Sudah 5 hari tidak update. Mungkin saya sudah selesa dan membiasakan diri dengan cuti. Cuti yang sangat lama, hampir 2 bulan. Saya bukanlah pelajar cemerlang hendak buat revisi pelajaran atau menghasilkan work semasa cuti. Bagi saya, cuti ialah rehat. Tak perlu ada kerja. Sebab itu kalau cuti sekolah, naik cuti hari Isnin baru saya mula bergegas buat kerja rumah.
Bagi saya yang sukakan cuti ini pun rasa cuti UiTM sangat panjang. Ramai lagi manusia yang suka cuti, hampir semua. Saya rasa mereka pun bosan kalau tiada akiviti hendak dibuat.
Kenapa lah cuti lama sangat. Nanti pelajar akan lupa cara belajar, dan semangat untuk berassignment pun mungkin sudah lekang. Paling terbaik ialah, sehari lepas result keluar, cuti pun habis. Dengan itu semangat berkobar kobar pelajar akan menyebabkan mereka sangat rajin ke kelas untuk tempoh 7 hari berikutnya.
No comments:
Post a Comment