.jpg)
Situasi di CM.
Gerai makan agak penuh malam ini. Tetapi masih ada meja untuk aku menasik kukus sebentar tadi.
Corak permainan Kedah penuh dengan kekerasan dan kezaliman.
Sikit-sikit terjah. Sepak sana, sepak sini. Terguling-guling anak orang kena bentes.
Tapi dengan kuasa Tuhan yang bencikan kezaliman, akhirnya Kedah tewas sepakan penalti dengan Negeri 9.
Konon sengit la tu sampai kena penalti. Takpe, layankan je bola sepak Malaysia ni.

Jom terjah lagi jom.
Ni pasal budak dua ekor tu. Ala, yang tu. Yang dua tu.
Tatau nak cakap lah status mereka.
Tapi nampak macam takde ape2.
Tapi kan, nampak macam mahu. Tapi malu.
Takpelah, aku letak kat sini dulu.
Mana tahu betul2 jadi.
Buleh aku jadi orang pertama buat journal.
Nampaknya Nabiha (bukan nama sebenar) cuba menyorokkan wajah.Tapi beliau terlalu tinggi untuk berbuat demikian.
.jpg)
Dear diary;
Sedang saya lepak2 di depan studio malam hari itu, tiba2 seekor binatang lain selain saya, yang saya syak sebagai mentadak besi, datang menyerang saya dari belakang.
Saya tak berapa pasti kalau benda tu memang dah ada awal2.
Biasalah, saya kan agak lembab sikit.
Sebaik sahaja saya perasan akan kewujudan objek itu, saya terus mengambil langkah keselamatan iaitu menukar warna kulit saya kepada warna persekitaran.
Tidak, saya tak lari. Bukan kerana saya seekor binatang gemuk yang malas seperti kata mereka, tetapi saya masih ingat lagi rancangan Discovey Channel yang saya tonton minggu lepas.
Katanya, sesumpah menukar warna badan untuk mengaburi mata musuh.
Oleh itu, saya sebagai sesumpah semestinyalah mengikut langkah itu.
Akhirnya saya terselamat dan haiwan itu berlalu pergi.

Oh macam ni ke cara dapat award. Terima kasih anep.
Saya tak pandai nak ambil2 award ni. Maklumlah, tak pernah dekan pun. :3
Award susah payah dibuat oleh arter. Makasih ye.
.jpg)
3 4 hari kebelakangan ni, segerombolan manusia asyik mengacau aku.
Menggeletek, memicit, menggetel bagai.
Ramai yang datang bukan buat kerja pun, sebaliknya membuli aku.
Warna aku yang monokrom, dah jadi warna pelangi dengan akrilik mereka.
Korang pernah tengok kucing warna hijau? Tompok biru? Dahi merah?
Tapi aku pasrah. Yelah, sapa suruh aku duduk di studio tempat orang melukis.
Bukan semua pembuli. Ada yang sangat fobia apabila melihat aku.
Ada juga orang yang menghargai sifat pemburu aku sebagai kucing.
Biasalah, kucing pemalas selalu diambil enteng oleh masyarakat.
Heh, masyarakat stereotype. Tak fantastic langsung.
