May 28, 2010

Personaliti.

Sudah menjadi mentaliti manusia menangkap sesuatu perkara baru dari luaran. Apabila mereka berdepan dengan sesuatu yang tidak/ jarang dilihat dalam rutin, mereka akan banyak berfikir. Banyak assumption dilontarkan. As they said, assume is an ass without u and me.

First impression dari sesuatu yang baru itu terjadi dalam pelbagai aspek, dan perkara pertama yang terlintas di fikiran, itulah yang akan disimpan di dalam kotak data pemikiran.

Keluar dari kotak itu. Kotak itu kecil. Sempit. Jangan ikut sponge bob yang seronok bermain dalam kotak. Beliau watak kartun. Walaupun direka oleh pakar biologi, tapi beliau tetap kartun.

Tidak semua kejadian boleh diguna. Terlalu banyak yang abnormal.

Contohnya. Seorang yang lemah lembut, sangat berjaya dalam pelajaran dengan pointer atas 3 setiap sem, jarang bertegur sapa dengan perempuan, sangat sopan santun, sebenarnya mempunyai koleksi porno yang berkali ganda banyak dari saya.

Ataupun. Seorang yang mempunyai hobi pecah rumah, keluar masuk lokap, pernah membunuh, dan sangat hodoh rupanya, rupanya sering memberi makanan kepada kucing liar yang kelaparan di belakang sekolah berdekatan.

Jadi. Keluar dari kelompok statistik. Jadi normal itu bosan. Be different.

No comments: