Jun 3, 2010
Karangan Auta/ biografi.
Penerangan : Segerombolan teks panjang yang disusun dan dibahagikan mengikut perenggan, menceritakan tentang diri sendiri. Skop yang ditekankan termasuklah pekerjaan, cita cita, hobi, pengalaman dan sebagainya. Autobigrafi pula konsepnya agak sama, tapi agak berbeza dalam subjek matter yang dipilih. Contohnya'Saya sebatang pen', 'Liku liku hidup seketul timun iaitu saya' atau 'Saya benci menjadi kondom.' Cerita berkisah tentang proses pembuatan, perjalanan hidup dan pengakhiran selalunya berbentuk sedih/ drastik dan harapan kepada objek lain yang sama jenis. Macam "Saya harap kondom yang lain dapat digunakan dengan sopan santun dan tidak dibuang begitu sahaja. Seeloknya frame kan di rumah untuk menghargai jasanya selepas digunakan."
Repekan ini sebenarnya ditimbulkan dari terjumpanya buku latihan sekolah rendah yang terkepit di bawah almari. Setelah diselak, sangat sayu dan dirasakan betapa naifnya saya ketika itu. Diikutkan saja arahan guru kelas dan diperkotak katikkan hingga perlu mendalami watak sebatang pen. Mengapa tidak silibus pembelajaran semasa di sekolah rendah dulu tidak mengajar 'How to make $100 per day when you're 8' atau 'Avoid politics, it's full of scandalous' daripada membuat karangan 'Saya sebuah motosikal RXZ' yang berkemungkinan menanam minat kanak kanak untuk merempit.
Dan jika firasat saya benar, kali terakhir anda membuat karangan tentang diri sendiri, ialah karangan MARA semasa sem 1 dahulu. Karangan yang penuh hipokrit diselang ayat memuji diri sendiri dan menagih simpati.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment