Event yang diadakan berdekatan rumah saya. Ala2 macam Jom heboh, banyak booth dibuka tapi bukan sesi beramas mesra dengan artis, lebih kepada pemasaran produk2 orang Felda seperti benih sawit (haha) kerepek pisang orang kampung, MLM kedai kopi dan sebagainya.
Malam ini juga ada perlawanan tomoi di padang bola sepak Bandar Jengka. Saya tak ikut sebab tak mampu. Duit dah licin. Saya juga tidak suka konsep perlu membayar untuk tengok orang bergaduh. Macam betting pulak. Padahal duit tiket. Setakat nak tengok orang gaduh, baik saya lepak tepi benteng depan teruntum je.
Hiburan sekarang, orang bersepak terajang sesama sendiri pun boleh buat duit kan.
Baik saya duduk di rumah saja, online sambil dengar bunyi hujan menjentik tingkap lagi syok. Itupun kalau internet ada coverage lah.
No comments:
Post a Comment