May 31, 2010
Selamat Tinggal ?
Maaf post menggedik, saya nak tinggalkan ingatan berambut panjang sebelum dipotong nanti. Nanti dalam konteks nanti yang tak pasti, bagai menanti kucing bertanduk atau bulan jatuh ke riba. Tapi mahu tak mahu, memang kena potong untuk mendaftar. Masalah mendaftar saja, masa belajar tiada siapa kesah. Mungkin mereka takut ibu bapa yang mendaftarkan anak memandang serong kepada kegiatan berambut panjang sebegini.
Last potong hujung sem lepas, khuatir sebab tak boleh masuk final. Potong belakang je. Ceh, rupanya kalau tak potong pun takpe. Surat kompaun pun boleh diabaikan kalau dapat. Pak guard punya kesalahan lagi bertimbun, dah boleh buat buku kalau nak.
Salah satu impian dalam hidup saya, berambut panjang sudah tercapai. Kalau terpaksa potong lepas ni pun tak sedih sangatlah. :)
Tags
merepek
Borhan.
Bukan lagi sekadar nama. Sekarang, ianya satu pangkat. Mungkin bagi penduduk belia sekitar perumahan saya, jika tidak satu dunia. Pangkat itu, sangat perlu dielakkan. Jangan buat perkara bodoh secara langsung. Kerana anda akan terus disalak sampai balik. Hari itu, anda menjadi jenaka semua.
Tips hari ini, jika anda dipaggil Borhan, cepat2 tuding jari kat orang lain. Cari calon lain yang lebih layak dalam kelompok geng anda. Anda perlu selamatkan diri secepat mungkin.
Siapa Borhan? Borhan ialah Keluangman.
Anda patut tahu tempat tinggal Borhan, dan apa masalah beliau.

May 30, 2010
King of Procrastination.
Earlier today I was listening to some random radio, and some dude called the station telling about his life. "I think if there's an award for procrastination, I'd be the King every now and then!". You can pictured the confidence in his speech.
But I thought I'm the king. Or my buddies. If that dude started doing his task on the night before dateline, well I'd do my task 2 hour before dateline. In fact, I'd ask more time from the lecturer, just to start as late as I can and am not proud of it.
Dude, you're just a lvl 4 procrastinator.

Result keluar 10 Jun ?
Macam awal sangat je. Alaah. Tak ready lagi kot. Tapi. Aduhh.
Kalau result macam tak best, saya akan pura2 lupa bercakap soal itu dan akan sedaya upaya mengubah topik bila ditanya.
Dan kalau best, saya akan sangat riak dan bertalu2 menekan butang share. :)
Tags
merepek
Movie yang Epic.
Sebelum cuti saya dah ambil banyak stok movie. Bermacam genre. Movie anime pun ada. Untuk ditonton kala bosan. Yang tak best, tengok sekerat trus delete. Baru 2 minggu cuti, dah habis dah tengok semua. Nampak sangat memang cuti ni bosan kan?
Antara movie yang saya suke, ialah antara movie box office. Dah lama keluar, baru ada peluang nak tengok. 2012. Saya seronok menonton kerana tayangan dalam HD dan dalam suasana subuh. Mungkin itu menambah feel dalam menghayati saat kemusnahan dunia. Lagi satu movie, League of Extraordinary Gentleman. Kedua2 movie banyak menggunakan CG/ kesan khas, hingga boleh menambah ketidak logikan cerita yang memang tak logik itu. Tengok 4 5 kali, mungkin anda akan berpendapat "Saya pun boleh buat movie macam tu lah." Kalau cakap, semua orang boleh kan. Soal cakap, semua orang menang. Semua boleh jadi lawyer.
Movie anime yang sempat saya cilok, Summer Wars. Ini pun banyak kesan khas. Dan banyak kreativiti diserapkan. Juga banyak tenaga kerja untuk menjana idea. 400 milion avatar yang berlainan, dan mungkin kita hanya disajikan dengan 100+, tapi ia sudah cukup untuk menarik movie ini keluar dari kelompok anime bajet murah.
Cuti ini, game dan movie sahaja. Keluar mengeteh, kadang2.
Kawan lama dah banyak kali call, tapi saya tak rasa nak jawab. Sebab kalau dengan beliau, kami tidak akan balik rumah selagi belum pukul 4 pagi.
Tags
activities,
merepek
May 29, 2010
Jom Felda ~
Event yang diadakan berdekatan rumah saya. Ala2 macam Jom heboh, banyak booth dibuka tapi bukan sesi beramas mesra dengan artis, lebih kepada pemasaran produk2 orang Felda seperti benih sawit (haha) kerepek pisang orang kampung, MLM kedai kopi dan sebagainya.
Malam ini juga ada perlawanan tomoi di padang bola sepak Bandar Jengka. Saya tak ikut sebab tak mampu. Duit dah licin. Saya juga tidak suka konsep perlu membayar untuk tengok orang bergaduh. Macam betting pulak. Padahal duit tiket. Setakat nak tengok orang gaduh, baik saya lepak tepi benteng depan teruntum je.
Hiburan sekarang, orang bersepak terajang sesama sendiri pun boleh buat duit kan.
Baik saya duduk di rumah saja, online sambil dengar bunyi hujan menjentik tingkap lagi syok. Itupun kalau internet ada coverage lah.

Sun Tan.
Disebabkan cuaca panas dan Razak selalu keluar tengah hari rembang, beliau telah menjadi agak hitam. Namun itu memang impiannya dari kecil lagi; untuk mendapatkan jumlah tan yang secukup rasa. Hitam si tampuk manggis, bak kata orang kampungnya.
Hasil duit Mara bulan ini, tidak termasuk bil broadband dan beberapa bungkus megi.
Oh ya, harap maaf buat peminjam tegar - sem 5 saya cukup tidak berminat untuk meminjamkan moto lagi - cukuplah saya perlu tukar cover set dan perkakasan lain akibat 2 kali accident. Kalau anda pinjam lalu eksiden, kalau tukar cover set ori, tukar brek yang bengkok dan terhakis, ganti mangga yang hilang bertaburan, dan tukar apa2 berkaitan yang bercalar takpe jugak. Bila aku ada masalah, ramai kawan yang aku tak kenal yang menolong. Mana anda ?
Sekian, terima kasih.
May 28, 2010
Life is a game.
And it's nothing wrong being a gamer in your life, right? :)
Kegilaan sekarang, DoTA dengan kawan yang beratus batu jauhnya, dengan kekerapan disconnect sebanyak 86% secara purata, dan kadar lag yang melampau. Tapi kami seronok. Sebab kami bermain dengan kawan. Tidak bermain dengan orang rawak, yang asyik memaki kami bila mati demi menutup kesalahan sendiri.
Kami sudah berkenalan lebih 5 tahun, dan ini game kedua kami dapat berkongsi keseronokan bersama selepas RO.
Yang lain, semua aktiviti sosial yang diadakan agak jauh. Dan saya sudah beberapa tahun tidak turun ke KL untuk bergurau senda seperti dulu. Turun tahun lepas, sebab ada hal. Naik moto je.
Step : Internet > MiRC > Garena.
Tags
activities,
fun
Personaliti.
Sudah menjadi mentaliti manusia menangkap sesuatu perkara baru dari luaran. Apabila mereka berdepan dengan sesuatu yang tidak/ jarang dilihat dalam rutin, mereka akan banyak berfikir. Banyak assumption dilontarkan. As they said, assume is an ass without u and me.
First impression dari sesuatu yang baru itu terjadi dalam pelbagai aspek, dan perkara pertama yang terlintas di fikiran, itulah yang akan disimpan di dalam kotak data pemikiran.
Keluar dari kotak itu. Kotak itu kecil. Sempit. Jangan ikut sponge bob yang seronok bermain dalam kotak. Beliau watak kartun. Walaupun direka oleh pakar biologi, tapi beliau tetap kartun.
Tidak semua kejadian boleh diguna. Terlalu banyak yang abnormal.
Contohnya. Seorang yang lemah lembut, sangat berjaya dalam pelajaran dengan pointer atas 3 setiap sem, jarang bertegur sapa dengan perempuan, sangat sopan santun, sebenarnya mempunyai koleksi porno yang berkali ganda banyak dari saya.
Ataupun. Seorang yang mempunyai hobi pecah rumah, keluar masuk lokap, pernah membunuh, dan sangat hodoh rupanya, rupanya sering memberi makanan kepada kucing liar yang kelaparan di belakang sekolah berdekatan.
Jadi. Keluar dari kelompok statistik. Jadi normal itu bosan. Be different.

H.W.D.
Happy Wesak Day.
Untuk anda2, jangan lupa bangun pagi-pagi dan pusing rumah jiran2 untuk mintak duit raya.
Raya setahun sekali je. :)
- Dan sebab cuti, rosak program aku untuk melunaskan tuntutan kerajaan. Ceh.
Untuk anda2, jangan lupa bangun pagi-pagi dan pusing rumah jiran2 untuk mintak duit raya.
Raya setahun sekali je. :)
- Dan sebab cuti, rosak program aku untuk melunaskan tuntutan kerajaan. Ceh.
May 27, 2010
Panas sangat, kan?
Cuaca sekarang. Kalau Malaysia ada 4 musim, semestinya sekarang musim panas. Peringkat tertinggi. Saya dah lupa kali terakhir saya tidur berselimut. Dan semasa bangun tidur, tak pernah tak berpeluh. Mungkin sebab bilik saya menghadap matahari?
Ataupun, kerana kiamat sudah semakin dekat?
Saya rindu hari itu, tengah2 hari terpaksa bersweater sebab sejuk. Kalau ada musim, sudah tentu Malaysia sedang turun salji. Dan saya bina istana salji di depan rumah.

May 26, 2010
Getting Older.
Sedang mengemas hari itu, saya terjumpa album. Di sebalik timbunan barang nostalgic yang lain. Kewujudan yang telah dilupakan. Itulah salah satu kebaikan mengemas rumah. Dapat jumpa surat cinta lama2, keychain, nombor telefon rakan dan sebagainya. :) Tapi saya jumpa gambar lama, dan kualiti gambar yang dapat saya persembahkan agak sedih memandangkan saya hanya ada camera dari phone. Scanner sudah aman bersemadi di dalam stor. Digital camera, tiada bateri dan saya tak mampu untuk menukar bateri semata2 untuk ambil sekeping gambar untuk blog.
Gambar sekitar hujung tahun 80' atau awal 90', sebab tiada tarikh yang kelihatan di atas gambar tersebut.
Gambar sekitar hujung tahun 80' atau awal 90', sebab tiada tarikh yang kelihatan di atas gambar tersebut.
Saya lahir jam 11.15 pagi, antara sebab kenapa saya degil sangat hari ini. :)
Tags
fun
Ice Blended Burger.
Kenapa celik mata saja, saya dah cari ice blended? Kenapa saya gemar bersarapan/ lunch/ dinner/ supper dengan burger? Bukanlah bermakna saya kanak2 manja dengan berat badan melebihi 100kg, ataupun seorang sosial reject yang hanya bermain dota dari pagi sampai ke pagi esoknya.
Yang sebenar-benarnya, lokasi kedai2 tersebut hanya 3 meter dari pintu rumah saya. Mak saya ajar, kalau nak makan, capai makanan yang dekat dulu. Barulah beradab. Biarpun makanan paling dekat itu dah bersemut, Tak kisah. Janji ada adab.
Dah nama pun sebelah rumah, mestilah jiran. Dan kalau jiran seusia lebih kurang aku, mestilah kawan. Dan kalau kawan, mestilah support mereka. Dapat juga support perut sendiri.
Peniaga muda yang tidak kenal erti penat ~
Dan pabila malam, keadaan menjadi semakin meriah.
Tags
activities,
merepek
May 25, 2010
Dinner.
Ironic, when cat food actually worth more than mine.
Can't blame anyone though, since I'm old enough to pay for my own meal, and eating what I can afford at the moment.
Hang in there, myself. Mara is just around the corner. <3
May 23, 2010
Detikan Penantian Sem Limaan.
Dah lama dah rancang nak susun sepahan gambar dalam folder bluetooth, serta folder bertajuk sem 4 itu. Dah lama dah belek. Sebaik nak tekan right click dan cut, terus terbantut. Online dululah. Tengok movie dululah. Ataupun ke masjid dululah.
Malam ini mungkin malam penentuan. Malam yang ditakdirkan. Terusik jugak folder bersepahan tadi dan terkemas sekemasnya. Sedang belek2 gambar dari sem 2 sampai sem 4. banyak jugaklah pengalaman yang saya dapat. Gambar sem 1 dalam pc, dan nampaknya monitor buat hal pulak. Tengah copy nak masuk dalam laptop, terpadam. Mungkin dia tahu lepas ni dia akan diabaikan sebab dah tiada gambar kenangan kat situ. Mengada2. Gedik lebih.
Kalau sem 1, saya dapat tambah adik beradik, makan sepinggan tidur sebantal berak selubang. Dan mungkin juga saya terkejutan budaya sedikit melihat ragam orang bandar. Saya masuk belajar dengan agak sedih, sebab ada kejadian terjadi hari pertama mendaftar. Takmau cerita, hanya orang yang berkenaan tahu.
Sem 2 pulak dah berpecah, berpindah randah. Sebab adik beradik tadi student UTM, dan diorang dah cari rumah sewa dekat dengan kampus. Memanglah saya tak ikut. Waktu itu Mara dah masuk, dan moto pun dah keluar. Kali pertama saya merayau2 tiada tujuan sampai ke pagi. Mengeteh dengan kawan lama. Berjalan sampai ke Terengganu semata2 sebab nak draw duit, dan macam2 lagi lah.
Sem 3, keywordnya Rekreasi. Itu yang paling menarik minat saya agaknya. Agak kesian dengan kelab lain, Drama dan Taekwondo. Macam hambar je. Sedangkan kami pergi mandi manda seakan2 pesta sosial - penat tapi seronok. Teringat lagi kami kayuh rakit tapi out course dan langgar rakit sebelah sampai block diorang. Last2 kami dan rakit sebelah dua2 kalah. :D
Sem 4, terbaiklah. Saya sangat tak sangka boleh sampai ke Johor. Lalu Ulu Tiram pulak tu. 10 tahun dah saya tak kesana. Paling jauhlah saya pergi dalam beberapa tahun ini. Eh, tolak dengan balik raya di Penang. Yang itu sanga jauh, Dan memori daun pisang paling manis, sem ini hidup berdua :) Bertiga, tak tahu lagilah bila. Hee.
Sem 5 nanti tiada siapa tahu macam mana. Masa depan yang diharap, untuk cerah berkilauan. Tapi saya dapat rasakan ia akan sangat sibuk, ditambah dengan perancangan idea untuk sem 6 nanti. Awal2 dah kena plan. Tapi saya khuatir dengan kualiti idea yang dijana. Sebab idea yang paling bernas, datang secara tiba2. Mungkin dalam setahun, mungkin 10 tahun. Kalau diperah dengan diberi tekanan masa, yang keluar pun setakat cukup makan saja.
Apa2 pun, all the best untuk semua - yang akan terus berjuang sem hadapan, atau yang tengah bercadang untuk tukar course, dan tahniah kepada yang sudah graduate. Hidup masih jauh. Teruskan bermain dalam permainan hidup. Dan yang paling thrill, tiada siapa tahu tentang masa depan kita, masa depan mereka, ataupun masa depan dunia.
Akhir sekali, gambar curi dari yayang :)

Saya tak pasti apa yang mereka buat di belakang tu.
Surprise buttsecks perhaps?
Surprise buttsecks perhaps?
Tags
merepek
May 20, 2010
Liar Game.
The most recent manga that I've been following is Liar Game. First impression from Kreko, and I find it worthily for my time resource to catch up the plot since it's pretty interesting, and physiologically makes you think and crave for more. Well the stroke/ drawing is far from perfect, but the effect made from being suspicious, scheming evil plan and shocked is well applied. But though, sometimes people's reaction are just overact. You can see how the protagonist (Nao Kanzaki) is the most fragile being ever. Her honestly in fact be the downhill of his match, but for notice, it's what the manga offers. Being honest in Liar Game, and still win.
I'd watch the life action, but the actor seems too gay. So I'll pass.
Salutes for the translator - you've been a wonderful team to provide us the version we can understand, thus making us familiar with this great manga. Just from reading the wall of text in it, I know there's even more efforts to translate all of that.
Though, nobody's perfect. Typo happens
Tags
cerita
Jemputan.
"Kalau ko kahwin, jangan lupa jemput aku tau!"
Itu yang sering kita dengar. Padahal kahwin je. Benda yang tak pasti berapa kali. Dan lepas kahwin, boleh lagi kita jumpa bergelak ketawa bersama.
"Kalau kau meninggal, tolong suruh family kau contact aku secepat mungkin. Aku nak datang tahlil"
Maut, memang semua orang akan rasa dan sememangnya, hanya sekali. Dan lepas itu, memang dah tak akan jumpa. Kenapa tidak kita pesan sedemikian? Sebab nampak macam kurang ajar? Tidak. Tak salah berpesan2 mengingatkan tentang ajal. Barulah BFF. Forever. Till death do us part.
Tags
khutbah
May 19, 2010
HB To Yayang :)
16 May itu semalam. Sengaja saya buat entry ini lambat2, mahu bagi laluan dulu kepada semua wish2 lain. Agak berlonggok jugaklah. Saya dah tunggu dari minggu lepas sebenarnya hendak wish, tapi terpaksa jugak wish 12 tengah malam tepat. Memang dah adat dan budaya macam tu kan. Kalau saya nak jadi yang pertama, dari bulan 1 dulu saya boleh wish. :)
Saje nak guna gambar lama. Mengimbau memori orang tua2 kata. Rasanya masa inilah kami mula makan sama2. Sory sebab tahun lepas tak sambut besday anda sama2, sebab kite belum kenal pun kan. :) Tahun ni dah makin tua. Mana ada orang yang setiap hari makin muda. Kalau ada kan best. Dah tau dah siapa orang pertama yang berguling2 seronok nanti.
Selamat Hari Lahir Sayang. Semoga panjang umur, murah rezeki.
Dan semoga berbahagia di samping orang tersayang. Cewah ~

May 17, 2010
TY For Smoking.
Cerita kegemaran saya. Memanglah ada unsur menunjukkan merokok itu merbahaya, tapi dari semua aspek, smoker > non smoker.
Katalah semasa anda drive. Bawak kereta tengah2 pagi buta nak balik kampung. Nak bukak tingkap, takut. Nak pulak tengah lalu jalan Batang Kali/ Genting Sempah yang berhutan lebat. Terpaksalah bukak air cond. Kalau pagi2 mengadap air cond lama2, sah2 mengantuk. Besok dah raya. Padan muka anda sebab baru nak balik kampung pagi raya. Sebab mengantuk, anda nak berhenti tido kejap kat R&R. Tapi memang tak sempatlah sampai untuk sembahyang raya. Jadi anda berhenti kejap, hisap rokok, dan mengantuk tadi hilang. Masuk kereta balik, 15 KM kemudian anda mengantuk lagi. Singgah lagi. Sedar2 dah sampai dah kampung anda. Modal, sekotak rokok sahaja.
Dan. Anda tidak akan menghidapi Parkinson. Bayangkan anda ada penyakit itu, nak makan nasi pun terketar2. Apatah lagi nak menjadi ninja. Tengah menyelinap, kantoi sebab anda bising sangat terhantuk sini sana.
Nak sembang tentang penyakit dari rokok, itu sebenarnya atas individu. Kalau antibodi kuat, takkan kena apa2 lah. Anda duduk diam pun akan ada penyakit lain datang, kalau bukan dari rokok. Banyak lagi kanser lain. Malang tidak berbau, tapi kalau rokok, anda akan dapat bau asapnya. Rokok SKL, asapnya wangi. Penyakit datang dalam bentuk wangi. Tak kisahlah kan?
May 16, 2010
H.T.Day
16 May, hari guru pulak. Selamat Hari Guru kepada ibu saya.
Setiap tahun beliau menyambut 3 upacara termasuk hari jadi.
Tadi beliau ke Kuantan, ada sambutan. Jadi kalau saya tak sambut di rumah pun takpe kot. Lagipun, semalam dah pergi mengciken chop sama2. So tak ralat sangat lah.
Selamat hari guru juga buat semua guru SK Ulu Tiram, SMK Jengka Pusat 1 & 2, UiTM Melaka, dan Ikip Kuantan. Jasamu dikenang. :)
Tags
issue
May 14, 2010
Menu Hari Ini.
Ialah Nasi Air. Agak sedap, mungkin sebab saya makan dengan kawan. Kalau makan sorang, mungkin tidak sesedap itu.
Lokasi : Dalam pagar, Phuket Tom Yam.
Menu biasa = ayam, ikan bilis, sambal belacan.
Menu tak biasa = + paru-paru. Eww.
Tags
activities,
merepek
May 13, 2010
Home Sweat Home.
Kemas kemas dikemas~ Kemas dengan bersungguh sungguh ~
Rumah macam sarang penagih. Balik cuti rupanya banyak gila kerja menanti. Memang diorang tuggu aku balik mengadap barang2 tu. Takpe, memang saya suka mengemas rumah. Suka sangat. Sangat2 suka lah. Paling suka sekali.
Terketawa saya bila menjejakkan kami masuk rumah. Boleh jejak je, tak boleh berjalan. Tak muat.
Balik penat2, nak tido kejap la konon. Tengok katil. Wah.
Komik yang saya kumpul sejak sekolah rendah. Gambar menunjukkan 5% dari jumlah penuh. Ke tong sampah kamu semua !
Terima kasih sekolah kerana trofi ini semua~ Akan saya abadikan dalam stor bersama pinggan mangkuk yang lain.
Bilik saya dah siap dikemas. Tapi masih tak rasa nak tido disitu.
Saya tidur di ruang tamu saja. Bersenjatakan laptop untuk melawan bosan.

Panggilan.
Dalam pukul 6 petang tadi, aku ada bawak balik 2 ekor anak kucing yang masih dalam usia menyusu. Seekor tu sangat bising dari dalam longkang, so aku jenguk la. Ish, jatuh lagi. Seronok sangat terjun longkang tu kenapa. Padahal malam tadi aku dah angkat dua2 letak kat rumah seorang yang rawak, tapi dari sudut susunan rumah itu aku agak tuannya seperti orang baik2. Nasib baik kucing tu bising. Kalau diam je, siapa pun tak tahu. Seekor lagi, aku ingat dah mati. Sebab aku nampak ulat. Tapi ekor die macam bergerak lagi. Tapi mungkin sebab dihanyut air. Aku zoom in tengok perut dia. Dalam 15 saat aku tenung, nampak tiba2 masih lagi berdenyut. Laju2 aku bawak naik dan basuh badan dia sikit. Seekor lagi, berlari ke sana sini lepas dibersihkan.
Kalau tinggal, mesti terjun longkang lagi. Jadi aku bawak balik. Lap bagi kering. Suap nasik tak mahu. Friskies pun taknak. Kucing aku yang besar tu pun tak makan friskies dah. Ape dan bile dia makan pun aku tatau. Sedar2 dah besar macam tu.
Sekarang, 3.30 pagi. Dua2 masih hidup. Tapi yang macam bangkai tadi tu, sekarang baru nak nazak. Tadi elok je tido diam2. Dulu masa kecik2, aku pernah la tengok saat2 kucing nak mati. Menggelupur. Macam orang jugak. Kepala dah bengkok ke atas bertemu tulang belakang. Bayangkanlah.
Aku cuba bagi cpr. Tapi takde cium2. Aku tekan dada die sikit2 je. Duduk mengadap die, terpikir kejap.
Pikir mati. Tapi selalunya sekejap je insaf kan.
Orang2 kaya sanggup beli kucing 2 3 ribu sebab kucing itu comel, kucing kacuk. Nanti bawak balik boleh belai, jaga, bagi makan. Walhal kucing tu kalau tak dibeli pun memang dah dijaga molek sangat. Sebab itu beliau comel.
Kucing jalanan macam tu, kenapa taknak pulak kutip? Sah2 takde orang nak bagi makan. Sebab tu kurus, hodoh. Darah sama merah, tapi perkauman jugak. Kucing tetap kucing. Bukan dia mintak lahir dalam longkang. Dia pun nak dilahirkan sebagai kucing kacuk. Yang orang beli buat masuk bertanding. Atau kurang2, popular dengan jadi cover tin whiskas.
Nanti bila aku bangun tidur kalau kucing tu dah keras, redha je la. Tapi dia tak mati dalam longkang, dia mati dalam rumah aku bawah kipas, atas kain empuk. Di luar hujan, tapi dia sikit pun tak kena.
Kucing yang lagi sekor, sibuk tangkap tangan aku yang tengah menaip entry ini. Sekarang.
Tags
merepek
May 12, 2010
Hujan, live !
Faktor hujan. Mari sembang tentang faktor itu. Kenapa boleh demam? Sebab kena hujan. Kenapa kena hujan boleh demam? Ada bahan apa dalam hujan itu? Air yang tersejat dari mana? Kalau dari tasik yang bersih, penuh dengan hidupan akuatik dan bebas dari pencemaran, mungkinkah peratus anda demam kalau terkena hujan itu rendah? Dan kalau air sejatan daripada longkang kotor, bahan buangan toksik ataupun dari air loji, adakah kita lebih senang demam? Bukankah air hujan tergolong dalam air mutlak, suci lagi menyucikan? Kenapa berwuduk dengan air yang boleh buat kita demam? Menzalimi diri sendiri kan? Jadi air hujan tidaklah hazardous.
Kalau hujan di bandar besar, kenapa kita senang demam? Sebab cuaca yang sangat tak menentu, ditambah dengan pencemaran lain seperti asap kenderaan? Ataupun kerana air sejatan dari sumber yang tidak sihat? Teringat saya zaman dahulu kala saya sering mandi hujan di kampung. Rasanya tak pernah pun nak demam. Dan saya sangat jarang demam dulu. Demam pun bukan sebab hujan.
Hujan panas, mereka cakap bahaya. Kenapa? Hujan waktu tengah hari dengan cuaca yang agak panas, menurunkan air terus ke kepala dan fizikal dalam keadaan terkejut dengan perubahan suhu mendadak lantas terjadilah gejala demam? Cuaca sekarang ini tanpa dapat disangkal lagi, sangat panas. Walaupun malam. Penjelasan sains mungkin boleh menerangkan ini, tetapi saya sangatlah malas untuk mengkaji, tambahan pula entry kali ini motifnya untuk mengajak kita agar sama2 berfikir.
Ohh hujan.
Tags
merepek
Hipotesis : Semakin ramai blogger, semakin banyak blog tercipta.
Dulu. Kalau cerita pasal dulu. Hanya ada berapa kerat je yang ada inisiatif mahu berblogging. Memang mereka sangat rajin. Tapi sekarang sudah makin hambar. Nak dijadikan cerita, sekarang yang lebih latest dari sekarang, sebenarnya semakin ramai kenalan saya yang telah berkecimpung membuat blog. Termasuklah yang sangat bencikan blog, juga sangat rajin update blog beliau. Pukul 3 pagi pun masih menaip. :)
Kawan saya disini, yang hanya dapat berjumpa masa cuti semester, rupanya ada juga membuat blog. Kawan saya di sana, agak ramai juga saya perhatikan. Awal2 ini sememangnya mereka masih lagi bercerita tentang hidup masing2. Bercerita tentang kekasih hati, ibu bapa, dan aktiviti seharian. Mungkin juga mereka akan terus bercerita seperti itu. Kekal. Sampai minat berblog hilang, atau event yang lebih penting daripada menaip tanpa gaji datang. Seperti, kahwin. Atau mati.
Apa yang anda cari dalam sesebuah blog? Tempat download .3gp rare? Tempat mencari tips/ serial code untuk sesebuah aplikasi berbayar? Ataupun tempat anda stalk seseorang untuk mengetahui perjalanan hidup mereka? Dan mungkin juga tempat anda mencari hiburan?
Saya agak tidak rajin untuk post tips2 sedemikian. Sebab saya pun termasuk antara golongan yang mencari. Dan kadang2 saya bercerita tentang hidup saya. Dan saya tidak berapa kisah kalau tiada yang sudi membaca. Seperti sedia maklum, saya tidak dibayar gaji oleh syarikat Windows, Blogger mahupun DELL.

May 11, 2010
BFF.
Best Friends Forever. Buuut as you know, nothing last forever.
Siapa kawan paling baik anda? Yang anda pergi makan sekali, menangis sekali, cerita kisah hidup, berkongsi hampir apa saja? Berapa lama agaknya mahu begitu? Bagi perempuan, mungkin tabii mereka yang kepoh atau kuat bersembang (majoriti ye) menyebabkan mereka lebih cenderung meluangkan masa bersama mengumpat itu ini.
Tapi bagi lelaki pula, kawan datang dan pergi. Mereka lebih berpijak di bumi yang nyata. Tahu yang satu hari nanti akan tiba waktu perpisahan atas faktor jarak, keadaan dan peredaran dunia. Kami tak rajin nak utus2 surat. Kami juga jarang save birthday kawan dalam phone. Dan kalau nak wish pun, tunggu je lah notice dekat fb. Kalau tak keluar, siapa pun tak tahu.
Masa aku sem 1 dulu, kami agak akrab. Memang SEMUAnya kami lakukan bersama. Mungkin sebab kami datang sebatang kara, dan kawan dalam bilik itulah teman kami merayau2 melihat dunia luar. Tentang tarikh lahir, kami buat reminder besar2 dalam bilik. Bukan apa, senang nak pergi kedai runcit awal2 beli tepung. Tapi setakat itu je lah. Dah jauh, makin jarang contact. Lepas 2 3 tahun dengar khabar balik, baru nak sebok tanya macam2. Kalau tak dengar, memang takkan mencari dan mungkin juga akan dilupai.
Facebook. Ada application BFF aku rasa. Kalau bff korang takde fb, automatik beliau takde dalam senarai. Jadi setakat itu saja ikatan anda? Sebab itu bagi aku, app itu sangat mengarut. Aku tak allow apps sebegitu maka aku pun takkan ada dalam senarai. Menyemak je.
Lelaki. Yang betul2 lelaki. Ada hormon yang mencukupi. Apa BFF? Boy's Finger Fuck? Jujur aku nyatakan, agak geli bila lelaki terhegeh2 nak sembang tentang BFF. Daripada korang sibuk nak add semua tu, baik korang pergi lepak dengan mereka. Nak rasa hebat bff ramai tapi pernah cakap sepatah dua je, tak perlulah.
BFF - hanya setakat 'itu' sahaja. Bila masing2 dah kahwin, beranak pinak, habis sudah. Atau masih ada, tapi sangat minima.
Hari Hari Ini.
Ya, ini hari hari. Nampaknya cuti sem kali ni pun takde can lah saya nak berisi sikit. Hari2 nasi bungkus. Kalau saya boleh gemuk dengan nasi bungkus, dah lama saya gemuk dari dulu. Nasi bungkus is not really my thang, tapi considering risiko mati kelaparan dan tiada comrade mahu meneman, terpaksa tapaukan jua. Makan sorang2 dalam rumah yang masih pekat bau cat, kotak bersepahan, serpih simen bertaburan, dan juga kucing yang sama tahap laparnya menggesel2 lutut pinta disuap.
Cuti yang tak berapa berbeza dari yang dulu. Terima kasih semua.
Oh ya, budget saya untuk rokok lebih banyak dari yang lain. Sedang salahkan kerajaan yang tamak cukai sejak dari dulu.
May 9, 2010
H.M.Day.
Sempena Hari Ibu ini, mekera telah membuat kejutan belanja saya makan sedap2 (?) sebab rumah kami tiada dapur lagi. Biasalah, orang susah. Dapur pun takde. Jadi untuk mengelakkan saya mati kebuluran di rumah, mereka telah membuat keputusan untuk makan di luar untuk hari ini.
Jadi saya buat macam saya yang belanja dan mengucapkan Selamat Hari Ibu untuk mak. Saya rasa hebat malam tadi. :)
Oh, mereka pick up saya depan taman masa saya tengah berjudi pukul 1 pagi semalam.
Memang sporting habis lah!
Tags
activities,
event,
fun
Goodnite, Kuantan.
Sabtu 8 May, saya pulang ke sarang.
Jaga diri baik2. Elakkan diri dari dibom Jepun. Atau tertularnya epidemic yang kritikal. Sekurang-kurangnya tidak selagi aku belum grad. Bulan 7 nanti, aku nak jumpa kau balik, Kuantan.
Jaga diri baik2. Elakkan diri dari dibom Jepun. Atau tertularnya epidemic yang kritikal. Sekurang-kurangnya tidak selagi aku belum grad. Bulan 7 nanti, aku nak jumpa kau balik, Kuantan.
Good bye, almari yang tak berapa berfungsi dengan senonoh.
Take care, my recent online spot. You served me well.
Tags
merepek
May 8, 2010
Draft.
Bila dah tutup laptop, dan dalam cubaan untuk lelap, semasa baring itulah selalunya idea datang bertaburan. Cuba ingat. Nanti nak update blog.
Dan bila bangun, sepatah haram tak ingat.
Sebab itu, saya selalu save draft dalam phone saya. Untuk kegunaan bila dah bangun nanti. Tapi bila jumpa internet, page blog ini selalu dibuka penghujung minat nak online. Macam lepas dah takde ape langsung nak buat, baru cari blog.
Macam hipotesis kawan saya, semakin laju internet, semakin lupa untuk berbelog.
Dan. Masa tu dah rasa sangat malas untuk menaip. Jadi simpan saja untuk esok2 hari.
Saya dah ada 342 draft setakat ini. Betul! :(

Sehari sebelum pulang.
Sebenarnya sudah 3 sem saya sikit pun tak rasa nak balik rumah kalau cuti.
Sebab mungkin saya tak sukakan perubahan.
Maklumlah, makin umur meningkat ni makin pikiran macam orang tua-tua.
Dan orang tua tak sukakan perubahan. Oh saya tidak tua, tapi dalam proses menuju ke sana.
Semua orang akan tua satu hari nanti oke. Tak perlu nak takbur dengan kemudaan itu ~
Berdasarkan tajuk di atas, saya tak rasa apa2 pun masa dekat2 nak balik. Sebab biasalah, dah kalau cuti sebulan lebih takkan saya nak bermastautin lagi disini. Saya nak buat ape? Kerja kat Mega? Tolong amoi cuci2 rambut awek kat salon? Jaga kaunter jual token K-BOX? Saya tak kesah, tapi orang tua saya yang kesah nanti. So demi menjaga hati mereka, saya terpaksa balik.
Masa mengemas barang tadi. Bukan kemas pun, main sumbat je. Tak sempat nak hantar dobi. Alah, dah 5 bulan mak tak merasa basuh baju bertimbun2, apalah salahnya mengimbau memori lama seketika. Baju yang dah lama hilang pun ada tu, celah sudut almari. ;)
Entah kenapa, masa nak balik ni la macam2 masalah timbul. Tak perlu rasanya nak cerita apa yang jadi, tu pergi baca blog dia tu. Tuan punya badan yang ada di tempat kejadian. Mesti dia lagi arif terhadap keadaan yang menimpa.
Dan disini juga, saya ingin memohon maaf dengan kesentapan saya di sebuah laman mencari kawan. Yang mana2 saja la. Tengah marah kot. Dan bimbang sangat. Jangan buat pasal lah sehari sebelum balik ni. Orang Kuantan bukan reti bawak keta slow2. Nak pulak bila tengah kejar lampu hijau. Kuning berkelip lagi minyak ditekan. Dah merah, lagi tekan ketat2. Mak mana yang seronok anak balik rumah dalam van berkapan lengkap kan. Belum ajal, tapi macam mencari maut sendiri. Hisap rokok lagi selamat lah.
Dan. Seronok marah orang bila orang buat salah. Sebab memang kita akan menang. :)
Untuk awak. Awak balik sana saya tak bimbang pun. Sebab pertahanan kat rumah lagi kukuh woo. Berdinding2 sebenarnya. Agak ada ciri2 nak protes, saya miskol je macik Zah.
Kurangkan nangis lah kat sana. Atau kat mana2 pun. Dah kering sangat dah saya tengok.
Janji nak diet tu pun, xyah ikotkan sangat. Macik Zah terer masak, rugi la tak makan.
Good Luck ~
Saya tak tahu lagi kegiatan saya di rumah nanti, tapi rasanya boleh online. Saya cuba sedaya upaya.
Akhir sekali, DAULAT TUANKU !
Saya sangat berdaulat kalau orang tipu atau tak jujur. Heh. :)
6.35 AM, 5 Hours ETA for departure.

May 5, 2010
Tag By FJ.
Bagi menjawab tag Encik FJ , entry kali ini berkisah tentang gambar rawak ke lapan dari folder kelapan. Seperti sedia maklum, saya tidak berapa menyusun folder saya secantiknya, seperti mengasingkan loli mengikut umur, tarikh lahir ataupun horoskop mereka. Saya amat yakin anda tidak mahu tahu gambar apa dalam folder itu, jadi saya pilih gambar ke 88 dari folder 'Unsorted' saya.
Sedikit cerita tentang gambar - diambil hujung bulan 4 semasa proses BBQ diadakan di depan studio. Hanya bayar RM5 dan anda bebas makan apa saja. Saya makan 3 kali ganda dari manusia lain kerana mereka semua sudah terlalu kenyang ataupun berimpian untuk menjaga badan. Nampaknya hanya ini saja aktiviti hujung sem kami, berbanding dengan sem2 lepas yang lebih mencabar.

May Has Come.
As for the past 3 years, May is when my luck being at the lowest circle.
I wonder if it's Karma or what. But I hope this year is better.
No news is good news.
Oh dan, Selamat Hari Pekerja untuk semua pekerja.
Aku pernah cuba 4 kerja, aku tau hari paling best dalam dunia ialah hari cuti. :)

Subscribe to:
Posts (Atom)