Apr 7, 2010

Sleeping Beaut--


Final lagi 2 minggu, kami tetap melepak di bawah menunggu download siap sampai 8 pagi.

Kepada fahmi;
Tadi aku baring 2 minit pon ko 'ape barang'kan aku, jadi anggap ini sebagai pembalasan.

Faker !


Kepada siti felix, saya nyaris menyaman anda kerana menggunakan nama saya beberapa hari lepas.
Saya ingin menegaskan disini, bahawa sayalah Muhd Felix yang sebenar.

Saya dilahirkan di longkang tepi studio Ikip 5 dan masih menetap disana sebab saya terlalu malas untuk berjalan.
Makanan kegemaran : Roti sardin dan air paipsi sebelah tandas perempuan.

Add me kat fesbuk muhdfelix@yahu.com !

Apr 6, 2010

Broadband.

Sesiapa tolong explain macam mana benda ni berfungsi ?

Dengar cerita penggunaan ada limit.
5 gb untuk sebulan? Apa ini?
Download loli por- ehem, bahan2 assignment pun dah 4gb sehari.

Pakej tak menarik.

Macam Ikip.

Ikip menindas pelajar. Mana subsidi timah kami ???

Apr 5, 2010

Felix @ Era


Helllu semua ! :3

Hari ni seperti biasa, saya lunch di restoran Era Gemilang sebelah asrama bebudak ni.
Saya terbau ayam masak tomato di sudut 6 o'clock, jadi tanpa segan silu saya terjah ke sana.

Bila hampir, saya agak terkejut apabila sekumpulan gadis seakan histeria.
Ada yang sampai bersila di atas kerusi kayu yang kecil itu.
Ada yang melompat apabila nampak saya.
Seraya itu, mereka menghalau saya dengan raut wajah yang penuh bengis.

Pembaca sekalian;
Disini saya ingin menyeru kepada semua, hentikan racist terhadap kaum kami !
Kami tak makan orang. Sebab kami kucing. Kami comel.
Kami hidup dengan simpati orang. Sebab dengan cara itulah kami dapat sesuap nasi untuk meneruskan hari yang pahit dan getir ini.

Setakat itu saja diari saya hari ini.
Renung-renungkanlah.

Apr 4, 2010

7 - 9

Semalam, saya tido pukul 7 pagi dan bangun 9 pagi.
Kemudian, saya tido pukul 7 petang dan bangun 9 malam.

Saya rasa nombor bertuah saya minggu ini, 7 dan 9.

Saya harap ada jutawan tertinggal beg di raga motor saya berisi wang RM79 ribu tak lama lagi.