Apr 10, 2010

Mentadak Metal 2


Dear diary;

Sedang saya lepak2 di depan studio malam hari itu, tiba2 seekor binatang lain selain saya, yang saya syak sebagai mentadak besi, datang menyerang saya dari belakang.
Saya tak berapa pasti kalau benda tu memang dah ada awal2.
Biasalah, saya kan agak lembab sikit.

Sebaik sahaja saya perasan akan kewujudan objek itu, saya terus mengambil langkah keselamatan iaitu menukar warna kulit saya kepada warna persekitaran.

Tidak, saya tak lari. Bukan kerana saya seekor binatang gemuk yang malas seperti kata mereka, tetapi saya masih ingat lagi rancangan Discovey Channel yang saya tonton minggu lepas.
Katanya, sesumpah menukar warna badan untuk mengaburi mata musuh.
Oleh itu, saya sebagai sesumpah semestinyalah mengikut langkah itu.

Akhirnya saya terselamat dan haiwan itu berlalu pergi.

No comments: