Feb 20, 2011

Saya main game sejak umur 4 tahun lagi.

Game pertama hampir setiap orang, Tetris.
Tipulah kalau langsung tak pernah main.

Sekarang, aktiviti game di asrama selalunya Call of Duty di bilik yang ditetapkan.
Anggota terdiri daripada rakan2 asrama dan tiada orang asing.
Untuk pengetahuan semua, game ini langsung tidak memerlukan talian internet dan risiko berkenalan dengan orang asing ialah 0%, bukan seperti poker di facebook ataupun garena, jadi anda semua tidak perlu risau.

Seperti yang kita tahu, COD Team Deathmatch memerlukan teamwork dan full alert ketika bermain, sama seperti DoTA dimana satu silap kecil akan menentukan kalah menang, hidup dan mati.
Apabila bermain 5 6 orang, agak sukar untuk pause game dan biar mereka itu menunggu.
Jikalau saya main perseorangan, nak pause seminggu balik kampung pastu sambung pun takde hal.

Saya ialah seorang gamer. Tapi langsung tak hardcore sebenarnya.
Tak bermain 21 jam sehari pun. Main, main. Bila kerja, kerja.


Kalau hobi main game yang dapat meningkatkan ekspresi minda dan tindak balas mental pun tak boleh, mungkin saya patut cari hobi lain seperti mengembara, menanam kacang botol di bilik air asrama atau mungkin bukak kedai runcit sendiri. : /

No comments: