May 30, 2011

Result Sem 6.

Tetap bersyukur walaupun apa yang dihajati tak sampai.
Semua orang pun sudah bekerja separuh mati.
Makan kemana, tidur tak tentu. Main pun tak sempat.
Yang paling tak enak dipandang, status [Lulus] dan bukan [TM].

Apapun, inilah yang paling tinggi pernah dicapai.
KALAULAH saya ada masa. Kerja banyak tak sempurna.
Tapi tak mengapa, takdir tuhan berlaku kemalangan.
Dan juga takdir tuhan result sebegini. Ada hikmahnya.
Mungkin kalau dekan, saya akan riak sangat dan berdosa.






Terima kasih kepada yang menolong.
Saya tak mahu sebut nama anda, nanti anda pula riak.
Saya turut berdosa kerana membuat anda berdosa kerana riak.

P/s: Tak perlu tahu alamat surat menyurat. Nak apa2, fb kan ada.

Fuh.

Banyak sangat aktiviti sebenarnya. 
Nampak macam makan tido sehari hari, tapi memang busy lah.
Nasib lah zaman-zaman kepenatan dah berakhir. 
Satu sem satu paper, takkanlah penat sangat kan.
Kalau sempat mahu diceritain, dalam post akan datang barangkali. 
Gembira dan syukur, itu sudah pasti ada.

Terima kasih semua sepanjang 3 tahun ini. 
Kalau terlupa peristiwa, singkap saja gambar itu semua.
Pasti tersenyum sendirian kala malam dingin,
dan bisa saja menitis air mata.

Jumpa lagi kalau panjang umurnya. Salam.

May 11, 2011

Sepanjang Dip Show 2011.

Event selama 3 hari yang betul-betul sangat-sangat memenatkan. Event ini juga yang membuat folder gambar sem 6 saya mencecah 10gb. :)

Terjah jom!

 Suasana di dalam dewan semasa assessment.

 Dengan painting saya.

 Kelihatan Kucai sedang menggeletek arca ini agar ia terasa geli dan hidup.

Adik ni menari paling syok lah.
Dinner. Scarface pun scarface lah janji kenyang.

Sibuk pun gambar bersama keluarga mesti ada :)

Terima kasih kepada yang sudi datang (agak ramai sebenarnya).
All the best untuk adik-adik sekolah yang dipaksa datang memeriahkan event ini.

Secara unofficial aku dah grad lah :) Tapi atas kebodohan teknikal, masih ada lagi setahun. ceh.

Sculpture Sem 6

Untuk projek ini sebenarnya sangat lambat berjalan.Sudah banyak kali kesempitan idea.
Beratus kali blank. Macam-macam masalah. Saya sedaya upaya tak mahu welding.
Jadi, saya lekatkan saja dengan skru. Terima kasih kepada yang banyak (BANYAK) membantu. :)


Base. Mahal lah benda alah ni.


 Proses.

 
Dah siap!

Oh belum lagi, selepas itu shellac disapu untuk menutup bahan mentah patung.
Hasilnya, di entry akan datang.

Printmaking 6

Benda ini lah sumpah yang paling leceh. 2 pulak tu. Bayangkanlah.
Nasib ada angel yang menolong :)



 1st project - Gynoid's portrait
Fine Ink (Intaglio) on A2

2nd Project - Angel type
Fine Ink (Intaglio) on A2

Sekeping beserta frame aku letak RM300 :)
Tamak tak tamak tak?


Anti Virus?

Aku tak faham kenapa orang bayar untuk program macam ni. Yang aku lagi tak faham, orang yang tak pernah masuk internet sanggup berhabis RM200-300 untuk ni. Pada pendapat aku-

1. Kenapa nak protection yang begitu utuh sedangkan belum habis selongkar internet? Kalau pandai selongkar, mesti akan jumpe AV yang sepatutnya berbayar, tapi boleh download percuma dengan crack yang bersepah. Google kan ada.

2. Kalau online hanya nak bukak fb, tak payahlah nak anti virus sangat. Melainkan anda jenis pantang tengok ads "xray gadis itu di fon anda!" terus nak click, ataupun page bodoh di fb yang beribu orang like semata-mata nak tengok gambar, suruh download application itu ini anda pun download. Oh dan lepas tu bersepah hantar invitation kat inbox friends. Grow up lah. Paham selok belok internet sikit.

3. Yang tak ada internet pun gelabah nak beli AV. Perlu juga sebenarnya, mungkin anda nak cucuk pendrive kawan nak copy movie, sedar2 ada virus yang tak bagi anda show hidden files. Kan dah cuak sekejap tak jumpa 'movie' yang korang hide tadi. Contoh lah.

Yang ini aku download dan crack. Tak pasti pulak yang ni memang free atau premium. Tak payah risau expired pun. Masih ada berapa tahun lagi. Kalau rajin, aku cari AV yang baru. 2012 edition ke. 2020 ke. Up to date kononnya.


Duit anti virus tu, baik simpan je buat beli gundam, isi mintak moto ke, pegi anjung ke.