Apr 29, 2010

Hari ini.

Bosan. Jadi saya tido aje.




Time kasih yayang. Lagi sedap dari donut Kah Nah sebelah rumah buat :)
Sebelum balik kite sambut besday awak dulu oke ?

200th post.

Saya cuba mengamalkan prinsip sehari satu entry.
Jadi sebulan saya akan ada 30 atau lebih entry.

Itupun, kalau saya rajin. Bukan dapat gaji pun post entry panjang2.

Diploma Show 2010 : En Masse


27 & 28 April 2010, Megamall Kuantan.

Penat, tapi seronok. Penatnya macam korang balik kerja dari pasar borong pukul 9. Macam kerja pasaraya angkat berkaton2 tin susu. Macam baru balik cop sawit. Tapi takpe, overall enjoy. :)

Oh, gambar dari kamera saya yang 20 MP itu sahaja. Gambar lain, saya belum curi lagi.
Gambar orang lain ambil, saya tak letak cop nama saya ye.

Saya datang agak tengah hari, sebab pagi itu hujan. Moto saya belum pasang bumbung lagi. Kepada Cik Ujang, saya dah bangun dah pagi tu. Dan saya bertafakur sampai hujan berhenti, tak tido balik pun. Sikit pun tidak.


Hari itu saya rasa Megamall macam rumah saya.
Berlari sana sini berkaki ayam, memang seronok.



Masa saya sampai, saya lihat mereka sedang memadu kasih.
Biarlah, bagi can. Asyik2 saya je, muntah jugak diorang tengok.



Berjakun-jakun dahulu, berpeluh-peluh kemudian.


Saya bangga kerana dapat berhenshin bersama artis pujaan.
NOTE : Aku tak record pojie nyanyi, phone takde bateri. :)


Haaa ni bukti kami menolong. GIGA DRILL BREAKAAA.


Penat kerja, makan time. Penghargaan kepada Cik Ujang kerana terbelanja kami makan sampai ke malam. Hilang penat sekejap dapat mencanai free.

Gambar lain, stok fesbuk kot.

Ouhh takkan adanya ayat-ayat gedik dari saya macam "Kami dapat pengalaman dari semua ni, nervous lah bila tunggu turn kami pulak !"

Sebab. Nak taknak memang akan jadi jugak. Jadi tunjukkan attitude 'Been there done that' agar tidak terlalu kelihatan ulu sangat.

Dan sebab. Saya tidak terlalu devote terhadap pelajaran.

Apr 27, 2010

Sedara kot.



Sedang kitorang lepak2 mengeteh, adik beradik jangoat datang nak mintak keje pulak.
Kami macam tak berapa sukalah, sebab duduk dekat sangat. Tanduk dia nampak keras dan tajam. Kami tak kebal mana pun.
Agak2 kami tak berapa nak layan, dia datang lagi dekat.
Nak rokok sebatang katanya. Heh, memang tak dapat la nak bagi.

Sesudahnya makan, beliau boleh pulak nak ikut balik CM.
Kitorang slow talk tak jalan, so kami ugut nak sembelih beliau buat aqiqah.
Agak terkencing la bila dia dengar.


Betul, dia terkencing. Kitorang jadi kesian.Tapi mengantuk kami lagi penting. So kami balik untuk membuta tanpa sedikit hati perut pun.

Lek lu, shisha lu !



Malam kami penat membuat kerja amal lepas, rasa nak lepas segala kekusutan layan shisha kejap. Dah lama lah tak kena banda alah tu. Betol.
Kalau dulu, setiap sabtu saya akan pekena shisha di deretan kedai makan Thai dalam pagar dekat rumah saya.
Sem ini, saya langsung tak bau shisha. Duit dalam poket ade RM20 sampai minggu depan. Apa lagi, shisha jom?
Pojie, gambar anda tidak disiarkan kerana anda tak join kami. Tak sporting lah.