May 17, 2010
TY For Smoking.
Cerita kegemaran saya. Memanglah ada unsur menunjukkan merokok itu merbahaya, tapi dari semua aspek, smoker > non smoker.
Katalah semasa anda drive. Bawak kereta tengah2 pagi buta nak balik kampung. Nak bukak tingkap, takut. Nak pulak tengah lalu jalan Batang Kali/ Genting Sempah yang berhutan lebat. Terpaksalah bukak air cond. Kalau pagi2 mengadap air cond lama2, sah2 mengantuk. Besok dah raya. Padan muka anda sebab baru nak balik kampung pagi raya. Sebab mengantuk, anda nak berhenti tido kejap kat R&R. Tapi memang tak sempatlah sampai untuk sembahyang raya. Jadi anda berhenti kejap, hisap rokok, dan mengantuk tadi hilang. Masuk kereta balik, 15 KM kemudian anda mengantuk lagi. Singgah lagi. Sedar2 dah sampai dah kampung anda. Modal, sekotak rokok sahaja.
Dan. Anda tidak akan menghidapi Parkinson. Bayangkan anda ada penyakit itu, nak makan nasi pun terketar2. Apatah lagi nak menjadi ninja. Tengah menyelinap, kantoi sebab anda bising sangat terhantuk sini sana.
Nak sembang tentang penyakit dari rokok, itu sebenarnya atas individu. Kalau antibodi kuat, takkan kena apa2 lah. Anda duduk diam pun akan ada penyakit lain datang, kalau bukan dari rokok. Banyak lagi kanser lain. Malang tidak berbau, tapi kalau rokok, anda akan dapat bau asapnya. Rokok SKL, asapnya wangi. Penyakit datang dalam bentuk wangi. Tak kisahlah kan?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment