Jan 3, 2010

Group Seni .

Dulu-dulu aku ada group. Best sangat.
Kitorang selalu contact. Selalu melepak. Forum, mirc, jalan2 kl.
Overnight kat taman klcc. Tido bersepah kat ktm bangi. Macam2 lagi lah.

Group dulu aku buat secara tak sengaja. Walaupun aku memang minat art dari dulu, tapi group tu seriusli aku buat untuk bersembang je.
Projek2 yang terjadi lepas tu, untung badan la kot.

Ahli2 group tersebut agak berkomitmen, kalau tak, tak wujud la banner comel, badges, kicin, baju print, kalender, etc etc. Syabas untuk anda.

Dah sem 4 ni aku terpikir macam nak buat lagi satu group serupa.
Aku bergelumang dengan budak2 sama kepala kat sini.
Budak yang hidupnya melukis. Walaupun bukan dipinta, tapi tugasan turut memaksa kejadian tersebut terjadi.
Tumbuhnya group2 seni kat sini seakan menjuluk perut aku untuk memikir sesuatu.
Group2 lain yang telah sedia ada hebat2 belaka; sebab tu aku malas nak mencelah.
Tapi kitaran group, timbul tenggelam je selalunya. Jadi selepas mereka semua dah grad, kemana arah group itu?
Kemana arah kitorang pulak?

Camnilah. Aku ingat nak buat group balik yang merangkum semua cabang seni.
Fotografi, grafik, seni halus, visual,, kajian tempatan, dan macam2 lagi.

Ahli2 aku dah dapat tangkap siapa yang aku nak. Tapi takde bisik2 ape pun lagi sebab aku pun malas nak buat apa2 lagi.

Nama group aku dah ada. Ahli pun dah ada. : D
Tapi, malas . Takde anjakan paradigma . Biarlah .

Rawak : Aku suka sayap. <3

Jan 1, 2010

Kem; gambar-gambar.







Gambar telah seikhlas hati dicuri dari En. Lensfreak.
Terima kasih kerana banyak mengambil gambar group kami.
kami tahu group kami ramai yang fotogenik serta penuh semangat kerjasama.
Syabas diucapkan.


Kembali ke Landasan - Mukadimah

30-31 Disember. Hari2 terakhir 2009. Kenangan yang tercipta merangkap penutupan tirai tahun ini. Tahun baru disambut dengan calar di tangan, bekas pacat satu badan, lenguh sendi senda, mata lebam dan tidak lupa juga, perut kebulur yang dipenuhi nasi mentah dan beras semata.

Ape yang korang dapat? Ape yang aku dapat? Ape yang ikip dapat?
Improve pointer? Aku tak nampak ape2 yang dapat menyumbang ke arah itu.
Mungkin aku yang pesimistik terhadap semua program sebegini, siapa peduli.

Yang aku dapat; letih. Tak lebih.
Pengalaman? Aku dah banyak lalui benda sebegini. Sama je.
Aku juga dapat tahu hampir semua fasi kami, atau mentor, gatal belaka.
Pakcik di ambang 40-an mintak no telefon pompuan dan ajak diorang kuar karaoke?
Lupus respek aku yang 0.1 % kat korang. Contoh yang tak baik kalau nak kami berubah tinggalkan semua hidup sosial kami. Biar aku pulak buat kem kat korang nak ?

Tapi - aku suka mentor kumpulan aku. Beliau tak banyak cakap. hanya cakap bila perlu. Dan apa yang beliau cakap, semua ada maksud. Masa sesi luahan masalah dan kenangan silam malam tu, aku nak je luahkan semua kalau hanya 1 by 1 dengan dia. Tapi kalau dah buat bulatan dan semua boleh dengar, sory la. Boleh kena buang aku dari kolej. Ha-ha.

Sesi terakhir bermain lumpur. Hilang kasut, bergelumang dengan ular, apa yang best?
Konon ada sesi menangis sebab insaf bila ucapan diiringi lagu di tengah2 lumpur.
Otak aku cuma fikir mengantuk dan semua ayat yang dia cakap, semua tak kena kat batang hidung aku. Nak sedih apa. Kaki aku sakit, penuh lumpur dalam kasut serta hidupan lain yang aku tak tahu berapa spesis ada dalam tu.
Aku nampak kawan-kawan aku menangis. Syabas sebab menangis. Aku pun nak menangis, tapi tak sedih. Mungkin aku tak insaf? Tapi takde benda utk aku insaf.

Ah pendek cerita, aku tak kisah pasal makan, lumpur, penat itu semua.
Aku kisah bila fasi bajet bagus dan keje nak tumbuk orang je.
Aku kisah bila fasi kuat menggatal dan sembang hal lucah bila diorang kutuk hidup sosial kami.

Aku nak anjurkan kem Kembali ke Cermin untuk korang, semua berguling atas cermin.
Mesti best.

Dua Ribu Sepuluh .

Macam2 plan nak dibuat malam tahun baru. Nak overnight, mesti orang melimpah2 kat setiap pelusuk.
Nak stay sepanjang malam main game? Takde beza pulak dengan hari2 yang lain.
Nak masak kek dan edarkan satu CM? Macam tak logik je.

Akhirnya aku tak buat apa2 malam tu. Semua plan lingkup.
Dan aku pun tahu ape korang buat. Semua warga CM, tipu la kalau korang tak tido sampai lebam kan malam tahun baru?
Kusyuk tido dengan calar balar di badan. Macam-macam mimpi yang timbul.

Haha padan muka korang, ngan muka aku sekali kan.

Ape-ape pun,

Selamat Menyambut Tahun Baru 2010, Maaf Zahir dan Batin.

Dec 24, 2009

1st Day Sem Ampat .

Wtf. Banyak sangat entry korang2. Lebam aku nak bace. Asal rajin sangat?
: <

Pendek kata; Horey dah sem 4, lama aku bertahan kan. Dah tak berapa nak buat perangai lama lagi dah. Tapi rasa macam taknak grad la pulak. Nak duduk sini sampai kerepot bole ?