain..
Haha bajet cekang kan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment