Jun 6, 2010

Masa muda mudi ini -

Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan;

Yayang, I ♥ U lah :)

Sebelum saya dah tua dan asyik risau pasal lampin cucu. Tapi kan, baik risau pasal lampin sendiri. Malulah dekat cucu kalau sama sama berak bersepah kan?

Oh ya, serigala dengan musang dan belalang dengan mentadak itu tak sama langsung oke.
Kalau cucu tanya satu hari nanti, jawab tak sama dengan yakin. Jangan malukan student AD tau. :D

Raya nanti suruh mak buat kuih bangkit dengan kuih bahulu sekali. Naik cuti kite makan dekat studio sama sama C:

Kotak buruk yang orang panggil televisyen.


TV sudah sangat asing bagi saya. Bukan sebab saya masuk belajar di tempat jauh yang tiada tv, tetapi mungkin sebab terdapat media massa yang lebih merangkumi setiap aspek dan tiada unsur hipokrasi dan berat sebelah. Sememangnya demokrasi. Kalau di TV, mungkin anda sudah bosan dengan laungan 'Undilah BN, Pas dengan PKR bodo' tetapi di internet, ia tidak terpengaruh dengan penyalah gunaan kuasa kerajaan.

Kalau dulu berkumpul pukul 10 malam tercongok depan TV untuk tengok cerita kungfu cina. Nak terkencing terberak kena tunggu iklan baru boleh gerak. Sekarang, download saja movie itu dari internet. Atau tengok di youtube. Nak berak, pause sekejap.

Sempena cuti sem ini, saya sempatlah beberapa kali mengadap TV. Tatkala tangan sudah lenguh memicit mouse atau keadaan bilik yang semakin panas dengan haba laptop. Terkesima saya apabila melihat iklan Mamee.

Jajan itu sudah wujud berpuluh tahun lalu rasanya. Dan sekarang, iklan yang dipaparkan juga penuh dengan unsur grafik. Tapi agak janggal pabila melihat seekor makhluk hodoh biru menggoyangkan punggung sambil melaung "Renyuk, goncang, makan!" Sangatlah tidak senonoh dan akan menjadi ikutan kanak kanak naif zaman sekarang. Maaflah makhluk biru. Saya suka makan mamee sebenarnya. Ia sedap kan?

Zaman sekarang sebenarnya masih ada kegunaan TV - contohnya pada musim World Cup yang akan datang. Himpunan loggokan anak anak muda serta anak anak tua akan terjadi di setiap kedai mamak yang ada TV. Mereka cakap tengok bola ramai ramai baru ada feel. Ikut anda lah, cuti sem ada sebulan lagi kan.

Jun 5, 2010

Takdir.

Bila buat salah yang teramat besar dan tak tahu apa nak jawab kepada masyarakat, cakap saja itu sudah takdir. Buku kehidupan anda dah tulis akan jadi seperti itu, jadi kalau anda elakkan pun tetap akan jadi juga. Apa ada hal buat salah, tuhan maha pengampun kan. Kesalahan yang anda buat, 1% pun bukan sebab anda. Anda sangat suci, itu semua kerja Qada' dan Qadar. Sikit pun bukan sebab nafsu atau perangai anda.

Bila berpisah, masyarakat mahukan jawapan. Jawab saja tiada jodoh. Memang bukan salah anda langsung walaupun setiap hari anda bergaduh sebab perkara bodoh, buat perangai buruk, curang sana sini, dan selalu sakitkan hati dia. Itu semua salah tiada jodoh, sebab tuhan dah cakap jodoh anda bukan dengan dia. Jadi jangan sedih.

Bila berjaya, contohnya konon konon dapat dekan lah sem lepas, itu semua hasil titik peluh anda. Sebab anda rajin buat assignment. Buat research. Pergi sana sini cari rujukan. Berhabis wang ringgit untuk hantar yang terbaik. Anda dapat apa yang anda ada hari ini, 100% sebab anda. Qada' dan Qadar tadi entah hilang ke mana.

Bila accident, sememangnya itu takdir. Bukan sebab anda bawa motor laju, sebab rantai kendur, sebab tiada lesen, atau sebab jalan licin lepas hujan tapi anda selamba kona baring. Bila kaki anda dipasang astro, salahkan saja takdir.

Dan kes tawanan bantuan kemanusiaan itu, semuanya kerja takdir.

Jun 3, 2010

Ironic.


Apabila silaturrahim terikat di meja poker.
Dengan insan lain yang sama nama. Dengan penduduk Arab yang tak gelabah mahu tukar profile pic kutuk Israel. Yang seronok bermain judi virtual.

Karangan Auta/ biografi.


Penerangan : Segerombolan teks panjang yang disusun dan dibahagikan mengikut perenggan, menceritakan tentang diri sendiri. Skop yang ditekankan termasuklah pekerjaan, cita cita, hobi, pengalaman dan sebagainya. Autobigrafi pula konsepnya agak sama, tapi agak berbeza dalam subjek matter yang dipilih. Contohnya'Saya sebatang pen', 'Liku liku hidup seketul timun iaitu saya' atau 'Saya benci menjadi kondom.' Cerita berkisah tentang proses pembuatan, perjalanan hidup dan pengakhiran selalunya berbentuk sedih/ drastik dan harapan kepada objek lain yang sama jenis. Macam "Saya harap kondom yang lain dapat digunakan dengan sopan santun dan tidak dibuang begitu sahaja. Seeloknya frame kan di rumah untuk menghargai jasanya selepas digunakan."

Repekan ini sebenarnya ditimbulkan dari terjumpanya buku latihan sekolah rendah yang terkepit di bawah almari. Setelah diselak, sangat sayu dan dirasakan betapa naifnya saya ketika itu. Diikutkan saja arahan guru kelas dan diperkotak katikkan hingga perlu mendalami watak sebatang pen. Mengapa tidak silibus pembelajaran semasa di sekolah rendah dulu tidak mengajar 'How to make $100 per day when you're 8' atau 'Avoid politics, it's full of scandalous' daripada membuat karangan 'Saya sebuah motosikal RXZ' yang berkemungkinan menanam minat kanak kanak untuk merempit.


Dan jika firasat saya benar, kali terakhir anda membuat karangan tentang diri sendiri, ialah karangan MARA semasa sem 1 dahulu. Karangan yang penuh hipokrit diselang ayat memuji diri sendiri dan menagih simpati.